BAB 33

99 2 0
                                    

Selepas sahaja waktu bekerja tamat, aku segera pulang ke rumah kerana tidak mahu terserempak dengan Wan mahupun Danial. Hari ni sahaja, aku sudah jadi kusut dengan kejadian tadi. Apatah lagi aku harus hadap hari ii aku di bangunan itu sehinggalah aku rasa aku ingin berhenti dari situ.

"Awal balik hari ni? Selalunya kau melencong tempat lain dulu," tanya Wawa yang sedang menyiapkan makan malam.

"Aku tak de mood... Lagipun, hari ni aku jumpa Danial dekat office tu," tanpa sedar, aku tersebut nama itu. Wawa yang sedang masak dan Shera yang baru turun dari tingkat atas terus menerpa ke arah aku yang sudah terduduk lemah di atas sofa.

"Kau sebut siapa tadi? Danial?" tanya Shera. Aku mengangguk perlahan. Tiada apa lagi yang aku ingin rahsiakan.

"Kau biar betul weyh?" tanya Wawa pula.

"Betullah... Buat apa aku nak reka cerita? Lagipun aku siap bercakap dengan dia lagi tadi," balasku. Aku memicit pelipisku.

"Macam mana..."

"Dia CEO syarikat tu," sampukku sebelum Wawa menghabiskan ayatnya.

"Aku dah tak tahu nak buat apa weyhh... Aku lari mana - mana pun, aku akan jumpa dengan dia juga... Dan Fahim pun dah kahwin dengan Adriana... Itupun Danial yang bagitahu," balasku dengan nada yang kecewa.

"Takdir, Nia... Kau mana boleh salahkan aturan Allah untuk kau... Mesti ada hikmah kenapa Allah pertemukan kau dengan dia balik," ujar Shera lalu memeluk bahu aku erat.

"I hope so... Aku tak naklah dia datang untuk berikan aku luka lagi... Aku dah tak mampu nak lawan sakit aku," balasku. Aku menghembus nafas berat.

"Dahlah, kau jangan fikir sangat pasal tu... Kau doakan jelah yang baik - baik... Kau kena ingat yang walau apapun terjadi, kitorang ada untuk kau... Jangan pendam sorang - sorang lagi tau," pesan Wawa. Lantas dia memeluk aku dengan erat juga.

.......................................

Keesokannya,

Pagi - pagi lagi, telefon bimbit aku sudah berbunyi. Aku dengan malasnya, mengangkat panggilan itu tanpa memandang ke arah si pemanggil.

"Nia, awak dekat mana? Kenapa awak tak masuk office hari ni?" tanya si pemanggil. Mata aku terbuka dengan luas. Terus aku terduduk di atas katil. Aku perhatikan skrin aku. Wan. Aku menepuk dahi dengan agak kuat.

"Erm bos... Saya tak sihat sebenarnya ni, kepala saya sakit... Jadi, boleh ke saya MC hari ni?" tanyaku lantas memegang kepala aku. Idea Danial semalam suruh MC supaya aku tidak hadir ke perjumpaan nanti, akhirnya aku betul - betul sakit. Aku terbatuk sedikit.

"Ehh Nia! Awak okay tak ni? Nak saya bawa pergi klinik tak?" tanya Wan dengan suara yang gelisah.

"Takpe, bos... Dekat rumah saya ada ubat... Lepas saya makan nanti, baiklah ni," ujarku.

"Are you sure, Nia?" tanya dia lagi.

"Yes, bos... Jangan risaukan saya... Yang bos patut risau, siapa yang akan ganti saya untuk meeting tu nanti," balasku. 

"Itu awak tak perlu risau... Memang si Khuz tulah yang kena gantikan tempat awak... Takpelah, awak rehat... And get well soon, okay?" sempat dia memberi aku pesanan.

"Noted, boss... Thank you," aku terus mematikan panggilan setelah menjawab salam daripada dia. Aku menghembus nafas berat.

"Danial punya pasal lah ni... Tak memasal aku sakit betul - betul... Dahlah kata - kata tu satu doa," aku menggelengkan kepala perlahan. Kepala aku sangat berdenyut. Aku memicit pelipisku dengan kuat. Aku bersandar di kepala katil sambil mengambil nafas sebelum bangkit untuk membersihkan diri. Aku ni jarang sakit. Dan bila sekali kena, memang akan teruk. Siapa yang kenal aku, mesti dia tahu.

Selesai sahaja membersihkan diri, aku ke bawah untuk membuat sarapan. Aku berjalan ke arah peti sejuk dan terdapat satu sticker note. 

'Tengok bawah tudung saji' 

Aku menoleh ke arah meja dan bergerak ke arahnya. Aku mengangkat tudung saji itu dan terdapat nasi goreng cina dan sebiji telur mata di atasnya. Aku tersenyum lebar sambil mengambil satu lagi sticker note yang tertampal di sebelah pinggan.

'Get well soon, babe... Aku dan Wawa pergi kerja dulu... Tadi kitorang nak kejut kau, tapi bila rasa badan kau panas tak sampai hati pula nak kejut... Jangan lupa minta cuti dengan bos hang' - Shera

"Thank you korang," kataku perlahan. Dengan berselera, aku menjamah nasi goreng cina itu. 


Tok! Tok! Tok!


Terberhenti suapan aku yang terakhir. Aku bangun dari meja dan bergerak ke arah pintu. Aku mengintai sedikit di langsir.

"What?! Apa yang dia buat dekat sini?" aku berkata dengan nada berbisik. Aku berlari naik ke atas untuk mengambil shawl jersey dan menyarungnya ke atas kepala. Tanpa berbasa - basi, aku membuka pintu rumah. Terpacullah wajah seorang lelaki merangkap CEO di syarikat aku, Danial.

"You buat apa dekat sini, Tengku?" tanyaku. 

"I tahu you tengah tak sihat... Jom, I bawa you pergi klinik," ujarnya.

"Thanks to you... Sebabkan idea you tu... I yang sakit betul - betul tau... Thanks but no, I tak nak pergi klinik!" aku menjelingnya. Dia merenung ke dalam anak mata aku membuatkan aku tidak selesa.

"What else, Tengku? Kalau tak ada apa, Tengku boleh balik ke pejabat balik," baru sahaja aku nak menutup pintu rumah, dia telah pun menolak pintu rumah aku. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa sambil menyilangkan kaki serta tangannya.

"I give you 5 minutes to get ready to go to clinic... Kalau tak, I tak teragak - agak untuk paksa you," dia berkata tanpa memandang ke arah aku.

"What's wrong with you, Tengku? I dah kata I tak nak, kenapa mesti paksa?" aku tidak berpuas hati dengan tindakannya yang meluru masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran aku. Nasib baik aku membiarkan pintu itu terbuka luas.

"I know you, Nia... Kalau you sakit, teruk... And I also know that you sengaja tak nak pergi klinik, sebab you tak suka bau klinik," balasnya. 

"Tapi itu tak ada kena mengena dengan you lagi, Tengku... Tugas you as my friend is already end since 3 years ago... Tengku tak perlu lagi nak ambil berat pasal saya sebab saya ada kawan - kawan yang sangat prihatin terhadap saya... So, saya minta Tengku keluar dari rumah saya sebelum saya call police," aku melangkah pergi ke dapur untuk menghabiskan makanan aku yang berbaki lagi beberapa suapan.

"Nia, please listen to me this time... I tak nak sakit you melarat," balasnya lagi. Aku mendengus geram.

"Tengku ni tak faham bahasa ke? Atau Tengku nak saya speaking? Saya dah cakap jangan ambil berat pasal saya lagi... Dan tolong jaga jurang antara kita... Tengku adalah bos saya dan bukan kawan saya!" aku melintasinya yang menghalang laluan aku untuk membasuh pinggan.

"Nia, anggap saja I tolong you sebagai seorang bos bukan kawan... I betul - betul nak tolong bawa you ke klinik," Aku menatap wajahnya.

"I dah kata... Uhuk.. Uhuk!" badan aku menjadi tidak seimbang. Aku menahan diri aku dengan memegang para singki. Aku membongkok sedikit untuk menghilangkan rasa sakit yang menyerang di kepala. Setitik. Dua titik. Darah yang mengalir dari hidung aku menitik ke lantai.

"Nia!" Danial menyentuh aku. Aku cuba menepis tetapi dia mengeraskan badannya.

"Bagitahu I mana you punya purse dan beg," arahnya. Tanpa berfikir panjang, aku memberitahunya sambil aku menadah darah yang mengalir menggunakan tangan aku. Aku sedaya upaya membasuh darah itu yang dari tadi tidak berhenti mengalir.

"Ambil tisu ni dan tekan bahagian tengah hidung you tu," arahnya lagi. Aku hanya akur. Dia terus mengangkat aku ala - ala bride style. Dia meletakkan aku ke dalam keretanya tanpa banyak kata. Dia masuk ke dalam rumah kembali dan keluar bersama kunci di tangannya setelah mengunci pintu rumah. Aku hanya memerhatikan tindakan spontannya itu. 

"I told you, Nia... You kalau demam mesti akan berdarah hidung... Takkan diri you sendiri pun you tak kenal?" dia membebel pada aku. Aku hanya membatukan diri di sebelah. Malas ingin melayannya. Kepala aku berdenyut sakit. Aku menyandarkan tubuh dan meletakkan kepala di cermin.


HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now