"Ana," panggil Fahim disebelah aku. Pandangannya menyinggah pada kami berdua.
"Awak buat apa dekat sini? Bukan semalam, saya dah kata saya tak nak tengok muka awak lagi?" tanya Dania. Soalan itu bukanlah untuk Fahim, tetapi aku.
"Dia temankan Ana tidur semalam. Ana tak ingat ke?" tanya kak Maryam dengan nada berhati - hati.
"Even Ana tak ingat pun, kenapa dia still tak boleh nak faham apa yang Ana cakap pada dia? Ana tak nak tengok muka dia lagi kan?" tanpa memandang ke arah aku, dia membalas.
"Jangan macam ni, Ana... Tu kan suami Ana?" pujuk kak Maryam dengan lembut. Ana merengus sebelum menyambung suapannya yang tergantung tadi.
"Abang, siapa masak ni? Sedapnya!" Dania bercakap dengan mulutnya yang penuh.
"Makan perlahan - lahan, Ana. Nanti tercekik," Abang Dian menghulurkan secawan air ke arahnya.
"Korang tak nak makan sekali dengan Ana ke? Janganlah tengok Ana macam nak telan. Kalau lapar, cakap. Ana boleh kongsi," Fahim menggeleng.
"Tak apalah. Aim tengok gaya Ana makan pun, macam tak nak berkongsi dengan sesiapa makanan tu," Dania menyengih.
"Macam tahu - tahu je," selepas sahaja meneguk air, Dania mengambil ayam goreng bahagian peha dan membahamnya dengan lahap.
"Btw, mana Ad? Kenapa dia tak ikut sekali Aim datang sini?" tanya abang Dian.
"Dia kena balik rumah ibu dia, bang. Katanya, diorang nak buat kenduri kesyukuran untuk kakak Ad," berkerut dahi Dania memandang Fahim.
"Habistu, kenapa Aim dekat sini? Kenapa tak ikut Ad balik sekali?" tanya Dania. Aku yang disitu hanya lebih suka mendiamkan diri.
"Aim dah hantar Ad balik semalam. Aim patah Kl balik sebab nak jenguk Ana. Lepas ni, Aim balik semula rumah ibu Ad," ujar Fahim lalu berjalan menghampiri sofa.
"Lahhh, buat susah je. Ana bukan tak ada abang nak datang jenguk. Kenapalah Aim ni suka susahkan diri sendiri?" balas abang Dian pula. Dania mengangguk laju tanda menyokong kata - kata abangnya itu.
"Betul tu. Suami dia pun ada, tolong jaga dia semalam," tambah kak Maryam. Dania menjeling aku sekilas.
"Dia bukan suami Ana lah, kak. Ana tak pernah kahwin," tersentak aku dengan balasan yang keluar daripada mulutnya.
"Ana sedar tak apa yang Ana cakap ni?" tanya kak Maryam. Mukanya kelihatan gusar. Dania mengangguk lagi.
"Bang, kak. Saya balik dulu. Apa - apa nanti, call je saya," tanpa bersalaman dengan abang Dian, aku melangkah keluar dari wad itu dengan hati yang sakit.
'Kau kena hadap kebencian dia pada kau, Nial. Kau tak boleh patah semangat!' aku memberi semangat pada diri sendiri.
"Nial!" laung Fahim dari belakang. Dia berlari anak mendapatkan aku.
"Kau janganlah terasa dengan apa yang Ana cakapkan tadi. Kau anggap je yang dia tengah ingat - ingat lupa pasal status korang berdua," ujar Fahim. Mukanya penuh kerisauan. Aku tersenyum nipis lalu menepuk bahunya perlahan.
"Jangan risaukan aku. Aku tahu yang dia tak bermaksud nak cakap macam tu. Lagipun, ini balasan untuk aku sebab aku seksa mental dan fizikal dia dulu. Aku balik dulu. Kalau apa - apa terjadi pada Ana, tolong call aku," Fahim hanya menganggukkan kepala. Dengan langkah yang berat, aku beredar dari situ tanpa menunggu lama.
................................................
"Kenapa Ana cakap macam tu pada Danial? Kesian dia. Semalaman dia jaga Ana dekat hospital tau," tegur Maryam. Nada suaranya cuba ditahan agar Dania tidak terasa hati.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...