BAB 34

97 2 0
                                    

Sampai sahaja di klinik yang berdekatan dengan kawasan rumah aku, dia membukakan pintu untuk aku. Aku keluar dari kereta dan dipapah olehnya hingga ke dalam klinik. Aku akui yang memang kalau aku sakit, seluruh tubuh aku jadi lesu dan lemah. Bukan dalam jangka masa yang pendek tapi agak panjang.

"Duduk sini kejap, I pergi daftarkan you," katanya setelah meletakkan aku di kerusi yang sedia ada. Aku hanya menganggukkan kepala dan menghantarnya dengan pandangan.

"This is your number," dia menghulurkan aku kertas nombor giliran. Dia masih setia memegang beg bimbit aku. Aku menghulurkan tangan untuk mengambil beg itu darinya.

"Tak payah, biar I pegang ni untuk you," balasnya. Dia menyandarkan tubuhnya dan bermain dengan telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian, nombor aku di panggil. Aku bangkit dengan perlahan.

"Nak I tolong?" tanya dia. Aku menggelengkan kepala lalu bergerak ke bilik doktor.

Masuk sahaja di dalam bilik doktor, beliau mengarahkan aku untuk duduk.

"Long time no see, Nia" ujar doktor itu yang dikenali sebagai Raid.

"Hurm, tulah... Aku pun dah lama tak jenguk klinik kau ni," balasku.

"Kau demam ke? Hidung kau berdarah lagi?" tanya Raid. Aku mengangguk perlahan.

"Nia, aku kena buat surat refer untuk kau ke hospital... Dah kerap sangat hidung kau berdarah, hampir setiap minggu tau even kau tak demam," kata Raid dengan wajah seriusnya.

"Tapi aku tak ada sakit apa pun selain hidung berdarah tu... Ni pun aku baru sekali demam dalam tahun ni," balasku. Aku sebolehnya tidak ingin jejakkan kaki ke hospital.

"Dengar cakap aku kali ni, Nia... Kita memang takkan sedar penyakit apa yang menghuni dalam badan kita selagi dia tak teruk... Aku cuma inginkan kepastian supaya kes hidung berdarah kau tu tak jadi serius," katanya lagi. Dia terus membuat surat untuk aku.

"Raid, boleh tak kau buat surat tu untuk hujung minggu ni... Aku akan pergi sendiri," pintaku.

"Tak boleh, aku tahu kau takkan pergi," balasnya. Dia masih leka menulis surat itu.

"Please, Raid... Aku janji yang aku akan pergi refer hospital pasal ni," tangannya terhenti. Dia memandang aku untuk mendapatkan kepastian. Dia mengangguk sebelum menyambung menulis surat refer itu.

"And boleh tak kau bagi je aku ubat apa ii... Aku tak nak Danial syak apa - apa," ujarku lagi.

"Kau datang dengan Danial? Macam mana kau boleh jumpa dengan dia selepas hampir 3 tahun korang tak berjumpa?" tanya dia dengan kerutan di dahi.

"Dia CEO dekat syarikat yang aku tengah kerja sekarang ni... Jadi, nak tak nak aku kena hadap juga," balasku. Macam mana Raid boleh kenal Danial? Raid ni sebenarnya kawan kepada Dian iaitu abang susuan aku itu. Raid yang menyuruh aku untuk memanggilnya dengan panggilan aku kau kerana dia tidak gemar ada orang memanggilnya abang. Kami berdua sudah berkenalan sejak aku berpindah di rumah yang aku duduk sekarang ini bersama Wawa dan Shera. Dan dalam kiraan aku, hampir 3 tahun juga kami berkenalan. Memang setiap kali sakit, aku akan datang ke kliniknya memandangkan klinik dia pun berdekatan dengan rumah aku.

"Dian dah tahu?" tanya dia.

"Belum, lagipun kalau boleh aku tak nak family aku tahu yang aku dah jumpa dengan Danial sebab aku tahu yang diorang akan paksa aku untuk kahwin dengan Danial," balasku.

"Kahwin dengan aku jelah," dia cuba  bergurau tapi tidak kena dengan tempat.

"Tak payah nak merepek, lagipun perjanjian tu kata aku kena kahwin antara Fahim atau Danial... Fahim dah kahwin, jadi tinggal Danial je... Aku tak nak dan kau pun sendiri tahu apa sebabnya kan?" dia menggelengkan kepala.

"Takpelah, aku malas nak bercerita pasal kisah silam aku... Penat! Dahlah, aku gerak dulu... Ubat kau dah bagi kan?" tanyaku sebelum bangun dari kerusi.

"Dah, aku bagi kau ubat demam dan pening kepala... Jangan lupa pasal refer hospital tu... Kalau aku tanya kawan aku yang kau tak pergi, aku tak teragak - agak nak heret kau ke sana... Faham?" sempat dia memberi amaran pada aku. 

"Yelah... Kau ni macam abang aku! Asyik nak membebel dekat aku je," ujarku bosan.

"Kau tu degil... Kalau kitorang tak bising dekat kau, tak de nya kau nak dengar cakap kitorang kan?" balasnya lagi. Aku hanya mengejek dia sebelum keluar dari bilik tersebut. Aku terpandang wajah Danial yang sudah masam mencuka.

"Kenapa you lama sangat? Mentang - mentanglah doktor laki," tanya dia dengan nada tidak puas hati. Aku memandangnya pelik.

"Siapa suruh nak hantar I sangat ke klinik? Tunggulah sampai mereput" aku menjelingnya sebelum melangkah ke kaunter bayaran dan pengambilan ubat. Belum sempat aku nak mengeluarkan duit, ada satu tangan yang terlebih dahulu menghulurkan duit kepada jururawat tersebut.

"Ehh! Apa you buat ni? Biar I yang bayar, I tak nak terhutang budi dengan you," balasku sambil tangan menahan tangannya daripada menghulurkan duit.

"Its okay, I takkan tuntut apa - apa daripada you," dia terus melepaskan tangan aku dari tangannya dan meletakkan duit di atas meja kaunter tersebut. 

"Suka hatilah!" aku terus mengambil ubat yang ada di atas kaunter dan berlalu pergi dari situ.

"Nia! Laju - laju nak pergi mana? You tu datang sini naik I tau!" laungnya dari belakang. Aku memegang tombol pintunya.

"Bukalah cepat! Panas ni!" arahku dengan kerutan di dahi.

"Sabarlahh sayang oi... Kalau I tinggalkan you dekat sini, apa pun you tak dapat tau," terdiam aku bila dia memanggil aku sayang.

"Ha, berangan! Tadi suruh buka pintu cepat, bila dah buka tak nak masuk pula," ujarnya dari dalam kereta. Aku mendengus geram lalu membuka pintu dan menghempas sedikit kuat pintunya.

"Can you please shut the door slowly?" tanya dia. Tanpa memandang ke arahnya, aku memasang tali pinggang keledar.

"Baru je sebut sayang tadi, dah bisu huh?" tanya dia lagi. Aku memandangnya dengan mata dikecilkan.

"You ni kenapa? Jangan sakitkan hati I boleh tak?" aku merenungnya dengan tajam. Dia membalas renungan aku dengan mata bundarnya.

"Sorry, I dah lama tak jumpa you... So, I jadi excited nak kacau you semula," ujarnya sambil membetulkan gear.

"I'm not your friend anymore, Tengku... Please bare in you mind," suasana terus menjadi senyap sepanjang jalan pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku turun dan bergerak ke pintu setelah mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku tidak mahu berlama - lama lagi dengannya.

"Nia! I harap kita dapat berbaik balik seperti sebelum ni," katanya sedikit kuat dari kereta. Aku memandangnya sekilas sebelum masuk ke dalam rumah. 


TUK! TUK! TUK!


"Apa lagi, Tengku?" tanyaku tidak puas hati apabila dia masih berada di hadapan rumah aku.

"Your things, Nia... I tahu you benci tengok muka I lama - lama, but at least jangan lupa lagi barang penting seperti ini," dia menghulurkan telefon dan beg aku. Aku mengambil barang itu dari tangannya dan lagi sekali aku mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu rumah kembali. Aku mengeluh perlahan. Aku perhati lama telefon dan beg yang berada di tangan aku itu. Aku melangkah pula ke arah dapur dan aku dapati pinggang yang ada di atas meja tadi sudah pun dibasuh dan diletakkan di rak pinggan. Nampaknya, sebelum dia keluar dari rumah tadi dia membasuhkan pinggan aku dan mengemas meja makan. Aku memejam mata dan mengepal erat tangan aku.

"Sampai bila kau nak benci dia, Nia?" tanyaku pada diri sendiri. Aku memegang dada aku yang tiba - tiba terasa sempit dan sakit.


HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now