BAB 62

59 1 0
                                    

Keluar sahaja daripada wad Dania, tumbukan yang padu dan laju hinggap di pipi belah kirinya. Dia jatuh terduduk di hadapan pintu wad Dania. Ada sepasang mata yang sedang mencerlung ke arahnya.

"Aku dah cakap! Aku dah bagi warning dekat kau! Jangan sampai aku dapat tahu yang kau sakitkan Ana! Kau memang tak guna, Nial!! Aku amanahkan kau untuk jaga dia, bukan sakitkan dia sampai dia masuk hospital macam ni!!!" herdik Fahim dengan kuat. Orang disekelilingnya sudah dia tidak peduli. Yang dia peduli hanyalah membalas setiap perbuatan kawannya itu pada Dania. Dengan rasa yang masih tidak puas, dia menghampiri Danial dan menumbuk muka itu bertubi - tubi.

"Ya Allah, abang! Dahlah tu... Kita dekat hospital ni, bukan tempat bertinju," Adriana cuba menarik Fahim menjauhi Danial yang sudah terbaring lemah di lantai. Nafas mereka berdua tercungap - cungap.

"Aku, ibu, ayah dan abang Dian bagi kau peluang. Semua orang bagi kau peluang untuk jaga Dania! Tapi bukan dengan cara macam ni! Kau dah punahkan harapan ibu dan ayah! Aku yakin yang mama dan papa tak tahu yang kau buat menantu diorang macam ni! Aku menyesal ada kawan macam kau ni!! Ana ada sakit, kau tahu tak? Kau tak tahu kan? Sebab apa? Kau memilih untuk menyakiti dia dan bukan mengambil berat dan merawati dia!! Ana bagi tahu aku yang peluang untuk dia hidup hanyalah beberapa bulan sahaja," adu Fahim dengan nada sesal. Dia meraup mukanya yang sudah penuh dengan air mata.

"Aim, aku...," 

"Dari dulu lagi, Nial... Aku tahu yang kau sayangkan Ana. Aku nampak, aku tak buta lagi untuk tahu isi hati kau yang sebenarnya. Cara kau risaukan dia. Cara kau ambil berat pasal dia even dalam diam. Tapi sayang, semua itu hilang bila cemburu dan kesalahannya menutup rasa yang kau ada pada dia. Akhirnya, kau sakiti dia lagi dan lagi. Kau pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Blah!" kali ni, Danial dihalau oleh Fahim pula. Dia hanya akur. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sejak dari tadi sudah keruh.

.........................................

Tak lama selepas bunyi pertengkaran dekat luar, muncul wajah Fahim dan Adriana di hadapan pintu wad aku. Mereka berdua masuk dengan senyuman.Tapi, tak lama selepas itu,

"Aku dah cakap dengan kau, kalau Danial ada buat kau sakit bagitahu aku," itu perkara pertama yang dia semburkan pada aku. Aku hanya tersenyum nipis ke arahnya.

"Berapa biji kau bagi dekat muka dia tadi?" tanya abang Dian seolah - olah menyokong tindakan Fahim sebentar tadi.

"Awak ni! Tak baiklah macam tu!" kak Maryam memukul lengan abang Dian dengan menggunakan sudu di tangannya.

"Apa yang tak baiknya? Itu nasib baik Fahim yang buat. Kalau ikutkan hati saya yang tengah panas, dekat sini juga saya sepak terajang dia tu," balas abang Dian.

"Terima kasih abang, terima kasih Aim," hanya itu sahaja yang aku mampu ucapkan.

"Ana... Kau still nak rahsiakan perkara ni dari ibu dan ayah ke? Pasal penyakit kau ni, diorang berhak tahu," balas Fahim. Aku mengeluh perlahan.

"Ana tak nak dorang risaukan pasal Ana, Aim. Ana nak hidup seperti orang normal. Ana tak nak orang pandang Ana seorang penghidap kanser," aku bermain dengan jari jemariku. Aku tak boleh nak pandang wajahnya mereka semua tika ini.

"Ana, please jangan degil macam ni. Kesian ibu dan ayah. Sampai bila kau nak rahsiakan perkara ni? Sampai kau dah terlantar sakit tanpa boleh bersuara? Macam tu?" Fahim masih cuba untuk memujukku.

"Abang hormat keputusan, Ana. Apa jua keadaan sekali pun, abang akan tetap jaga Ana," ujar abang Dian semula.

"Ana takut abang. Amalan Ana tak banyak. Ana banyak buat dosa dengan ibu dan ayah. Dengan suami Ana. Ana halau dia tadi abang," air mataku mula bertakung di tubir mata. Perasaan serba salah aku semakin tebal pada Danial.

"Bukan salah Ana sepenuhnya bila Ana jadi macam tadi. Akak tahu Ana tak ada niat nak halau Danial macam tu. Akak yakin yang Danial akan datang lagi jenguk Ana. Ana cubalah berbaik dengan dia selagi ada waktu ni," pesan kak Maryam. Hampir sahaja tangisan aku pecah, namun aku mengetap bibir aku dengan kuat.

"Dan awak, jangan halang lagi Danial untuk berjumpa dengan isteri dia. Awak kata awak hormat keputusan Ana. Jadi, Ana nak luangkan masa dengan suami dia. Awak tak boleh nak halau dia macam tadi lagi," tajam mata kak Maryam memanan wajah abang Dian. Abang Dian hanya mendengus perlahan. 

"Itulah awak. Menangkan sangat lelaki dayus macam tu," balas abang Dian dengan tidak puas hati.

"Lelaki dayus tu juga suami kepada adik awak. Awak tak ada hak untuk memecahbelahkan hubungan suami isteri adik awak sendiri. Saya cakap ni pun sebagai pengajaran untuk saya juga. Saya sendiri tak suka bila ada yang masuk campur dalam urusan keluarga saya. Saya harap awak faham. Ana, akak balik dulu," tak semena - mena, kak Maryam berkecil hati dengan ucapan abang Dian seperti tadi. Terkelip - kelip matanya memandang wajah kak Maryam.

"Awak balik dengan siapa?" tanya abang Dian.

"Sesiapa sahajalah. Saya balik dengan bangla pun boleh!" kak Maryam terus keluar daripada wad aku selepas aku bersalaman dengannya. Tidak menunggu lama, abang Dian mengejar kak Maryam dari belakang. Aku hanya menggelengkan kepala melihat aksi dua merpati itu. 

"Ana nak makan apa - apa tak?" tanya Fahim. Aku menggeleng lemah.

"Tadi Ana dah makan. Ana nak solat, Ad tolong Ana boleh?" aku memandang Adriana dengan senyuman nipis.

"Ehh, mestilah boleh! Jom, saya pimpin Ana ke tandas. Awak boleh tunggu dekat luar," arah Adriana. 

"Wahh, halau suami sendiri ke?" seakan - akan merajuk nadanya.

"Habistu? Takkan awak nak tengok aurat Ana pula?" Adriana mengecilkan matanya. Fahim hanya menyengih lalu keluar dari wad aku.

.................................

Aku tidak menuruti permintaan Dania sepenuhnya. Aku hanya duduk di dalam kereta sambil mengumpulkan segala keberanian untuk naik semula ke wadnya. Aku tidak akan mengalah dengan hanya dia menghalau aku tadi. Dalam masa yang sama, aku terlihat adegan abang Dian memujuk kak Maryam. Aku hanya tergelak kecil melihat tingkah laku abang Dian. Lama aku tunggu di dalam sementara menunggu Fahim dan Adriana pulang. Selepas beberapa jam, aku terus keluar daripada kereta selepas melihat kereta Fahim hilang daripada pandangan. Langkah aku termati di hadapan wad Dania. Bermacam - macam andaian yang bermain dalam kotak fikiran aku. Dengan sekali hembusan nafas yang berat, aku menolak pintu wadnya dengan perlahan. Aku amati dia sudah terlena dengan nyenyak di atas katil. Dengan berhati - hati, aku melangkah ke arahnya. Aku menatap dengan penuh perasaan wajah yang ayu dan suci itu. Air mataku tiba - tiba bertakung di tubir mata.

'Maafkan biy sebab dah banyak sakitkan dear. Betul kata Fahim. Biy ego. Biy lebih pentingkan perasaan cemburu biy daripasa rasa sayang biy pada dear. Maafkan biy, dear,' aku hanya mampu bersuara di dalam hati. Aku mendekatkan bibirku ke dahinya. 

"Awak buat apa dekat sini?" tanya satu suara yang tidak asing bagi aku. 

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now