BAB 42

72 2 0
                                    

Tuk! Tuk!

"Masuk!" laungku dari dalam. Pintu itu terbuka dari luar dan terpacul wajah Fahim.

"Kenapa kau datang?" tanyaku.

"Ehh, dah tak boleh nak datang sekarang ni? Kenapa? Nia ada ke dalam bilik tu?" tanya Fahim dengan sengihan nakalnya. 

"Kau jangan nak macam - macam ehh... Aku bagitahu Ad yang kau menggatal dengan bini aku," balasku geram.

"Alah... Menggatal pun dengan member sendiri kan?" tanya dia sambil kening diangkat.

"Kau tak payah nak mengada! Nia dah jadi bini aku, jadi dia tanggungjawab aku... Bukan tanggungjawab kau lagi," balasku dengan hati yang agak panas.

"Yelah - yelah... Aku tahu," Fahim terus melabuhkan diri di kerusi di hadapan aku.

"Jadi, macam mana setakat ni? Dia okay?" tanya Fahim lagi. 

"Kenapa? Kau rasa aku tak boleh nak jaga dia dengan baik seperti mana kau jaga dia dulu?" tanyaku kembali. Dia hanya mengangkat bahu seperti malas mahu berbalah dengan aku lagi.

"Biy!" dalam masa yang sama pula, Dania mucul dengan hanya memakai baju labuh aku itu. Terdedah betis dan pehanya pada Fahim. Fahim sudah memandang Dania tanpa berkelip.

"Tutup mata kau, sial!" marahku sambil mencampak fail merah di tangan aku pada muka Fahim. Fahim terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dania memandang aku. Mata aku tajam merenung dia. 

"Erkk... Sorry biy... Bye Aim!" dia melambaikan tangan sebelum berlari semula masuk ke dalam.

"Kau buat 'projek' dekat office?" tanya Fahim tak percaya. Aku terus mencampak pen ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak.

"Suka hati akulah! Office aku!" muka aku sudah berona merah kerana malu pada Fahim dan marah pada Dania.

"Kau nak apa datang jumpa aku ni?" tanyaku balik pada soalan utama aku.

"Aku nak tanya pasal projek dengan Dato' Hamka tu... Bila nak siapkan proposalnya?" tanya Fahim.

"Ehhh, takkan tak ada orang yang pass dekat kau fail tu lagi?" aku mengerutkan dahi.

"Tak ada... Lama aku tunggu, tu yang aku datang sendiri jumpa kau," balas Fahim. Aku memicit pelipis aku. 


TUK! TUK!


"Masuk!" muncul Adrina bersama beg pakaian di tangannya.

"Tengku, ni pakaian yang tengku minta saya belikan tadi," dia menghulurkan beg pakaian itu pada aku. Aku hanya menganggukkan kepala sebelum dia berlalu pergi.

"Ganasnya kau sampai Nia kena pakai baju baru," sindir Fahim. Aku menaikkan jari tengah padanya sebelum bergerak mendekati bilik di mana Dania duduk.

"Dear, ni Rina ada belikan baju untuk dear... Nanti lepas siap pakai baju, jumpa biy dekat depan... Ada benda biy nak bincang," aku meletakkan beg pakaian itu di atas katil. 

"Okay biy!" dia mengambil beg itu lalu masuk ke dalam tandas untuk menukar baju. Aku keluar semula dan duduk di meja aku. Tak sampai beberapa minit, Dania keluar dengan baju yang dibeli tadi. Dia hanya menayangkan sengihan pada aku dan Fahim.

"Apa yang biy nak bincang dengan dear?" tanya dia. Dia yang berdiri di sebelah aku, aku tarik untuk duduk di atas peha aku.

"Dear kata, bos dear ada bagi kerja untuk siapkan satu proposal ni kan?" tanyaku dengan nada agak tegas. Dia mengangguk perlahan.

"Proposal tu untuk apa?" tanyaku lagi.

"Hurm... Tak silap dear, projek kita dengan dato' Hamka... Kenapa biy?" dia memandang aku dengan riak yang cuak.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now