BAB 39

106 3 0
                                    

(Nur Dania Farhana pov)

Selepas sahaja kami berdua bersarapan, kami berdua gerak ke tempat kerja bersama - sama.

"Nial ingat nak naikkan Nia pangkat as my PA... Would you like it, dear?" tanya Danial tiba - tiba.

"Ha? Nanti apa pula orang lain cakap... Nia tak nak," belum berfikir lagi, aku sudah tolak tawarannya mentah - mentah.

"Are you sure? Nanti kalau ada client yang nak menggatal dengan Nial, Nia tak marah ke?" tanya Danial lagi.

"Nia percayakan Nial... Tapi kalau ada perempuan cuba buat lebih - lebih dengan Nial, tengoklah apa nasib dia nanti," ujarku geram. Pagi - pagi, Danial sudah memancing api kemarahan aku untuk keluar. 

"Garangnya isteri Nial ni," Danial mencuit hidung aku. Aku hanya menjelingnya sebelum memandang keluar tingkap.

"Nia, marahkan Nial ke?" tanya Danial lagi. Aku tidak bersuara.

"Nia... Nial bergurau je tadi, Nial janji kalau client tu perempuan... Nial akan ajak Aim untuk temankan Nial," Danial menggenggam jari jemari aku erat. Aku memandangnya tajam.

"Promise?" tanyaku.

"Promise, dear!" Danial mengangguk berkali - kali lalu mencium tangan aku sebelum dia fokus semula ke pemanduannya.

Sampai sahaja di pejabat, Danial keluar terlebih dahulu sebelum aku. Dia membukakan pintu aku dan memimpin aku untuk masuk ke pejabat. 

"Nial, dah boleh kot lepaskan tangan Nia," kataku perlahan. Dia merenung aku tajam.

"Kenapa? Nia tak suka ke Nial pegang tangan Nia?" tanya Danial dengan nada yang sentap.

"Bukan macam tulah, Nial... Malu orang tengok ni," mata aku melilau ke arah sekeliling. Semua mata tertancap pada kami berdua.

"Nia ni, asyik hiraukan orang fikir apa je... Cuba fikir yang tak ada siapa yang kisah dengan kita, lagipun dorang tak ada hak untuk mempersoalkan perkahwinan kita... Dan one more thing, Nial tak kisah kalau dorang nak fikir apa sekali pun, asalkan Nia dah jadi isteri Nial yang sah... Bukan Nial sentuh yang bukan mahram Nial," panjang pula Danial berleter kali ini. 

"Dan lagi satu, kalau dorang berani sentuh isteri Nial... Maknanya dorang berani juga nak berdepan dengan Nial... Nial tak suka dorang sentuh hak milik Nial... Faham?" Danial menunduk sedikit agar aku dan dia sama paras. Aku mengangguk perlahan.

"Dah jom, nanti lambat nak punch card pula," dia menarik tangan aku untuk menaiki lift. Pejabat aku di tingkap 10, manakala dia di tingkat 15. Almaklumlah, CEO syarikat kan? Jadi, tak mustahillah kalau pejabatnya terletak di tingkat paling atas.

"Dah sampai, kerja elok - elok tau... Kalau ada orang kacau Nia, bagitahu Nial cepat - cepat ya," pesan Danial. Sebelum dia pergi, dia sempat mencium dahi aku sekejap. 

"Wahhh... Dah bahagia member kita sorang ni," sergah Erysa yang entah dari mana dia muncul.

"Kau ni, terperanjat aku tau!" aku memukul bahunya perlahan.

"Untunglah... Laki sepejabat dengan dia, cuma lain level je... Kalau tak, setiap hari aku tengok kemesraan korang berdua," ujar Eriysa dengan nada sendu.

"Kau tak payahlah nak sendu sangat weyhh... Sebelum aku kahwin pun, kau dah ada tunang kan? Kau tak kisah pula pasal aku yang tiap - tiap hari aku dengar kau on call dengan tunang kau tuhhh?" balasku dengan geram. Aku melangkah ke bilik aku dan dia mengikut aku sekali ke bilik.

"Alah kau! Balas dendamlah ni... Dahlah lagi laju daripada aku! Aku yang dah tunang ni pun, belum kahwin tau!" Erisya membalas renungan aku yang sedari dari tadi aku memandangnya seperti nak makan.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now