BAB 40

125 6 0
                                    

Balik sahaja ke pejabat, Danial menurunkan aku di parking lot. Hal ini kerana, dia ada perjumpaan bersama client di salah satu restoran yang berdekatan.

"Kenapa kena jumpa dekat restoran juga? Tak boleh ke kalau jumpa dekat dalam pejabat biy je?" tanya aku agak tidak berpuas hati dengan lokasi perjumpaan Danial dengan clientnya.

"Dear, janganlah macam tu... Don't worry okay? Sebab client biy lelaki, bukan perempuan," balas Danial. 

"Okay, hati - hati tau... Jangan nak buat macam - macam belakang Nia tau... Kalau Nia dapat tahu, biy tidur luar malam ni!" ucapku sambil menjelingnya tajam. Dia tergelak kecil. Dia menarik kepala aku dan terus mencium kepala aku lama.

"Biy takkan sakitkan hati dear lagi... You trust me, right?" tanya dia. Aku mengangguk perlahan. Aku memeluknya erat sebelum keluar dari keretanya. Aku melangkah masuk ke dalam pejabat, belum sempat aku nak duduk Erisya datang ke bilik aku dan berkata bahawa encik Wan ingin   berjumpa dengan aku. Dengan akur, aku pergi ke arah pejabatnya.

TUK TUK TUK

"Masuk!" laungnya dari dalam. Aku masuk dengan berhati - hati.

"Ada apa bos nak jumpa dengan saya ya?" tanyaku.

"Boleh awak siapkan file proposal untuk syarikat yang kita akan berkolaberasi nanti?" aku mengerutkan dahi dengan arahanya.

"Tapi bos, tu bukan kerja saya... Itukan kerja Erisya?" bantahku.

"Saya bos atau awak bos? Kalau saya suruh tu, buat je tak boleh ke?" aku terdiam sejenak sebelum perlahan kepala aku dijatuhkan.

"Ada apa - apa lagi ke, bos?" tanyaku.

"Petang ni, awak balik dengan siapa?" tanya dia pula. Semakin banyak kerutan di dahi aku.

"Mestilah dengan suami saya, bos... Bos ni kenapa? Demam ke?" balasku agak sangsi dengan tingkah lakunya selepas balik daripada makan tengah hari.

"Kalau tak ada apa lagi, saya balik bilik saya semulalah bos," baru sahaja aku nak berpaling, dia bersuara.

"Kalau suami awak sakitkan hati awak, saya sudi pinjamkan bahu saya untuk awak," kata - katanya membuatkan aku naik angin. Aku memandangnya dengan tajam.

"Jadi, ini ke yang bos cakap pada suami saya waktu makan tengah hari tadi? Kenapa bos cakap macam tu dekat suami saya? Sedangkan, sebelum ni kita tak pernah jalinkan hubungan apa - apa pun!" mata aku mencerlung memandangnya. Dia terus bangun dari kerusinya dan berjalan mendekati aku.

"Awak tipu saya, Dania," katanya. Aku menggelengkan kepala.

"Apa yang saya tipu, bos? Saya tak pernah janji apa - apa dengan bos," balasku. Dia menyentuh bahu aku.

"Ehhh, apa ni?!" aku cuba untuk melepaskan pegangannya.

"Awak kata awak tak nak buka hati awak pada sesiapa, tapi kenapa tak sampai beberapa bulan awak berjumpa dengan Tengku... Awak terus kahwin dengan dia?" matanya sayup memandang aku. Aku meneguk air liur kelat.

"Jangan buat saya macam ni, bos... Bos pun tahu yang saya tak pernah letak apa - apa harapan dekat bos," kataku. Dia melepaskan bahu aku.

"Tapi layanan awak dekat saya, seakan - akan saya ada peluang untuk miliki awak, Dania," katanya lagi. Aku terkedu. 

"Saya layan bos baik sebab bos majikan saya... Tak terlintas pun untuk saya layan bos lebih daripada layanan seorang staf terhadap majikannya... Lagipun, saya dah bagitahu bos yang jangan letakkan harapan pada saya," ujarku berhati - hati. Aku tak mahu dia bertindak di luar jangkaan aku.

"Tapi awak dah terbagi saya harapan, Dania.." katanya. Matanya penuh dengan kesedihan.

"Stop it, bos... Saya dah kahwin... Tolong hormat saya dan suami saya," aku cuba untuk keluar daripada situ tetapi dia menangkap lengan aku pula.

"Pegang kata - kata saya, Dania... Kalau saya nampak awak mengalirkan air mata sebab suami awak, saya tak teragak - agak nak rampas awak daripada dia," jantungku terus berdegup dengan kencang. Tanpa menunggu lama, aku keluar daripada biliknya itu. 

...................................

Malam itu,

"Biy," panggilku. Dia mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku mengambil tempat di sebelah aku.

"Biy," panggilku lagi. Aku menatapnya lama sebelum perlahan - lahan air mataku jatuh ke pipi. 

"Hey, what's wrong, dear?" tanya dia lembut. Dia memegang muka aku dan mengesat air mata yang mengalir.

"Nia nak jujur ngan biy," balasku. Dia tenung aku sambil menganggukkan kepalanya.

"Tadi, bos Nia panggil ke bilik... Dia suruh Nia buat proposal yang sepatutnya kerja Erisya... But, I'm okay with that..." aku diam sejenak. Aku takut kalau dia tiba - tiba mengamuk.

"Then?" tanya dia.

"Sebelum Nia keluar, dia tanya yang Nia balik dengan siapa nanti... Pastu Nia katalah mestilah dengan husband Nia... Astu tiba - tiba dia cakap macam ni, kalau biy ada sakitkan hati Nia, dia sudi pinjamkan bahu dia untuk Nia," mukanya yang berubah membuatkan aku berhenti bercerita.

"Lepastu, dear?" tanya dia lagi. Terdengar getaran di ayatnya itu.

"Nia marah dia... Sebab tu mungkin ayat yang sama dia bagi dekat biy... Dia tak ada hak untuk cakap macam tu... Dia pula yang marah Nia... Dia kata Nia bagi dia harapan... Sumpah biy! Nia tak pernah bagi dia harapan, dan Nia ada cakap juga... Memanglah Nia layan dia baik sebab dia bos Nia, tapi Nia layan dia tak lebih dari tu, biy... Tapi sebelum tu..." aku meramas tangan aku. Gemuruh rasanya apabila Danial mula memandang aku dengan tajam.

"Sebelum tu?" tanya dia.

"Dia... Dia... ada pegang bahu Nia," ujarku.

"What?!!!" suaranya melenting kuat. Aku menundukkan kepala.

"Why you tak call I, Nia?!" Danial sudah bangun dari katil. Aku menggenggam tangannya. 

"Biy nak pergi mana?" tanyaku pula. 

"I nak jumpa dengan dia, Nia... Beraninya dia sentuh isteri I!" dia cuba melonggarkan genggaman tangan aku.

"Janganlah biy... Nia minta maaf sebab biarkan dia sentuh Nia... Hiksss... Nia minta maaf," air mataku merembes dengan laju. Ketakutan semakin menguasai diri aku bila aku nampak urat lehernya sudah keluar.

"No... No... You tak salah... I minta maaf sebab buat you takut... Tapi trust me, I marahkan dia, dear," balasnya lalu duduk kembali di sebelah aku. Dia memeluk aku dengan erat. Esakan aku kedengaran.

"Thank you sebab jujur dengan biy... Biy minta maaf sebab takutkan dear, tapi biy tak boleh kawal diri biy... Dia dah sentuh hak biy... Dia kena terima akibatnya," dia mengusap belakang aku untuk menenangkan aku yang sudah teresak - esak.

"Biy naikkan pangkat dear ya? Lagipun PA biy dah nak bersalin... Jadi, biy malas nak buat interview untuk cari pengganti dia," ujarnya.

"Okay, biy... Nia ikut je kalau itu biy rasa yang terbaik untuk kita berdua," balasku tanpa berfikir panjang. Dia mengucup dahi aku.

"Dah jom tidur... Habis bengkak mata ni sebab menangis tadi," dia mengelapkan air mata yang masih berisisa lalu membaringkan aku disebelahnya.

"Biy... Kalau ada apa - apa berita buruk pasal Nia, biy percaya dorang atau biy percaya Nia?" tanyaku. 

"Biy percaya dear... Don't worry, kita akan jaga hubungan ini sama - sama," kami berpelukan malam itu sehingga dua - dua terlena di buai mimpi.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now