Selepas bersiap - siap untuk keluar, Danial menggajak aku pergi ke Port Dickson untuk menenangkan fikiran. Katanya dia tahu yang aku sedang risaukan apa yang dikatakan oleh lelaki yang hampir meragut kesucian aku waktu sekolah menengah dahulu.
"Biy, sorry susahkan biy," kataku. Dia memandang aku dengan kerutan di dahi.
"Apa yang susahkannya? Lagipun biy memang dah lama nak bawa dear ke sana," dia mengusap kepalaku yang berlapikkan selendang biru.
"Biy tak nak dear fikirkan pasal Zack lagi. Selagi dear dekat dengan biy, tiada siapa yang boleh sakitkan atau pisahkan dear dari biy," katanya lagi. Aku hanya menayangkan senyuman.
"Thank you, biy," ucapku.
"My pleasure, dear," dia kembali fokus pada pemanduannya.
.............................
Kami tiba selepas hamprir 1 jam setengah Danial memandu. Kami singgah di hotel yang berdekatan dengan pantai.
"Biy! Cepatlah, dear tak sabar nak tengok pantai ni," aku menggoyangkan tangannya dengan perasaan teruja.
"Sabar dear. Biy nak letak beg ni dalam bilik kita dulu," ujarnya sambil mengangkat 2 beg dari boot kereta.
"Alahh, biarlah beg tu dalam kereta dulu. Dear nak pergi tengok pantai sekarang," kataku dengan nada yang manja. Terhenti terus langkahnya ingin ke bilik. Dia menggelengkan kepala dengan perlahan sebelum mendekati aku semula. Aku menayangkan sengihan.
"Dear, pantai tu lari mana pun. Ada je dekat situ. Lepas kita letak beg ni, kita pergi ya dear? I'm promise," ujarnya lembut.
"Okaylah!" aku mengangguk laju lalu merampas beg dari tangannya dan berlari ke arah bilik kami berdua.
"Dear, watch out!" laung Danial daripada belakang. Aku yang tak sempat memberhentikan larianku terlanggar seorang wanita dihadapanku. Kami berdua jatuh di lantai bersama - sama.
"Dear, are you okay?" cemas Danial dibuatnya. Nasib aku baik apabila aku terduduk dekat beg aku sendiri. Jadi, punggung aku tak terhentak pada lantai. Malangnya, wanita itu mengaduhkan kesakitan.
"Awak okay?" tanyaku dengan cuaknya. Wanita itu memalingkan wajah ke arah kami berdua.
"Lily?" serentak aku dan Danial menyebut nama itu.
"You buat apa dekat sini?" tanya Danial dengan nada yang tidak percaya. Dia membantu Lily untuk bangun dari lantai. Aku hanya memerhatikan tindakannya.
"I hang dengan Taqim dekat sini. Tak expect pula dapat jumpa you guys," balasnya. Aku terus bangun dari lantai apabila Danial masih tidak sedar bahawa aku masih duduk di lantai bersama beg aku.
"Yeke? What a coincidence. I dengan Nia pun bercuti dekat sini. You booked hotel ni juga ke?" Lily mengangguk perlahan. Tersenyum lebar mulut Danial. Aku masih membatukan diri disebelahnya.
"Baguslah tu! You dah pergi tengok pantai? Kalau belum, bolehlah kita gerak sekali. Sebab Nia pun nak tengok pantai lepas ni," ujar Danial. AKu memandangnya tidak puas hati.
"I letak barang ni dekat bilik dulu. Kalau you nak borak, boraklah," aku terus beredar dari situ selepas merampas lagi satu beg dari tangannya. Aku memerhatikannya yang masih tidak berganjak untuk mengejar aku. Aku menghembus nafas berat.
"Tak apalah. Kawan dia dulu kan? Kau tak ada hak untuk rasa cemburu," ujarku perlahan. Aku terus meletakkan beg ke dalam bilik. Lalu, aku menunggu Danial untuk masuk ke dalam bilik. Namun, hampa. Sudah 15 minit, tapi kelibat Danial pun tidak ada. Aku mengambil keputusan untuk keluar semula. Terserempak pula dengan Nukman iaitu tunang kepada Lily.
"Eh, Taqim? Bilik awak sebelah ni ke?" tanyaku.
"Ehh, Nia? Awak pun ada dekat sini? Mana Danial?" tanya dia sambil mata melilau mencari kelibat Danial.
"Awak tak tahu ke? Danial borak dengan Lily," balasku. Dia menganggukkan kepala perlahan.
"Jomlah pergi dekat dorang. Lily kata dia nak pergi tengok pantai kan?" Nukman mengangguk lagi. Aku berjalan beriringan dengan dia sambil berbual mengenai perkenalannya dengan Lily.
"Dania!" laung Danial dari jauh. Mukanya kelihatan cemberut. Dia terus mendekati aku dan menarik pinggang aku merapati ke badannya.
"Borak apa dengan Taqim?" katanya sambil merenung tajam ke arah Nukman.
"You ni. I tanya dia macam mana perkenalan dia dengan Lily je. Takkan itupun you nak jealous?" terpinga - pinga dia apabila aku menukar panggilan.
"Entah you ni. Taqim ni kan tunang I, takkanlah Nia nak rampas pulakan?" termati senyuman sinis yang aku hadiahkan pada Danial sebentar tadi tatkala mendengar sindiran itu. Aku menayangkan senyuman janggal pula.
"Dahlah, jom kita pergi tengok pantai. Nanti dah panas, terbakar pula kulit I," ajak Lily dengan teruja. Aku mengangguk.
"Jom!" aku segera menarik tangannya untuk berlalu pergi dari situ.
"Naik kereta I jelah," kata Danial.
"Kalau macam tu, I nak duduk depan boleh? I nak berborak dengan Aiden. Bolehkan Nia?" tanya Lily dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Aku memandang ke arah Danial yang hanya mendiamkan diri. Aku mengangguk walaupun dalam hati sangat berat dengan permintaan tersebut. Danial pula tidak berkata apa - apa seolah ingin duduk dengan Lily di hadapan. Dengan hati yang hampir remuk, aku masuk dan duduk di bahagian belakang. Sepanjang perjalanan, Danial dan Lily rancak berborak manakala aku dan Nukman tidak bersuara walaupun sepatah di belakang. Nasib baik jarak antara hotel dan pantai dekat. Tak adalah mata aku makin sakit melihat kemesraan mereka berdua. Sampai sahaja, aku terus turun tanpa mengendahkan mereka berdua. Nukman mengikuti aku dari belakang.
"Awak marah ke Lily rapat dengan Danial?" tanya Nukman tiba - tiba.
"What do you think?" tanyaku semula.
"I ask you, Dania. Don't ask me back," ujarnya. Aku mengeluh panjang.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Jujurlah eh, hati saya sakit tapi saya tak boleh nak berbuat apa - apa. Mereka berdua dah berkawan lama. Maybe dulu Danial jadikan Lily sebagai tempat luahan dia. Dulu, saya yang beria nak berjauhan dengan Dania. Jadi, saya tak salahkan Danial kalau dia masih rapat dengan Lily walaupun kami dah berkahwin," balasku cuba berlagak selamba.
"Tapi itu dulu, Dania. Sekarang situasi dah berubah. Awak dan Danial dah berkahwin. Lily pun dah jadi kisah silam Danial. Takkan awak tak nak pertahankan hak sebagai seorang isteri?" katanya. Aku memandangnya dengan pelik.
"Kenapa awak bercakap seolah - olah Lily sedang cuba rampas Danial daripada saya? Atau awak dan dia hanya sekadar tunangan fake, dan cuba untuk hancurkan hubungan saya dengan Danial," riak wajahnya terus berubah.
"Apa yang awak merepek ni?! Takkan awak tak percaya bila nampak cincin di jari Lily? Lily tu tunang saya. Bukan fake. Saya cuba untuk jauhkan mereka berdua tapi tak boleh. Jadi, dengan pertolongan awak sahaja, Danial dan Lily boleh berfikir dengan betul bahawa batasan mereka hanya sekadar kawan. Bukan macam dulu seperti pasangan kekasih," aku mati kata. Aku melihat Danial dan Lily yang berjalan tidak jauh daripada kami berdua. Aku memandang semula muka Nukman yang penuh dengan keikhlasan.
"Saya tak tahu nak buat apa," ujarku perlahan.
"Saya tahu," dia terus membisikkan rancangannya pada aku.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
عاطفيةPada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...