BAB 64

84 2 0
                                    

"Dear, wake up," kejutku sambil menggoncangkan tubuhnya dengan perlahan. Dia bergerak sedikit namun tiada tanda - tanda seperti dia mahu bangun. 

"Dear, wake up. Kalau tak, biy angkat dear to the toilet," bisikku perlahan. Dia masih nyenyak tanpa mengendahkan amaran aku. Aku tersenyum sinis sebelum bibir aku hinggap di telingnya. Aku mencium lehernya pula.

"Awak!" dia terus terbangun dari tidurnya apabila aku mula mengangkat bajunya. Matanya mencerlung tajam ke arah aku. 

"Tak malu ke?" tanya dia dengan bibir diketap rapat. Aku menghimpit tubuh ke arahnya.

"Buat apa biy nak malu? Dear isteri biy. Biy berhak ke atas dear sepenuhnya," aku mengukirkan senyuman yang manis. Dia menjeling aku tajam sebelum kakinya melangkah turun dari katil.

"Nak pergi mana tu?" pertanyaanku memberhentikan tindakannya.

"Mandilah, takkan nak pergi berlari pula?" tanya dia sarkastik. Aku menggeleng perlahan.

"Let me help you," 

"No need!" cepat dia menegah pertolongan aku.

"Biy dah lama tak mandi dengan dear...,"

"Awak tak payah nak buat drama dekat sini boleh tak? Awak ingat saya akan termakan dengan pujukan awak tu ke? Awak ingat saya akan berlembut hati dengan awak? Cukup baik saya bagi awak tidur dekat sini malam tadi. Jadi, pagi ni. Awak tolong jangan ganggu keamanan dan ketenteraman saya!" dia terus menutup pintu tandas dengan agak kuat. Aku mengeluh perlahan. Namun, tak lama selepas itu dia keluar dari tandas. Baru aku ingin mengukirkan senyuman, dia terus menutup pintu tandas semula selepas mengambil barang keperluannya. Aku menggelengkan kepala.

...........................................

Selesai sahaja membersihkan diri, 

Jururawat tiba dengan sarapan pagi yang sudah termaktub di dalam jadual pemakanan harian aku. Selepas jururawat itu menyusun makanan aku di atas meja, dia segera keluar daripada wad aku untuk diagihkan makanan pada pesakit yang lain pula.

"Meh sini duduk. Biy suapkan dear makan, ya," ujar Danial. Dia masih mengukirkan senyuman seperti tadi. Aku menjelingnya tajam sebelum merampas sudu dan garfu dari tangannya.

"Tak payah nak menyibuk. Selama ni, saya sihat awak bukan kisah makan dan minum saya," balasku tanpa memikirkan perasaannya.

"Dear, jangan buat biy macam ni. Biy minta maaf," ucapnya lagi. Aku hanya menghiraukan kata - katanya dan memakan sarapanku dengan penuh berselera walaupun tiada rasa.

"Dear, kita balik rumah ibu dan ayah nak?" pertanyaan dia membuatkan suapan aku terhenti.

"Nak buat apa?" kerutan di dahi aku menjelaskan yang aku tidak senang dengan soalannya.

"Saja. Kita pun dah lama tak balik rumah ibu. Lagipun, sampai bila dear nak simpan rahsia ni?" tambahnya lagi.

"Waktu saya sihat, awak tak ada pula beria nak ajak saya balik rumah ibu saya. Kenapa baru sekarang awak nak bawa saya balik? Awak tahu tak, apa sahaja yang awak buat sekarang ni, sia - sia, Danial. Saya dah nak mati. Kenapa baru sekarang awak nak buat baik dengan saya? Kenapa?! Waktu saya sihat, awak hanya sibuk nak lukakan dan sakitkan saya. Kenapa awak berhenti buat semua tu? Bukan itu lebih memuaskan hati awak? Cukuplah, Danial. Saya dah penat. Awak tunggu jelah hari saya tiba. Mungkin waktu tu, awak tak perlu nak hadap karenah dan muka saya lagi," aku terus menutup sarapan aku dan membaringkan diri. Dada aku berombak kencang kerana terlalu menahan rasa. 

"Ampunkan biy, dear. Biy tahu biy salah. Dari dulu sampai sekarang, biy salah. Biy banyak sangat sakitkan hati dia. Biy banyak sangat buat dosa pada dear. Biy nak kita berbaik semula macam dulu...,"

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now