BAB 31

92 3 0
                                    

Beberapa tahun kemudian,

"Wa! Kenapa kau tak kejutkan aku?! Aku dah lambat weyh nak pergi kerja!" dengan gelabahnya, aku terus pergi membersihkan diri selepas membebel pada Wawa yang sedang bersiap di hadapan cermin solek. Selesai sahaja mandi, aku merenung Wawa dengan tajam.

"Apa pandang - pandang? Kau jangan salahkan aku ehh... Aku dengan shera dah kejut kau tau... Macam nak gila kitorang jadinya kejut kau yang tak reti nak bangun... Aku baru je nak galikan kubur untuk kau tau... Yelah, mana tahu dah tak bernyawakan? Kejut bukan main susah lagi!" Wawa pula yang berleter pada aku. Aku hanya menayangkan gigi.

"Yeke? Kenapa aku tak sedar ehh?" aku menggarukan kepala tidak gatal.

"Dahlah kau! Cepatlah siap lepastu sarapan... Nanti gastrik pula kat tempat kerja," Wawa bangkit dari kerusi meja solek dan bergerak untuk mengambil tudung selendang yang berada di atas katilnya.

"Ya... Sabarlah, aku dahlah tak iron tudung lagi tau... Nasib baiklah tudung bawal ni senang gosok dan senang bentuk, tak adalah mood aku pagi - pagi dah hilang," ujarku sambil menggosok tudung dengan pantas. 

Tak sampai beberapa minit,

Aku dan Wawa sudah melangkah turun ke bawah untuk menjamah sarapan yang dibuat oleh Shera. Kami bertiga akan bergilir untuk membuat sarapan memandangkan kami bertiga sahaja yang ada di rumah ini. 

"Korang pergi kerja macam mana?" tanyaku.

"Macam biasalah... Habib ambil," balas Shera terus menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut. Aku memandang ke arah Wawa pula.

"Yup... Aku pun Nabhan ambil... Lagipun dia yang tak bagi aku ambil lesen... Dia kata dia nak ambil dan hantar aku," jawab Wawa.

"Untunglahhh... Ada encik tunang tolong ambil, aku ni? Mampu drive sendiri jelah," aku menayangkan muka menyampah.

"Alahh kau... Kau tu yang jual mahal! Wan tu dari first kau masuk tempat kerja tu, sampai sekarang nak dekat 3 bulan asyik kejar kau je... Bila kau nak buka hati kau tu untuk orang lain?" tanya Shera. Aku menghembus nafas berat.

"Aku bukan tak nak weyhh... Tapi aku takut... Takut untuk sakit kali ketiga," aku menguis nasi goreng itu perlahan.

"Yelah... Kitorang bukan nak push kau untuk buka hati kau tu... Tapi kitorang pun nak tengok kau bahagia dan happy... Tapi kitorang hormat keputusan kau... Apapun yang terjadi, you have our back," kata Wawa. Aku tersenyum nipis.

"Thanks korang sebab selalu faham aku... Thanks sebab still ada dengan aku sampai sekarang... Lepasni korang dah kahwin, aku dah tak ada kawan," ujarku. Air mataku mula bertakung di tubir mata.

"Kau tak payahlah nak buat ayat sedih pagi - pagi buat ni... Rosak make-up aku nanti! Lagipun, Habib dan Nabhan tu bukan orang lain... Kawan kau juga, takkanlah dia nak pisahkan kitorang dengan kau... Berani diorang!" Wawa mengacukan sudunya ke arah atas seperti ingin menyucuk seseorang. Aku tergelak kecil.

PIN! PIN!

"Assalammualaikum! Mrs. Nabhan ada tak?!" laung seseorang dari luar. Aku dah menjengilkan mata. 

"Menyampah siot!" laung aku balik. Wawa hanya tersengih lalu bangkit dari kerusi dan membersihkan pinggan sebelum bergerak bersalaman dengan aku dan Shera. Bersalaman sebelum ke tempat kerja telah menjadi kebiasaan buat kami bertiga. Wawa mencium pipi aku sekilas sebelum bergerak ke arah pintu.

"Morning, biy" ucap Wawa sambil menyarungkan kasut heels pada kaki.

"Morning too, yang" Nabhan mengambil handbag Wawa dan menggantungkannya di tangan.

"Geli do aku ngan korang ni! Cepat kahwin please, aku tak sanggup nak tengok korang bersweet depan mata aku macam ni!" aku berseloroh di hadapan pintu.

"Alahhh... Tahulah jealous! Aku doakan kau cepat - cepat dapat jodoh dan lagi cepat kahwin daripada kitorang!" Shera dan Wawa mengAamiinkan doa itu dengan serentak pula. 

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now