Keesokan harinya,
Aku bergerak pergi ke sekolah bersama Fahim. Walaupun semalam aku merajuk dengan dia, tapi aku cepat berbaik dengan dia. Aku ni jenis orang yang tak suka merajuk lama - lama. Kami berdua keluar dari kereta bersama - sama. Semua mata memandang ke arah aku. Aku memandang ke arah Fahim.
"Asal dorang pandang Nia macam nak telan??"tanyaku pada Fahim.
"Manalah aku thu... Kau pergilah tanya dorang sendiri"balas Fahim. Aku menjelingnya dengan laju.
"Kalau Nia tumbuk muka Aim... Apa pun Aim tak dapat tau!"aku geram dengan balasannya. Shera dan Wawa dari jauh melambaikan tangan ke arah aku. Aku berlari anak mendekati mereka berdua. Tiba ii, aku terlanggar seseorang di tengah ii jalan. Aku mengangkat kepalaku.
"Danial"panggilku.
"Kau lagi?? Kau ni.... Kalau tak menyusahkan aku memang tak sah kan??"tanya Danial. Aku membuat muka menyampah.
"Sorrylah.... Nia bukan sengaja nak langgar Nial pun... Siapa suruh tinggi macam galah??"balasku perlahan.
"Apa kau cakap?!"tanya dia dengan kuat.
"Tak de pape"aku terus bergerak menjauhinya. Dia memegang beg aku.
"Memang tak reti nak minta maaf ke??"tanya Danial dengan dahinya yang berkerut.
"Apahal pegang ii ni??"tanyaku. Aku cuba melepaskan tangannya yang berada di beg aku.
"Tak... Aku tanya kau memang tak reti nak minta maaf ke??"tanya Danial lagi.
"Tak.. Sekarang ni perlu ke Nial pegang beg Nia??"tanya aku balik. Dia menarik beg aku sehingga badan aku terapat dekat dia. Aku menahan tangan aku di dadanya daripada badan aku melekap ke tubuhnya. Dia memandang aku dengan senyuman sinis. Dia menarik aku lagi rapat. Dengan pantas, Fahim menolak Danial menjauhi aku.
"Kau pahal nak buat dekat dia macam tu??!"marah Fahim. Mukanya kelihatan sangat marah dengan tindakan Danial tadi.
"Kau pahal nak sibuk urusan aku?! Apa hak kau?!!"tengking Danial. Aku yang berada di tengah ii dorang mula pening kepala.
"Stop... Stop... Sekarang ni Nia tak suruh pun korang gaduh tau... Sekarang ni kelas dah nak mula, boleh tak gaduh lain kali?? Tempat lain??"kataku sambil memegang kepala.
"Ishhh kau ni kan!! Kecik besar kecik besar je aku tengok kau tau... Kalau bukan disebabkan dia ni.. Dah lama aku tumbuk muka tau"balas Fahim. Danial tersenyum mengejek. Dia terus meninggalkan aku dengan Fahim.
"Kau ni pun satu.. Asal jalan sikit langgar orang, asal jalan sikit, jatuh... Mata kau letak mana ni??"Fahim memarahi aku. Dia juga meninggalkan aku yang terpinga - pinga.
"A...pa...kah?? Dorang ni kan.... Kalau suatu hari aku dapat hempuk kepala dorang, mesti puas hati aku!"aku berjalan mendekati Fajim dengan hentak kaki. Bengang aku padanya membuak - buak. Dengan kadar yang pantas, aku menarik rambutnya sebelum aku berlari dengan laju.
"FARHANA!!!!!"Dia memanggil nama aku dengan kuat.
......... ..... ..
Waktu rehat,
Aku, Shera dan Wawa bergerak ke kantin bersama - sama. Mana yang lelaki? Diorang terlebih dahulu keluar dari kelas untuk ke tandas. Selepas sahaja membeli makanan yang kami inginkan, kami bertiga leka mencari tempat untuk kami duduk. Nampak sahaja tempat kosong, kami bertiga terus berjalan dengan pantas agar tiada yang sempat untuk ambil tempat tersebut.
"Korang, perasan tak hari ni semua orang pandang aku lain macam?"tanyaku sambil menyuapkan nasi goreng dalam mulut.
"Mungkin pasal gambar ni kot"balas Wawa.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...