Flashback time
Tahun 2007, 6 tahun
"Aim! Danial! Jom kita gi main dekat taman??!"ajak Dania Farhana dengan riang gembira.
"Jom!! Kerja yang teacher bagi pun Aim dah siapkan"balas Fahim Helmi.
"Jom... Nial pun dah siapkan"kata Aiden Danial juga.
"Ok!! Jom!!"Dania Farhana terus berlari ke arah taman yang berdekatan dengan rumah mereka langkah yang besar dan laju.
Sampai sahaja di sana,
Keadaan di sana agak sunyi kerana terdapat sedikit orang sahaja. Tanpa melengahkan masa lagi, Dania terus mengambil buaian dan menaikinya. Dengan bantuan Fahim, buaian itu terbuai dengan agak laju.
"Aim!! Perlahanlah sikit! Nia takut ni!"jerit Dania Farhana apabila dia merasakan dirinya berada di atas udara.
"Hahahahahaha... Cuba tengok muka Nia, Nial... Kelakar!"usik Fahim Helmi
"Hahahahahaha... Muka Nia macam tenuk, Aim!"Aiden Danial mentertawakan juga keadaan Dania sekarang.
"Huwarghhhhh!! Tak kelakarlah, Aim... Berhentikan Nia sekarang! Nia takut!"air mata Dania sudah mengalir perlahan.
"Alamak!! Nia, Aim minta maaf.... Aim tak sengaja nak buat Nia nangis"pujuk Fahim setelah memberhentikan buaian itu. Dania memandang Fahim dengan tajam sebelum dia memukul Fahim dengan kuat.
"Aim jahat!! Aim buli Nia!! Nia benci Aim!!"kata Dania dengan marah.
"Hahahahahahahaha... Padan muka Aim! Kena pukul dengan Nia... Hahahahahahaha"Danial yang sibuk mentertawakan Fahim tak sedar yang dirinya didekati oleh Dania.
"Nial pun sama je tau... Dari tadi gelakkan orang je tahu... Bukan nak tolong!!!"marah Dania. Dia terus memukul Danial dengan kuat. Sebenarnya tak kuat mana pun, budak - budak pukulkan? Lagi - lagi perempuan.
"Ehhh... Sorrylah, Nia... Nial bukan sengaja pun... Nial sorry kay??"kata Danial sambil cuba menangkap tangan Dania dari terus memukul dirinya.
"Dahlah!! Malas layan Aim dengan Nial ni! Benci!!"Dania terus berlari ke arah gelongsor pula. Secara bergilir - gilir, dorang turun dari situ. Selepas Dania, Fahim dan kemudian Danial. Sedang seronok mereka bermain, tiba - tiba Fahim terjatuh dari gelongsor saat ingin menggelongsor dari situ. Dania memandang tubuh Fahim yang sudah terbaring ke lantai sebelum dia memandang ke arah Danial. Keadaan Danial seperti sedang menolak orang. Dania terkejut dengan situasi itu.
"Danial!! Kenapa Danial buat Aim macam ni?!!"jerit Dania sambil kaki laju ke arah Fahim.
"Danial tak buat! Aim jatuh sendiri! Betul! Nial tak tipu, Nia!"balas Danial dari atas.
"Tipu! Nia tak percayakan Nial.... Nial memang selalu bergaduh dengan Aim! Nia tak sangka yang Nial sanggup tolak Aim!!"jerit Dania lagi.
"Nial dah kata Nial tak buat!! Aim yang jatuh sendiri!! Kenapa Nia tak percayakan Nial!!!!"marah Danial.
"Aim... Bangun... Aim"Dania menghiraukan Danial sebaliknya dia sibuk membangunkan Fahim.
"Nia??"Fahim terbangun.
"Aim.... Aim okay??"tanya Dania sambil memegang muka Fahim.
"Aim okaylah Nia... Cuma Aim rasa tangan Aim tak boleh gerak"balas Fahim. Dania mula menayangkan muka cuak.
"Jomlah kita balik, Aim... Kita pergi hospital... Nia rasa tangan Aim patah ni"kata Dania. Fahim hanya mengangguk. Dania membantu Fahim untuk bangun. Sebelum melangkah pergi dari taman itu, Dania sempat memberi jelingan tajam pada Danial yang masih berdiri kaku di atas gelongsor itu.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...