BAB 43

62 2 0
                                    

Hujung minggu, kebiasaannya aku dan Dania akan bergilir - gilir balik ke rumah mentua masing - masing. Minggu ini, giliran rumah keluarga aku pula.

"Dear! Dah siap kemas belum tu?" laungku dari tingkat bawah.

"Kejap biy!" tak sampai beberapa minit, dia menuruni anak tangga dengan membawa 1 luggage kecil, 1 beg jinjing dan 1 beg tangannya.

"Dear, kenapa bawa barang banyak sangat ni? Kitakan duduk 2 hari je," ujarku.

"Alahh... Biy takkan tak tahu... Dear punya barang make-up je dah satu beg, pakaian dalam lagi, tudung lagi... Biy lelaki, pakai spender sama pun takpe," katanya selamba. Aku terkedu seketika sebelum mencuit hidungnya.

"Suka hati dear je mengata biy kan? Mana tahu biy tak tukar spender?" tanyaku. Keningku diangkat.

"Alahh... Tahulah," dia menjeling aku sekilas lalu meninggalkan luggage itu untuk aku bawa manakala dia membawa beg jinjing dan beg tangannya bersama keluar dari rumah.

"Cepatlah biy! Dear dah tak sabar nak jumpa mama ngan papa... Rindu sangat dengan dorang!" teruja dia berkata. Aku hanya menggelengkan kepala. Sebelum keluar dari rumah, aku memastikan semua tingkap dan pintu ditutup sama juga seperti suis lampu, kipas dan api dapur. Aku masuk ke dalam kereta semula selepas memastikan rumah berada dalam selamat untuk ditinggalkan.

"Biy, minggu depan jadual biy penuh tak?" tanya Dania dengan mata bersinar - sinar.

"Hurm, tak pastilah dear... Kenapa tu?" tanyaku semula.

"Hari sabtu, Erisya bernikah... Dan dia jemput kita untuk datang, boleh ke biy bawa dear pergi majlis dia?" Dania memandang aku dengan penuh harapan.

"Biy akan try untuk kosongkan jadual minggu ni, okay? Tapi biy tak janji tau," balasku. Dia mengangguk laju.

"Kalau biy tak dapat pergi dengan dear, boleh tak kalau dear ajak Aim dengan Adriana?" tanya dia lagi.

"Dear ada no. Ad ke?" dia menggeleng.

"Nanti biy minta dekat Fahim, lepastu dear tanyalah dekat Ad kalau - kalau dia nak join tak pergi majlis nikah tu," dia tersenyum lebar.

"Okay, biy! You memang the best!" dia menunjukkan thumbs up kedua - dua belah jarinya. Aku mengusap kepalanya sambil tersenyum senang dengan perangai kebudak - budakannya itu. Tak lama selepas itu, aku terdengar bunyi dengkuran yang halus dari tempat penumpang. Aku menggelengkan kepala dengan perlahan. Memang begitulah Dania. Lagi - lagi, bila dia ada mabuk kereta. Jadi, masuk sahaja kereta dia akan tidur sehingga sampai ke tempat destinasi. Aku menggenggam erat tangannya. 

"I love you, dear," aku mengucup tangannya lembut.

.............................

Nur Dania Farhana POV

Aku bergerak sedikit apabila aku dapat merasakan tidur aku diganggu. Hidung aku dicuit perlahan. Aku beralih tempat ke kanan. Telinga aku pula disentuh. Aku menolak tangan yang mengacau lena aku. Tak semena - mena, bibir aku dicium sekilas. Terbuntang mata aku dibuatnya.

"Biy!" aku memukul bahu Danial perlahan. Dia hanya mengekek di sebelah tempat pemandu.

"Dear lah... Biy dah kejut dari tadi tak bangun - bangun... Nak juga kena kiss, baru bangun," balasnya. Mata aku mencerlung ke arahnya.

"Biy kejut macam mana? Biy bukan panggil nama dear kan? Duk sentuh sana, sentuh sini... Mana dear nak bangun," aku menyilangkan tangan ke dada.

"Alohhh... Itu pun nak merajuk sayang biy sorang ni... Dah jom masuk, mama dengan papa dah lama tunggu kita tu... Lama betul proses nak kejut dear ni," dia terus keluar daripada kereta selepas dapat menyindir aku. Aku mendengus perlahan sebelum keluar daripada kereta juga. Reaksi aku terus bertukar dari masam mencuka kepada manis bergula apabila melihat ibu bapa mentua aku. Aku berlari memeluk mama dengan erat.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now