BAB 4

118 7 0
                                    

Di rumah,

"Ibu.... Ayah... Ana nak minta izin boleh??"tanyaku dengan nada yang perlahan.

"Apa tu Ana??"balas puan Dayana yang sedang keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi teko dan cawan.

"Hurm... Ana nak pergi kem perkemahan, boleh ke??"tanyaku lagi. Aku memandang wajah ayahku.

"Bila tu??"Encik Farhain bertanya pula.

"Hurm.... Minggu ni, 3 hari 2 malam... Kitorang gerak hari jumaat dan balik hari ahad pagi"balasku. Ayahku mengangguk perlahan.

"Boleh.... Tapi nanti Ana jaga diri kat sana tau... Dekat dalam hutan tu, banyak benda ii yang kita tak nampak... Jadi, sentiasa berjaga - jaga... Lagi - lagi tutur kata kita... Ingat tu ya??"nasihat Encik Farhain. Aku mengangguk dengan laju.

"Baik ayah! Macehhh!"aku terus melompat dan memeluk ayah aku dengan erat.

"Elehhhh... Ya ye adik nak pergi kem tu... Boleh survive ke kat sana??"ejek abang Dian.

"Along jangan pandang adik sebelah mata tau! Adik ni tengok je luaran lembut... Tapi dalaman kental tau"balasku tak puas hati.

"Yelah tu???"usik abang Dian lagi.

"Along ni!!! Ibu! Tengok along!"rengekku bila dia tak habis - habis mengusikku.

"Along... Janganlah kacau adik kamu ni... Biarlah dia... Dia nak belajar berdikari juga... Takkan kamu je yang selalu nak pergi kem?? Sekali - sekala dia dapat pergi kem, baguslah tu"balas puan Dayana. Aku tersenyum bila ibu menyebelahi aku. Aku menjelirkan lidah padanya.

"Along bukan apa... Along risaukan adik... Yelah, sebelum ni mana minat nak pergi kem ii ni... Tahu - tahu je, tahun ni nak pergi kem pula... Mimpi apa??"balas abang Dian dengan nada yabg risau.

"Auuuu.... Sweet betul along ni... Yelah, tahun ni kan adik last... Jadi, adik nak adalah memori dengan kawan -kawan... Lagipun, nikan kem jati diri.... Mana tahu, boleh motivate diri untuk UPSR nanti"kataku dengan sengihan.

"Ye jelah kau... Apa pun, hati - hati kat sana... Jangan menggedik sangat... Ghost suka orang yang menggedik ni"usik abang Dian lagi.

"Eiiii!! Abang ni! Janganlah takutkan adik!"balasku lalu memukul bahunya dengan agak kuat.

"Entah kamu ni, Dian... Tak baik kacau adik kamu macam tu"kata ibu dengan tegas.

"Hehehehehehehe..... Along bukan sengaja.... Saja nak usik adik along ni"balas abang Dian dengan ketawa. Ayahku hanya menggelengkan kepalanya.

..............

Keesokan harinya,

"Ayah bagi tak, Nia??"tanya Fahim selepas sahaja kami masuk ke dalam kelas. Aku mengangguk dengan teruja.

"Nasib baik ayah Nia bagi tau.... Nia dah amik pun tanda tangan ayah"balasku.

"Lajunya! Aku pun tak minta lagi tanda tangan"kata Fahim tak percaya.

"Teruja sangat tu"sampuk Danial dibelakang.

"Haah... Yelah, Nia tak pernah pergi kem... Sebab tu, Nia teruja"balasku dengan senyuman yang lebar.

"Tak payah nak suka sangat.... Dengar cerita, dekat sungai congkak tu berhantu"usik Danial dengan muka yang tak bersalah. Muka aku dah berubah menjadi masam.

"Nial ni! Sama macam abang Dian... Semalam pun dia kacau Nia dengan benda yang sama.... Aim, tengok Nial ni!"ngaduku seperti anak kecil.

"Kau ni.... Janganlah kacau dia... Bagilah dia merasa sikit pergi kem.... Habis hancur mood dia.... Tapi sebenarnya, memang betul pun... Kat situ memang keras sikit"kata Fahim. Aku memandangnya geram.

"Menyampahlah ngan korang ni! Suka hancurkan mood orang!"kataku lalu memukul bahu Fahim dan Danial dengan kuat secara serentak. Mereka berdua hanya mentertawakan aku.

..............

Waktu rehat,

Kali ni kami bertiga tidak menuju ke arah kantin, manakala kami menuju ke bilik guru. Tujuannya ialah aku ingin memberi borang akuan waris dan Fahim dengan Danial pula ingin menemani aku. Sedangkan sebelum menuju ke sana, aku sempat menghalau mereka daripada terus mengikuti aku ke bilik guru.

"Nia kata tak payah ikut! Nia boleh pergi sendirilah... Aim dengan Nial pergilah kantin"halangku.

"Tak nak! Aku nak ikut kau pergi bilik guru"balas Fahim.

"Sama ngan aku"setuju Danial.

"Nak buat apa dekat bilik guru?? Yang nak jumpa cgnya, Nia... Bukan korang"tanyaku lagi.

Aku bukan apa. Sudah hampir setiap tahun, akan ada je yang mengata aku dari belakang sebab dua ekor beruk ni asyik mengekori aku ke mana sahaja aku pergi. Nak kata aku tak de kawan perempuan, memang tak de pun tapi apa yang dorang buat nilah menyebabkan semua budak perempuan tak nak kawan dengan aku. Sebab apa? Danial dengan Fahim cemburu bila aku ada kawan lain selain dorang. Habistu? Takkan aku nak melekat je dengan diorang berdua ni. Menangis tak berlagu aku sendirian di dalam hati.

"Aku nak pergi jumpa cg... Kenapa?? Ingat aku nak ikut kau ke??"tanya Danial beserta senyuman sinis.

"Ma..mana ada... Nia tak cakap apa - apa pun... Fahim pula? Buat apa nak gi bilik guru??"tanyaku pada Fahim pula.

"Samalah... Nak pergi jumpa cikgu.... Ingat budak nak masuk bilik guru tu buat apa?? Bersuka ria ke?? Lainlah kalau Nia ngan Nial... Main lari - lari depan bilik guru... Sebab tu kena tangkap ngan sir Zainurin"sindir Fahim. Aku sudah menunduk menahan malu.

"Ahhh kau! Sempat lagi nak kutuk aku!"kata Danial lalu menumbuk bahu Fahim dengan kuat.

"Dahlah, jom! Nanti lambat pula, tak sempat nak makan"arahku. Mereka berdua mengangguk sebelum melangkah mendahului aku.

Selesai sahaja urusan di bilik guru, kami bertiga bergerak terus ke kantin. Hari ni terpaksalah makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dan air dek dah nak bunyi loceng. Lagikan pula, hari Fahim yang jaga kantin. Jadi, aku dan Danial sahaja yang masuk ke dalam kelas terlebih dahulu. Sepanjang perjalanan, akan ada sahaja bisikan - bisikan syaitan lalu disebelah telinga aku sebab tidak berpuas hati. Aku mengakulah yang Fahim dan Danial ni antara budak paling hot di sekolah kerana kekacakan dan kekayaan mereka berdua manakala aku hanyalah budak mentah, tak cantik dan kurang berkemampuan. Tambahan pula, mereka berdua termasuk aku sering menjadi top dalam tingkatan sama ada periksa tengah atau akhir tahun. Hanya muka kami bertiga sahaja yang sering naik ke pentas. Lagi bertambahlah benci budak perempuan dalam sekolah ni pabila Danial dan Fahim sering membela atau melindungi aku bila aku ada masalah. Sebenarnya, jujur aku kata yang aku pun kadang - kadang tak selesa dengan mereka berdua lagi - lagi bila dah nak meningkat sekolah menengah ni. Tapi, apakan daya? Aku tak boleh nak lari daripada hakikat yang keluarga mereka sendiri yang suruh jaga aku bila aku di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now