BAB 10

104 5 0
                                    

Di hospital,

Dari dalam helikopter lagi, Dania sudah tidak sedarkan dirinya. Aku melihat keadaannya yang sangat lemah dengan luka di bahagian kepala dan lututnya, bibirnya yang kebiruaan dan wajahnya yang pucat lesi. Aku risau dengan kondisinya sekarang. Sampai sahaja di hospital, Dania dibawa terus ke ICU untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemeriksaannya.

Selepas beberapa jam kemudian,

Doktor keluar bersama seorang nurse disebelahnya. Dia menghampiri kami semua. Ya! Keluarga aku semua ada di sini termasuk keluarga Dania dan Fahim. Semua kelihatan risau dengan Dania.

"Siapa waris Nur Dania Farhana??"tanya doktor itu. Ibu Dayana dan ayah Farhain Dania mengangkat tangannya. Dia menghampiri ibu dan ayah Dania dengan langkah yang perlahan.

"Pertama sekali, saya ingin ucapkan takziah apa yang telah menimpa anak tuan dan puan... Keadaan Dania agak kritikal selepas saya dapati ada beberapa bahagian badannya mengalami kecederaan yang agak teruk seperti tangan dan kakinya akibat hentakan yang agak kuat pada bahagian situ.... Dan pendarahan pada bahagian kepalanya juga agak banyak.... Namun, alhamdulillah semuanya kembali seperti sedia kala selepas saya telah menjalani pembedahan ke atas anak tuan dan puan dan pembedahan itu juga berjaya dengan lancar... Lepasni, saya akan tempatkan dia di wad VVIP dengan pantauan secara berkala setiap 30 minit"terang doktor itu panjang lebar. Ibu mula ingin terjatuh tatkala mendengar kata - kata doktor itu.

"Bi... Bila anak saya akan sedar, doktor??? Dan bila dia akan pulih sepenuhnya??" tanya Ayah Farhain sambio menyokong tubuh ibu Dayana yang mula lemah.

"Saya tak boleh berikan masa yang tetap untuk Dania sedar.... Itu semua ikut kemampuannya..... Lagi pula, saya juga dapati dia ada masalah yang mengganggu fikirannya..... Jadi, saya tak pasti apa yang dia telah alami selama ini.... Dan dengan itu juga, saya telah beri sedikit ubat penenang untuk meredakan stressnya.... Bagi tempoh pemulihan itu, mungkin mengambil masa dalam 3 bulan"kata - kata doktor itu menyentakkan aku dan Fahim. Kami berdua memandang antara satu sama lain.

"Ya Allah... Abang... Selama ni kita anggap dia ceria sahaja.... Saya tak tahu apa yang dia stress"stress ibu perlahan. Dia menangis dalam pelukan ayah Farhain.

"Kalau tiada apa - apa lagi, saya minta diri dulu ya??"pinta doktor itu.

"Baiklah doktor... Terima kasih"balas papaku.

"Sabar ya, Yan.... Aku tahu kau kuat"ujar mamaku sambil memeluk ibu Dayana. Aku mendekati Fahim dan menariknya menjauhi dari keluarga kami.

"Im... Sebab kita ke Nia stress??"tanyaku risau.

"Aku tak tahu dohhh, Nial.... Aku rasa bersalah dengan ibu dan ayah.... Aku tak tahu pulak yang selama ni dia banyak pendam dengan kita"balas Fahim. Kata - kata Dania pagi tadi terngiang - ngiang di dalam kepalaku.

"Kalau betul dia stress sebab kita.... Aku tak boleh nak maafkan diri aku"ucapku. Fahim menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju dengan aku.

"Aim! Nial! Mari sini! Nia dah sedar ni!"laung umi Fahim dari jauh. Aku terkejut kerana secepat itu Dania boleh sedar. Aku dan Fahim bergerak mendekati wad Dania. Masuk sahaja di dalam wadnya, kelihatan keadaan Dania yang berbalut di bahagian tangan, kepala, dan kaki. Aku sayu melihat keadaanya. Dari jauh, aku dapat lihat air matanya yang mengalir lebat.

"Ana sakit ibu~~~"rintih dia dengan suara yang serak. Ibu Dayana mengusap kepala Dania perlahan.

"Sabar ya, ana.... Allah nak bagi ujian dekat ana sebab Allah tahu ana kuat..... Jangan patah semangat ana"balas Ibu Dayana. Makin lebat air matanya yang dialirkan oleh Dania. Dia cuba menggerakkan tubuhnya tapi tak berdaya. Aku dan Fahim mendekati katil Dania.

"Dania"panggilku. Dia terus diam tetapi air matanya masih bertakung.

"Aim dengan Nial nak minta maaf.... Mungkin Nia jadi macam ni sebabkan kitorang"ujar Fahim.

"Apa maksud kamu, Aim?? Nial??"tanya walid Farid dengan dahi yang berkerut.

"Sebenarnya...."kata - kata Fahim tergantung apabila tangan ditarik perlahan oleh Dania. Dania menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tak pe, Fahim.... Teruskan"suruh Ayah Farhain sambil menarik semula tangan Dania.

"Sebenarnya..... Since darjah 4, Nia dibuli.... Aim dengan Nial cuba nak bagitau ibu dan ayah.... Tapi Nia tak bagi... Nia tak nak budak tu diambil tindakan.... Dan semalam, tiada siapa yang ingin berkawan dengan Nia mahupun berpasangan dengan Nia.... Dalam bas, Nia duduk sorang - sorang.... Khemah pun, tiada siapa yang nak tidur dengan Nia dan akhirnya, Nia tidur sorang semalam.... budak yang buli Nia tu, buli balik dekat kem.... Nia disuruh untuk basuh baju mereka, menggilap kasut mereka dan dorang fitnah Nia yang Nia aibkan Aim dengan Nial.... Kitorang marah Nia.... Nia kecewa dengan kitorang.... Budak yang buli Nia tu lah yang tolak Nia jatuh dalam gaung"cerita Fahim panjang.

"Siapa budak tu???!"papaku mula naik angin.

"Khairiah, pa"aku menjadi batu api di belakang Fahim.

"Pa.... Please.... Jangan apa - apakan dia, pa"pinta Dania perlahan.

"Papa tak janji, ana.... Budak tu dah melampau.... ana dah patah sana sini pun, masih nak bela dia ke??"balas papa.

"Please, pa.... Ana merayu dekat papa....Ana tak nak benda ni dibesar - besarkan"ujar Dania lagi.

"Tak boleh, Ana!! Ayah tak boleh biarkan budak tu! Ayah kena bagi dia pengajaran!"kata ayah Farhain pula.

"Ibu.... Please... Pujuk ayah.... Ana tak nak ada orang benci Ana lagi"pujuk Dania lagi.

'Kenapalah kau ni baik sangat, Nia???'getus hatiku. Dia seboleh - bolehnya menghalang papa dan ayah daripada mengambil tindakan ke atas Khairiah tak guna tu.

"Betul tu, bang.... Saya pun kesian tengokkan, Ana.... Tapi kita tak boleh ambil tindakan yang berat ke atas budak tu.... Dia baru berumur 12 tahun, bang.... Cukuplah sekadar dia meminta maaf pada Ana... Itu pun dah memadai dan saya pun senang hati"balas ibu Dayana.

'Ikut perangai ibu rupanya'kata hatiku lagi.

"Itulah awak! Ana ikut perangai awaklah ni, baik sangat! Saya tak kira... Saya nak ambil tindakan atas budak tu juga"kata ayah Farhain dengan nada yang marah. Dania memegang tangan ayahnya.

"Janganlah ayah.... Ayah tak kesiankan Ana ke?? Ayah nak ramai lagi budak yang cakap Ana ni mengada - ngada.... Ana tak nak.... Ana dah serik"balas Dania lemah. Jadi, selama ni dia dengar apa yang mereka mengumpat dia dari belakang? Ingatkan aku dan Fahim sahaja yang dengar. Ayah Farhain mengusap kepala Dania perlahan.

"Sebab ayah sayanglah, ayah nak ambil tindakan dekat budak tu.... Kalau kita tak ambil tindakan sekarang, sampai ke besar dia jadi pembuli.... Ana nak??"kata ayah Farhain lagi. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Okey.... Tapi ayah janganlah sampai suruh dia berhenti sekolah.... Ayah suruh jelah.... Dia minta maaf dekat Ana ke? Basuh tandas ke? Janji bukan buang sekolah"balas Dania lagi. Aku tergelak kecil dengan permintaan dia.

"Nial senyum apa?"tanya dia dengan dahi berkerut.

"Tak ada apa.... Biarlah Nial nak senyum pun... Mulut Nial, bukan mulut Nia"balasku agak kasar. Fahim menepuk bahu aku.

"Kau ni... Baru je minta maaf tadi"ujar Fahim. Aku sudah membuat muka menyampah. Jadi, aku kena buat baik dengan dia lah ni? Memang tak naklah aku!

"Ishhhh.... Yelah... Sorry again"ucapku dengan malas.

































~End for part darjah 6~

Thank you for voting until this part....

Continue with alam sekolah menengah selepas ini....

Read and enjoy it!!

Thank you, readers!!!!

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now