BAB 59

67 2 0
                                    

"Kita pergi rumah Maryam dulu. Baru singgah kedai dessert tu," kata abang Dian. Matanya ralit melihat jalan raya yang sudah dipenuhi dengan kereta.

"Abang, adik rasa nak beli barang baby lah. Boleh tak?" tanyaku. 

"Boleh sangat. Mesti kak Maryam kau pun nak ikut sekali," balasnya. 

"Yes! Abang memang terbaik!" aku terus mencium pipinya sekilas sebelum menyandarkan diri semula ke kerusi. Tak sampai 20 minit, kami sudah tiba di rumah kak Maryam.

"Hai kak!" aku melambaikan tangannya pada aku.

"Ehh, Ana pun ada? Mengidam lagi ke tu?" usik kak Maryam. Aku menyengih.

"Nak buat macam mana? Awak tahu tak dia mengidam apa kali ni? Dessert. Dahlah doktor dah pesan hari tu dekat dia, tak boleh makan benda manis - manis lagi," abang Dian mula bersuara lagi.

"Awak ni. Biarlah dia. Lagipun, mengidam ni bukan selalu. Nanti kebulur juga anak buah awak tu," balas kak Maryam.

"Akak memang terbaik! Sayang akak!" aku mencium pipinya pula.

"Ehhh, tadi baru je cakap abang terbaik. Dasar perempuan," abang Dian bernada merajuk.

"Siapa suruh bebel dekat dia lagi. Padanlah muka!" kata kak Maryam bagi pihak aku. Aku hanya menggelakkan abang Dian yang sudah bertukar wajah cemberut.

"Akak, nanti Ana nak pergi beli barang baby. Akak teman Ana boleh?" tanyaku.

"Ehhh, boleh sangat! Akak lagi suka. Yelah, akak kan anak sulong. Mana ada anak buah lagi," balasnya. Aku menepuk bahunya perlahan.

"Tak apa, kak. Nanti akak dah kahwin dengan abang Dian, anak buah dia anak buah akak juga!" kataku.

"Kau ni, dik. Ke situ pulanya. Lambat lagilah!" kami berdua menghamburkan tawa melihat pipi abang Dian yang sudah memerah bak tomato.

.............................

Sampai sahaja di mall,

Aku berjalan bersama kak Maryam manakala abang Dian mengikuti kami dari belakang seperti bodyguard.

"Awak kalau dah jumpa adik saya, terus lupakan saya kan?" abang Dian berkata setelah kami masuk ke dalam satu butik baju untuk kanak - kanak.

"Mana ada saya lupakan awak. Anggap jelah saya tengah ambil hati adik awak. Yelah, kan saya nak jadi kakak ipar dia," balas kak Maryam tanpa tapis.

"Dari awal saya bawa awak jumpa family saya, awak asyik berkepit dengan dia sahaja. Mana nak layan saya. Hati dia tu awak dah ambil dah pun. Saya ni je yang masih tergantung," abang Dian terus duduk sambil memuncungkan mulutnya.

"Abang ni, mengadalah! Hati tergantung konon. Abang kan dah banyak kali spend time dengan kak Maryam. Bagilah Ana pula," aku menyampuk perbualan mereka.

"Ehh, suka hati abanglah! Ni buah hati abang! Bakal isteri abang!" abang Dian menjeling aku dengan tajam. 

"Tak kisah pun. Jom kak," aku  terus menarik kak Maryam untuk mengikuti aku mencari baju baby. Abang Dian juga mengikuti kami dari belakang dengan muka yang masam mencuka.

"Sudah - sudahlah tu masamkan muka. Nanti saya layanlah awak pula. Bagilah saya pilih baju bakal anak buah saya ni dulu. Boleh?" ujar kak Maryam dengan lembut. Aku yang berada di situ sudah tersenyum bahagia. Abang Dian hanya menganggukkan kepala tanpa riak.

"Abang nak keluar kejap tau," kata abang Dian sebelum melangkah pergi meninggalkan kami berdua.

"Pakwe akak tu memang macam tu ke? Dengan adik sendiri pun nak cemburu," bisikku perlahan.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now