BAB 29

86 2 0
                                    

Di sebuah restoran,

"Nak makan apa? Biar aku belanja... Sebagai tanda aku nak minta maaf dekat korang sebab aku layan korang teruk waktu sekolah dulu"kata Danial tiba - tiba.

"Relaks ahh, bro... Aku dengan Habib dah okay""Siapa kata dah okay? Awak dengan Habib je dah okay tau... Saya dengan Shera belum... Ingat senang ke kitorang nak lupakan apa yang dia buat dekat member kitorang ha??"celah Wawa sempat menjeling ke arah Danial. Dia memeluk tubuh dan bersandar ke kerusi.

"That's why hari ni aku nak belanja korang makan... Aku nak tebus kesalahan yang aku buat dekat korang dan Nia dulu... Mungkin dengan cara ni, tak cukup untuk aku dapat kemaafan korang but at least aku try"balas Danial lagi. Dia memandang ke arah aku. Aku cepat - cepat melarikan pandangan melihat ke arah buku menu.

"Suka hati kaulah.... Asalkan hari ni kau tak sentuh mood Nia"ujar Shera yang sudah lama mendiamkan diri. Danial hanya menganggukkan kepalanya. Kami semua memesan menu masing - masing. 

"So, Danial.... Kenapa kau masuk sama kolej dengan Nia??"tanya Shera dengan wajah yang serius.

"Actually, aku tak tahu pun yang Nia dekat situ juga.... And apa yang paling aku tak sangka, kitorang same course"balas Danial dengan riak bangga.

"Seriously?? Kenapa kitorang tak tahu?"tanya Wawa sambil mata memandang ke arah aku.

"Cerita bagi habis boleh tak lain kali? Tengok dorang dah salah faham..... Danial masuk lambat, aku masuk dulu.... Then, tiba - tiba dia muncul... Aku tak sempat nak story - story dekat korang memandangkan korang pun tengah busy dengan assignment korang.... Lagipun, banyak  benda yang berlaku since dia muncul"balasku puas apabila ayat terakhir itu keluar daripada mulut aku. Nampak sedikit wajah kecewa ditayangkan oleh Danial.

"Contoh??"tanya Nabhan.

"Adalah.... Tak boleh cerita kat sini.... Nanti ada orang tu terasa"balasku lagi. Aku tersenyum puas apabila dia sudah buat muka. Tak lama selepas itu, makanan kami sampai dalam masa yang sama. 

.......................................

Selepas sahaja mengisi perut yang kosong, kami berlima bergerak ke arah H&M. 

"Kau tunggu luar jelah"arahku pada Danial.

"Ehhh asal pula? Aku datang nak teman kau as kawan lama, bukan as bodyguard kau tau"balas dia tak puas hati.

"Sejak bila kita ni berkawan? Kau bukan tak anggap aku kawan ke dulu?"dia mati akal. Tanpa banyak kata lagi, aku, Wawa, Shera, Nabhan dan Habib bergerak masuk ke dalam. Sedang leka aku memilih baju, ada tangan yang menahan tindakan aku. 

"Farhana"panggil dia. Aku terdiam sejenak. Aku mula melangkah untuk menjauhi dia. 

"Farhana!"panggil dia lagi.

"Diamlah! Jangan buat bising dekat sini boleh tak?!"marahku. Aku berjalan menjauhi dia. Dan aku tak tahu kenapa kaki aku boleh bergerak ke tempat yang tidak ramai orang.

"Stop, Farhana!"ujar dia lagi. Kaki aku terus berhenti apabila aku dah tiba di jalan mati dan ruang yang sempit. 

"Asal kau lari daripada aku?"tanya si dia. 

"Sebab tak ada benda yang aku nak cakap lagi dengan kau... Antara aku dan kau dah TAMAT!"balasku tanpa memandang wajahnya.

"Kau tahu aku still sayangkan kau, kan Farhana? Kenapa mesti kau minta putus dengan aku?"tanya dia dengan nada tak puas hati.

"Aku? Aku yang minta putus dengan kau? Tolong sedar diri sikit! Siapa yang kata dengan aku yang aku ni hanya rumah singgah untuk diri dia? Siapa yang kata dengan aku yang aku ni hanya tempat untuk hilangkan bosan sahaja? Siapa yang jumpa perempuan lain belakang aku? Siapa dan siapa??!"amarahku semakin membuak - buak apabila dia menyalahkan aku dalam hubungan ini. 

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now