"Apa kau buat ni, Akmal!!!" laungan suara seseorang melegakan aku. Tubuh Zack ditolak turun dari atas aku. Lily mendapatkan aku dan terus membaluti tubuh aku dengan selimut.
"Kau gila ke ha??!! Dia sakit!!" makin kuat tengkingan Wan pada Zack sambil mencengkam kuat bajunya.
"Memang aku gila! Dari dulu aku gilakan tubuh dia! Sekarang ni, dia jadi tahanan kau dan itu bermaksud dia milik aku!"
"Tak guna!!" bertubi - tubi tumbukan dilepaskan di muka Zack.
"Dania milik aku! Tak ada siapa yang boleh rampas dia dari aku termasuk kau!" ditendangnya tubuh itu dengan kuat.
"Dahlah tu, along! Along nak bunuh angah ke??!" Lily menolak Wan jauh dari Zack.
"Kau sanggup bantai adik kau demi seorang perempuan, along," ujar Zack dengan nada kecewa.
"Aku tak kisah kalau kau nak kejar dia dan dapatkan dia secara baik. Tapi tadi kau nak rogol dia, Mal. Rogol dia!!! Aku culik dia bukan untuk jadi pemuas nafsu kau!!! Aku tahu yang kau suka dia dan aku pun sukakan dia. Tapi bukan dengan cara macam ni untuk kau miliki dia. Persetankan adik beradik kalau kau sakitkan orang yang aku sayang!!!" dada Wan berombak dengan kencang. Tiba - tiba, kepala aku diserang sakit yang teramat. Aku menggenggam cadar dengan erat untuk cuba menghilang rasa sakit itu.
"Abang?" panggil Lily perlahan sambil menepuk bahu abangnya. Mereka bertiga memandang ke arah aku dengan serentak tatkala jari Lily menunding jari ke arah. Wan terus mendapatkan aku. Dia melepaskan ikatan pada tangan dan kaki aku lalu meletakkan kepala aku di atas ribanya.
"Sa... Saya dah tak tahan, Wan. Tolong kembalikan saya pada keluarga saya. Saya janji pada awak yang dorang takkan tahan awak atas kes penculikan saya ini. Tolong saya, Wan," tergagap aku cuba mengeluarkan suara. Aku dapat rasakan aliran yang hangat pada celah kaki aku.
"Please, Wan. I'm begging you. Saya nak Danial sambut anak saya sebelum saya pergi. Please," pintaku lagi. Aku mengenggam bajunya erat sebelum semuanya gelap gelita.
....................................................
KRING!!! KRINGG!!!
Danial terus mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya. Dengan keadaan yang gesa, dia segera memberitahu semua ahli keluarganya, termasuk keluarga Fahim dan Dania. Danial memandu dengan laju ke hospital yang dikatakan oleh si pemanggil. Sampai sahaja di sana, kakinya laju diatur ke wad bersalin dan dari jauh kelihatan Wan di hadapan bilik pembedahan.
"Mana isteri dan anak aku?!!!" dia mencengkam kolar baju Wan dengan erat.
"Dorang ada dekat dalam, Danial," balas Wan tanpa memandang ke arah Danial.
"Kau memang tak guna!! Kalau terjadi apa - apa dekat mereka berdua, aku janji kau masuk lokap!!" Danial melepaskan kolar baju itu dengan kasar sehingga membuatkan Wan terkebelakang.
"Encik Danial," panggil seorang jururawat yang baru keluar dari bilik pembedahan.
"Puan Dania perlukan encik di dalam. Sila ikut saya ya," tanpa melengahkan masa, dia hanya menuruti jururawat tersebut.
Masuk sahaja di tempat bersalin Dania, kakinya melangkah longlai melihat keadaan isterinya semakin susut. Dia menggenggam jari jemarinya dengan erat.
"Dear, biy datang ni," panggil Danial dengan suara yang parau. Dania memandang suaminya dengan mata yang semakin tertutup.
"Dear rindukan biy... Biy takut sangat," air mtanya turut mengalir.
"Biy pun rindukan dear... Sebulan lebih kita tak jumpa. Terima kasih, Ya Allah... Kau pertemukan kembali aku dan anakku," Danial mengucup muka Dania berkali - kali.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
عاطفيةPada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...