BAB 9

83 6 0
                                    

[TENGKU AIDEN DANIAL POV]

Setelah hampir 1 jam setengah kami di dalam hutan, akhirnya kami semua tiba dengan selamat di tapak perkhemahan. Sesi memeriksa semua ahli bermula. Nama setiap orang disebut satu per satu.

"Dania!!"panggil cikgu Syikin.

"Dania!!"panggil cikgu Syikin lagi.

"Dania!!!"lagi sekali, tapi tiada sahutan. Aku mula risau.

"Ada sesiapa nampak Dania??"tanya cikgu Syikin.

"Tak ada, cikgu!!"balas salah seorang budak perempuan. Hati aku menjadi gusar.

"Ya Allah!! Kenapa kamu semua tak alert dengan kawan kamu!! Sekarang ni seorang sudah hilang! Apa nak jadi dengan kamu semua ni??!!"cikgu Syikn mula memarahi budak perempuan.

"Cikgu"panggil Ailee. Ya, aku kenal kerana dia merupakan penolong ketua kelas aku.

"Ya, Ailee"balas cikgu Syikin.

"Tadi, saya ada nampak Dania dengan Khairiah dan Fatin cikgu!!"jawab dia.

"Ehhhh! Tak ada cikgu! Saya dari tadi dengan Fatin je cikgu.... Saya tak nampak Dania pun!"balas Khairiah dengan wajah yang cuak. Kelihatan dia sedang menggenggam tangannya menandakan dia sedang takut. Aku memandang Khairiah dengan tajam. Aku mendekati dia.

"Kau buat apa dengan Dania, perempuan??!! Aku dah lama bersabar dengan kau ni!! Better kau cakap sebelum pecah mulut kau aku kerjakan!!!!"aku memarahinya seperti tiada guru di situ. Dia diam lalu menundukkan kepalanya. Aku mula ingin naik tangan tetapi ditahan oleh Fahim.

"Lepaskan aku, Fahim!!!! Perempuan ni, memang tak patut aku biarkan!! Dari hari tu lagi, memang dia tak puas hati dengan Dania!!! Dia dah fitnah Dania hingga aku dengan kau pun percaya apa yang dia cakap!! Lepaskan aku!!!"aku meronta untuk dilepaskan. Kesabaran aku sudah hilang hadnya. Tiba - tiba, guruh dan kilat kedengaran.

"Jangan bising - bising! Sekarang ni, saya nak kamu semua masuk khemah terlebih dahulu! Pasal Dania, saya akan call pasukan penyelamat.... Jangan bertindak terburu - buru... Hari pun dah nak hujan... Jadi, biarlah kita suruh bomba yang uruskan nanti"arah cikgi Soleha. Aku menggelengkan kepala. Aku merentap tangan aku.

"Tak cikgu! Kalau kita biarkan Dania lama - lama dekat dalam hutan, saya tak jamin yang dia akan selamat!"bantahku. Aku terus melarikan diri masuk ke dalam hutan.

"Danial!! Jangan kamu bertindak ikut kepala kamu!! Danial!!!"laung cikgi Syikin dari jauh. Aku menghiraukan jeritan itu. Di dalam fikiran aku hanya ada Dania. Aku risau jika dia cedera, terjumpa ular atau serangga yang berbisa. Tambahan lagi, Dania tak pernah masuk ke dalam hutan ini. Aku sudah berada di tengah - tengah hutan. Hampir 1 jam aku mencarinya dan ini bermaksud sudah hampir 3 jam Dania hilang. Aku meneruskan misi mencari Dania walaupun hujan renyai sudah pun mula
memunculkan dirinya. Tiba - tiba, aku terpandang sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku mendekati benda itu. Kelihatan gelang yang Dania selalu pakai. Dan berkemungkinan Dania jatuh dalam gaung ini.

"Dania!!!"jeritku. Tiada sahutan.

"Dania!!!!"jeritku lagi. Masih tiada sahutan.

"Dania!!!"kali ni lagi kuat.

"To....tolong.... Tolong saya"kedengaran suara sayu - sayu dari bawah.

"Nia!!! Tunggu situ! Nial turun!"arahku.

"Jangan..... Bahaya"balasnya perlahan. Suaranya kedengaran sangat lemah.

"Nial tak kira!!!"aku terus menggelongsor turun ke bawah juram itu.

.................

Sebelum itu, keadaan Dania,

[NUR DANIA FARHANA POV]

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now