BAB 41

96 2 0
                                    

Keesokan harinya,

Aku memasakkan nasi goreng kampung untuk sarapan kami berdua. Nasi goreng yang berlebihan akan aku bawa ke tempat kerja kerana dapat menjimatkan duit untuk membeli makanan tengah hari. Sampai sahaja di pejabat, Danial dan aku singgah dahulu ke pejabat aku sebelum pergi ke pejabatnya untuk membuat pertukaran pangkat aku. Danial menarik tangan aku masuk ke dalam pejabat encik Wan selepas mengetuknya dari luar.

"Wan, Dania akan kerja bawah aku selepas ni sebagai personal assistant aku... Jadi, kau dah bolehlah kot cari pengganti untuk tempat dia," kata Danial tanpa berbasa - basi.

"Mana boleh macam tu, tengku... Dania banyak potensi untuk kerja bawah saya... Kerja dia pun tangkas dan semua idea yang dia luahkan untuk department kami," balas encik Wan.

"Saya dah buat keputusan, jadi awak tak ada hak untuk bantah," tegang sahaja ayat yang dilontarkan oleh Danial. Encik Wan memandang aku.

"Awak memang dah tak nak kerja bawah saya ke, Dania?" tanya encik Wan. Danial menarik kepala aku untuk memandangnya.

"Dania yang beritahu saya sendiri untuk berkerja dengan bawah saya... Jadi, mulai saat ini kau jangan ganggu bini aku lagi," tegas Danial berkata.

"Be professional, tengku... Takkan disebabkan Dania ni isteri tengku, tengku kena control hidup dia sampaikan dia perlu kerja di bawah tengku?" tanya encik Wan sinis. Aku yang berada di belakang Danial sudah naik angin.

"Disebabkan aku professionallah, aku tak buang kau... Sebab apa? Kau sentuh isteri majikan kau sendiri... Ikutkan hati aku yang tengah panas ni, sekarang ni juga aku pecat kau... Tahu tak?!" suara Danial mula naik seoktaf.

"Biy," aku menyentuh lengannya perlahan. Encik Wan menanggalkan kad pekerja dilehernya dengan kasar lalu membalingkannya betul - betul di bawah kaki Danial.

"Aku pun dah tak hamak nak kerja bawah kau! Aku resign sekarang juga!" encik Wan merentap suitcase nya lalu beredar dari situ. Sebelum dia keluar, sempat dia membisikkan sesuatu pada Danial tetapi masih aku dapat dengari.

"Aku akan pastikan syarikat ni bankrup... Dan kau akan tunduk pada aku," dia melanggar bahu Danial dengan kuat.

"Biy, okay?" tanyaku risau. Habis urat tangan dan dahinya semua keluar kerana menahan marah. Aku menyentuh bahunya perlahan.

"Biy," panggilku lagi. Aku mengusap bahunya dengan lembut sebelum aku memeluknya dengan erat.

"Jangan marah lagi, dear takut," kataku dengan nada yang serak.

"Biy tak nak marah... Takut dear yang terasa... Sebab tu biy diam je," dia mengusap kepala aku perlahan lalu mencium dahi aku dengan penuh kasih sayang.

"Sorry, biy... Dear tak sangka encik Wan akan berubah drastik macam tu," aku memandangnya dengan dalam.

"It's okay, dear... Jom, kita naik pejabat biy pula... Biy dah siapkan meja untuk dear," ujarnya. Aku menganggukkan kepala lalu menghadiahkannya satu ciuman di pipi. Dia menarik tangan aku untuk keluar daripada bilik itu.

"Nanti suruh kawan dear datang office biy... Biy nak jadikan dia boss dekat department ni," kata Danial.

"Baik, Tengku!" aku menabik hormat padanya.

"Dear~~" dia mencerlung ke arah aku. Aku menekup mulut aku dengan laju.

"Kiss me, now!" arahnya dengan nada geram.

"Ada oranglah!" aku memukul bahunya perlahan. Sampai sahaja di lif, dia terus membawa aku masuk lalu menyandarkan aku ke dinding.

"Biy!" aku menahan badannya dari terus ke depan.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now