Selepas sahaja abang Dian mengejar kak Maryam tadi, tinggallah aku berdua dengan Fahim.
"Asal Aim diri je? Tak penat ke?" tanyaku pelik dengan kelakuannya.
"Aim nak balik dah sebenarnya ni. Ad dah call Aim, katanya kenduri dipercepatkan. Sepatutnya berlangsung esok, tapi diorang buat hari ni," balas Fahim.
"Lahh yeke? Kenapa tak cakap awal - awal? Pergilah balik. Nia okay je sorang - sorang ni," balasku dengan rasa bersalah kerana disebabkan dia, Fahim meninggalkan Adriana seorang diri di rumah mentuanya.
"Mana boleh. Aim call Nial lah eh? Minta dia jaga Ana," aku menggeleng laju.
"Tak nak! Biarlah Ana sorang - sorang kat sini. Dah! Aim pergi je balik. Jangan sibukkan Ana dekat sini," ujarku dengan nada geram. Tak mahu disebut lagi nama itu dalam ruangan ini.
"Tapi Ana...,"
"Aim, Ana seriously okay. Jangan hiraukan Ana. Kesian Ad kat sana. Aim kena juga bantu keluarga dia untuk persiapan kenduri tu nanti. Mana boleh isteri dekat sana, suami dekat sini. Janganlah buat Ad salah faham dengan kita lagi. Ana tak nak jadi punca. Ana tak nak dia cemburu. Ana faham perasaan dia. Please, Aim. Kalau tak kesiankan Ana, kesiankan Ad," kataku separuh merayu. Dia menghembus nafas perlahan.
"Okay... Aim balik sekarang. Kalau ada apa - apa, jangan lupa call abang Dian atau abang Raid. Kalau tak dapat juga, call Aim tau," pesannya. Aku hanya menganggukkan kepala tanpa bersuara.
"Bye. Jangan nakal - nakal duduk sini," kata Fahim sebelum melangkah keluar dari bilik wad aku. Tak lama kemudian, aku mula merasa sunyi dengan ketiadaan abang Dian, kak Maryam dan Fahim dalam bilik ini. Aku mengeluh. Aku mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor seseorang.
...............................................
"Macam mana kau boleh end up dekat hospital ni? Aku dah lama tak jumpa kau, macam - macam terjadi dekat kau ehhh?" tanya Wawa dengan muka garangnya.
"Betul tu. Habib asyik bercerita dengan aku. Tapi takde kesempatan pun nak jumpa dengan kau. Kau pun tak reti - reti nak call kitorang dah. Asyik memendam je keje nya!" tambah Shera geram.
"Janganlah marah aku...,"
"Habistu nak marah siapa lagi?!" tanya mereka serentak. Aku hanya menyengih. Aku memandang wajah mereka dengan dalam. Aku mengeluh perlahan. Aku memandang langit dengan fikiran yang bercelaru.
"Asal kau mengeluh pula ni? Ada apa lagi yang kau tak ceritakan pada kitorang?" tanya Wawa. Dia memegang bahu aku lembut.
"Sebenarnya...," mata mereka berdua memandang tepat ke dalam anak mata aku. Tak semena - mena, air mataku bergenang di tubir mata.
"Kenapa kau menangis?!!" tanya mereka serentak lagi.
"Aku minta maaf sebab tak bagitahu korang benda ni dari awal... Tapi aku ada brain cancer stage 4," terus suasana menjadi kelam. Wajah mereka berubah redup. Lama mereka berdua mendiamkan diri.
"Wawa... Shera...," panggilku teragak - agak.
"Kau memang sampai hati buat kitorang macam ni kan? Kau memang sampai hati tak bagitahu kitorang this important thing dekat kitorang," kata Wawa. Air matanya sudah mengalir laju ke pipi.
"Kitorang ni apa bagi kau? Sahabat atau hanya kawan biasa? Aku tak sangka kau boleh sembunyikan benda ni daripada kitorang. Aku benci kau, Nia," Shera bangkit dari tempat duduknya.
"Shera, jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf sangat - sangat, hikss," aku menggenggam erat tangannya. Wawa juga ingin berlalu dari situ, namun aku menahan.
"Please, jangan tinggalkan aku. Aku minta maaf sebab tak bagitahu korang benda ni. Aku takut. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu. Hiksss. Aku tak sangka yang aku dah sampai stage 4. Waktu aku dapat tahu setahun yang lepas, aku still stage 2...,"
"Sepatutnya dari awal kau dah bagitahu kitorang. Bukan sampai kau dah stage 4, baru nak cakap! Kitorang ni sahabat kau! Bukan kawan biasa! Susah senang kita bersama! Aku dah anggap kau macam adik beradik aku sendiri! Tapi bila dah macam ni, kau expect kitorang nak tolong apa!! Kau tahu yang brain cancer ni tak ada ubat selain buat rawatan chemo tu. Dan aku tahu kau takkan buat sebab itu akan menjejaskan anak kau! Kau tak faham ke perasaan kitorang sekarang ni?! Kau pentingkan diri, Nia. Kau akan tinggalkan kita semua. Walaupun bukan sekarang, tapi nanti!! Benda ni bermain dengan nyawa!" marah Wawa. Matanya tajam memandang aku.
"Kitorang kecewa. Sangat - sangat kecewa dengan kau. Kau lebih memilih mendiam daripada terus bagitahu since hari pertama kau dapat tahu kau ada penyakit ni. Aku rasa kesal sebab jadi kawan yang tak berguna untuk kau," kata Shera pula. Aku menggeleng perlahan. Air mataku juga turut turun dengan tempo yang laju.
"Jangan cakap macam tu, shera. Korang kawan terbaik yang pernah aku ada. Aku sayangkan korang. Aku tahu aku salah pasal ni. Tolong jangan tinggalkan aku...,"
"Memang kitorang takkan tinggalkan kau. Tapi, nanti kau yang tinggalkan kitorang semua. Semua benda dah terlambat. Kalau kau bagitahu dari awal lagi pasal ni, aku akan usahakan untuk kau dapatkan rawatan yang terbaik. Kawan kau ni doktor, Nia. Kawan kau ni sibuk ubatkan orang lain, sibuk selamatkan orang lain. Tapi kawan sendiri? Tak dapat nak selamatkan. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, Nia. Aku tahu yang kau tu degil. Aku kenal kau yang suka pendam semuanya sendiri. Tapi bila dah melibatkan nyawa kau sendiri, takkan kau masih nak berdiam diri?!" kata Wawa lagi.
"Dan aku tahu, yang ibu dan ayah mesti tak tahu lagi pasal ni kan?" Shera memandang aku dengan mata yang dibulatkan. Aku menjatuhkan kepala.
"Damn, Nia! What is wrong with you?!" marah Shera.
"Aku akan bagitahu dorang. I'm promise you. Esok, aku akan balik ke rumah. Dan waktu tu, aku akan bagitahu juga," mereka berdua menrengus serentak.
"Duduklah sini balik. Temankan aku ambil angin segar ni," aku cuba memujuk mereka berdua. Aku menarik mereka untuk duduk disisi aku.
"Dah tak de segarnya udara kat sini. Aku masih panas hati dengan kau tahu tak?" walaupun Wawa masih berleter, dia mengambil tempat disebelah aku juga.
"Entah. Dia ingat kita ni tak marahkan dia lagi agaknya," Shera menjeling aku sebelum duduk disebelah kanan aku. Aku hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka.
"Aku akan rindukan korang," ucapku.
"Diam, Nia. Aku tak nak kau cakap pasal ni dengan kitorang," tegur Wawa keras.
"Aku akan tinggalkan baby ni untuk korang. Aku harap korang dapat jaga dia dengan baik," aku mengambil tangan mereka dan lekapkan di atas perut aku. Air mata mereka sudah bergenang di tubir mata.
"Kau memang kurang ajar kan? Kau tengok aku dah menangis balik!" Shera terus memeluk aku dengan erat, begitu juga dengan Wawa. Tanpa menunggu lama, aku merintih di dalam pelukan mereka.
"Aku janji akan jaga anak kau, macam anak aku sendiri. Aku akan bagi dia kasih sayang yang secukupnya seperti yang kau inginkan," ujar Wawa sambil mengusap perut aku.
"Aku percaya dengan korang. Aku sayang korang sangat - sangat," aku mengucup pipi mereka berdua.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomansaPada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...