BAB 35

103 3 0
                                    

Tengku Aiden Danial pov

Selepas menghantar Dania ke rumah, aku memandu semula ke pejabat. Aku terpaksa tangguhkan perjumpaan pagi ini ke petang. Aku sudah dapat agak yang Dania akan demam hari ini. Dari segi percakapan dia semalam pun aku boleh tahu yang dia tidak sihat dari semalam tetapi masih gagahkan diri untuk datang kerja. Aku sangat bersyukur kerana Allah S.W.T menemukan aku dengan dia seperti ini. Aku sangat mengharapkan yang kami berdua akan dijumpakan dalam masa yang terdekat sebelum umurnya mencecah 23 tahun. Yup! Perjanjian antara keluarga kami sudah aku dapat tahu juga. Disebabkan itu Dania nak sangat aku menjauhkan diri dari dia. Sudah hampir 3 bulan, aku menjumpainya secara diam. Aku hanya memerhatikannya dari jauh sahaja. Hinggalah aku memberanikan diri untuk munculkan diri di hadapannya setelah aku dapat tahu bahawa bosnya iaitu Wan menyukai Dania walaupun aku tahu kemunculan aku hanya akan datangkan kemarahan dalam dirinya. Aku harus terima segala kata - katanya yang boleh menyakitkan hati aku kerana aku tahu yang dia hanya melepaskan marahnya pada aku yang diusung selama berbelas tahun lepas. Dia jadi seperti itu pun kerana aku juga. Aku juga sudah berjanji pada keluarganya yang aku akan memikat hatinya dan membuatkan dia dapat terima aku semula dalam hidupnya. 

"Tengku... Tengku okay tak ni?" tanya seseorang dari luar kereta aku. Aku menoleh dan terlihat PA aku sudah menunggu aku di depan pintu masuk. Aku terus mematikan enjin dan keluar dari kereta.

"Saya okay je... Kenapa? Nampak saya macam tak okay ke?" tanyaku kembali.

"Bukan apa, Tengku... Tadi Tengku termenung jauh sangat, risau saya dibuatnya," ujar Liyana.

"Hahahaha... Saya termenung pun awak nak risau buat apa?" tanyaku lagi. Aku tergelak kecil dengan balasannya.

"Tak adalah, Tengku... Selalu orang tak sihat je banyak termenung, tu yang saya tanya," balasnya lagi. Aku menggelengkan kepala perlahan.

"Fizikal saya sihat je, tapi tulah dalaman saya hancur," jawabku. Dia memandang aku pelik.

"Siapa pula yang buat Tengku hancur lebur sampai macam tu sekali?" tanya dia.

"Adalah orang tu... Jomlah kita gerak, kang nanti dorang kata saya CEO yang tak menepati masa pula," aku terus melangkah melepasinya. Dia berjalan di belakang aku.

Habis sahaja perjumpaan dengan setiap bahagian dalam bangunan ini, aku balik ke pejabat aku semula tanpa diiringi oleh Liyana.

"Bro!" baru sahaja aku nak duduk di kerusi aku, Fahim menerjah masuk ke dalam pejabat aku. 

"Kau memang tak reti nak bagi salam kan?" tanyaku. Aku memandangnya dengan tidak puas hati.

"Alah kau... Kalau datang pejabat aku pun, bukan nak bagi salam kan?" bahas dia balik.

"Suka hati kaulah... Kau nak apa datang sini?" aku bertanya tanpa memandang wajahnya sebaliknya membelek fail yang berada di atas meja aku.

"Macam mana dengan Nia?" tanya dia. Tangan aku terhenti daripada membelek. Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan. Memang itu soalan yang akan ditujukan dari mulut Fahim jika dia datang berjumpa dengan aku. 

"Macam tulah, dia still tak boleh nak maafkan kita," Fahim menarik kerusi lalu duduk di hadapan aku.

"Apa reaksi dia bila dapat tahu yang aku dah kahwin dengan Adriana?" tanya Fahim lagi.

"Biasa... Pandangan dia kosong... Dia cakap dengan aku pun sangat formal," balasku. 

"Kau tak nak try lembutkan hati dia ke? Aku bukan apa, dia tu sebatang kara weyhh... Aku tak nak harta parents dia jatuh dekat tangan saudara mara dia yang tamak tu," Fahim memulakan topik ini.

"Aku dah try, Aim... Tapi dia langsung tak nak bagi aku peluang... Dia keraskan hati dia, even tadi pun kalau boleh dia nak cepat - cepat balik," aku memegang kepala aku.

"Tadi? Kau jumpa dia ke?" Fahim memandang aku meminta jawapan. Aku mengangguk.

"Kau bawa dia pergi mana?" tanya dia.

"Klinik, dia demam," balasku.

"Siyeslah! Tadi kau hantar dia ke rumah, dia dah okay ke?" muka Fahim penuh prihatin.

"Tengok dari cara dia bercakap dengan aku macam dah sihat... Tapi kau tahulah si Nia tu, dia kan tak boleh sakit... Kalau tak teruk jadinya," aku bangun dari kerusi dan membawa diri ke tingkap.

"Jadi, kau biarkan dia seorang diri dekat rumah tu?!" Fahim mengikuti jejak aku.

"Kau nak aku buat apa? Tadi pun dia pandang aku dengan perasaan benci, kau expect dia boleh berlama dengan aku ke?" aku agak bengang dengan pertanyaan dia. Seakan - akan aku melepaskan tanggungjawab sebagai seorang kawan walaupun Dania sudah tidak menganggap aku seperti itu.

"Aku harap sangat kau dapat lembutkan hati Nia sebelum hari jadi dia... Tapi satu je aku pesan, kalau kau dah dapat pegang hati dia... Jangan kau siakan lagi peluang yang dia bagi seperti mana kau buat dia dulu... Aku lepaskan dia dekat kau bukan untuk kau sakiti dia kali kedua... Aku sayang dia dan aku pun sayang kau... Please, aku tak nak hilang Dania lagi," Fahim menepuk bahu aku perlahan sebelum dia melangkah keluar dari pejabat aku. Aku menghembus nafas berat. Aku memandang permandangan di luar sambil memikirkan cara untuk aku memenangi hati Dania.

....................................

"Aiden"

"Aiden"

"Aiden!" aku tersentak apabila ada suara memanggil aku dengan agak kuat. Aku memandang mama yang sedang bercekak pinggang di tepi pintu aku. Aku tersengih ke arahnya dan terus mematikan enjin kereta.

"Ma," aku bersalaman dengan mama.

"Kamu kenapa? Mama panggil sampai 3 kali tak nyahut, apa yang kamu pikirkan?" tanya mama. Aku memeluk bahu mama dengan erat bagi meningkatkan tenaga aku lalu mencium dahinya lembut.

"Tak ada apalah, ma... Biasalah pikir pasal kerja, tu yang menung jauh sangat," balasku. 

"Ada - ada jelah kamu ni... Kalau boleh, bila dah sampai rumah tak perlu nak pikir pasal kerja lagi... Nanti buat kamu sakit je," mama mengajak aku ke dapur untuk makan malam. Aku lihat sudah terhidang ketam masak lemak dan sayur kangkung di atas meja. Ia sangat membangkitkan selera aku apabila melihat masakan mama.

"Kamu dengar tak apa yang mama kata ni, Aiden?" tanya mama geram. Tangan aku terhenti daripada ingin mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Dengar kot, ma... Dah tak boleh nak fokus kalau nampak masakan mama ni, jom ma makan sekali," aku menarik kerusi untuknya duduk di sebelah aku.

"Kamu ni kan, mama pulas telinga tu baru tahu," mama membuat aksi seperti ingin memulas telinga aku. Aku hanya menayangkan gigi ke arahnya. Tanpa menunggu lama, aku terus membaca doa dan menjamah makanan yang telah aku ambil tadi.

"Kamu ada jumpa Nia hari ni, Aiden?" tanya mama tiba - tiba. Terhenti suapan aku.

"Ada, ma... Aiden bawa Nia pergi klinik sebab dia demam," balasku. 

"Ya Allah! Kenapa kamu tak cakap dengan mama?" tanya mama dengan muka berkerut.

"Ma, Nia tak tahu pun yang mama dah tahu pasal kehadiran dia dekat syarikat Aiden tu... Aiden tak nak dia rasa kita tipu dia," ujarku.

"Jadi, kamu ingat kalau kamu lambat bagitahu dia pasal ni... Kamu tak rasa dia akan lagi rasa tertipu?" provok mama. Aku mati kata.

"Mama nak kamu bawak dia ke sini hujung minggu ni... Kalau dia tak nak, kata yang mama nak jumpa dia... Mesti dia akan dengar punya," arah mama.

"In sha Allah, ma... Aiden tak janji," aku menghabiskan suapan yang terakhir dengan cepat sebelum mama bertanya lagi banyak soalan mengenai Dania.

"Tengoklah tu... Kalau mama cakap pasal ni sikit je, kamu dah angkat kaki... Mama nak kamu bawak juga Dania ke sini tau tak kira apa pun yang jadi," laung mama dari bawah. Aku melangkah naik ke bilik tanpa menoleh ke belakang. Masuk sahaja ke dalam bilik, aku membuka tie dan baju kemeja. Hanya singlet putih yang masih terlekat di badan aku. Tanpa berlengahkan masa, aku mengambil tuala di ampaian dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.


HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now