Malam itu,
Aku mengajak Lily dan Nukman untuk makan malam bersama kami berdua. Sejak dari pantai, Dania hanya mendiamkan diri dan bermain dengan telefonnya sahaja. Bila aku bertanya, dia akan balas sepatah. Aku agak keliru dengan sikapnya yang berubah dalam sekelip mata.
"Dear, why you're so quiet?" tanyaku. Aku duduk di sebelahnya. Dia masih dengan telefonnya. Bila melihat ke arah skrin telefonnya, hanya aplikasi tiktok sahaja yang aku nampak.
"Dear, cakaplah dengan biy ni," aku menggoncangkan badannya sedikit.
"Apa you ni, Nial? Tak nampak ke yang I tengah main telefon? Kalau jatuh telefon ni nanti macam mana?" tanya dia dengan nada yang sedikit keras. Panggilan pada aku juga turut berubah.
"Dear, are you okay?" tanyaku lagi. Dia berdecit sebelum mengalihkan tubuhnya membelakangi aku.
"Kenapa ni, dear? Biy ada buat salah ke? Sorry, dear," aku mengusap kepalanya perlahan. Tidak lama kemudian, Lily dan Nukman tiba di meja kami.
"Cantik you, Lily," pujiku. Dania terus menoleh ke arah Lily.
"Ishhh! Apa you ni?! Dania, you look gorgeous tonight," puji Lily semula. Dania hanya menayangkan senyuman nipis.
"Thank you. You pun apa kurangnya kan? Jomlah kita order, I dah lapar ni," balas Dania lalu memanggil pelayan.
"Nukman, awak nak makan apa?" tanya Dania. Matanya memandang ke arah Nukman yang juga turut sedang memandangnya. Aku mula panas hati.
"Kenapa dear tak tanya biy dulu?" ujarku.
"Lily kan dah layan you. I layanlah Nukman pula," bisiknya selamba. Aku menoleh ke arah Lily yang sedang kusyuk melihat ke arah buku menu. Tidak mengambil masa yang lama, semua sudah memesan makanan mereka sendiri.
"I nak pergi ambil dessert, you nak?" tanya Dania pada aku. Aku hanya menganggukkan kepala perlahan.
"I temankan you," tiba - tiba, Nukman ikut serta.
"I pun nak ikut juga," kata Lily dengan mata yang terkebil - kebil.
"Tak apa. You boraklah dengan Aiden," Nukman terus mengikuti Dania daripada belakang.
"Kenapa I rasa dorang ni macam ada something?" tanya Lily tiba - tiba.
"Apa maksud you?" balasku semula. Aku melihat mereka yang sedang bergelak ketawa dari jauh.
"Sejak kita balik dari pantai tu, Nukman tak layan I. Dia sibuk dengan telefon dia je. I wonderlah apa yang dia buat. Tapi bila I tengok skrin phone dia, dia tengah tengok tiktok," balas Lily. Aku terkejut kerana sikap Nukman sama seperti sikap Dania petang tadi.
"Same as Nia. Petang tadi pun dia tak layan I juga," kataku.
"You tak nak tanya Nia ke? Apa hubungan dia dengan Nukman?" tambah Lily lagi. Aku sudah menggenggam tangan aku dengan erat. Nafasku semakin tidak teratur apabila mereka berdua semakin rancak berbual di sana. Dengan kadar yang segera, aku terus menghampiri mereka. Tangan Dania aku genggam dengan erat.
"Nial, kenapa ni?" tanya dia dengan wajah yang cuak. Aku memandang Nukman dengan pandangan yang tajam.
"Kau! Jauhkan diri kau dari isteri aku!" aku terus menarik tangan Dania keluar daripada restoran itu.
"Nial, apa ni? Sakitlah!" aku mengendahkan sakitnya. Kami berdua tiba di bilik dan aku terus mencampaknya ke atas katil.
"You ni kenapa, Nial?!" tengkingnya dengan kuat.
"You tu yang kenapa, Nia!! Apa yang you chat dengan Nukman belakang I dan Lily?!!" amarahku membuak - buak.
"Apa yang you merepek ni ha?!!" aku menghampirinya dan mencengkam dagunya dengan kuat.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...