BAB 67

71 1 0
                                    

Keesokan harinya,

Pagi itu, aku datang semula ke hospital selepas semalaman aku tidak dapat lena kerana kata -kata yang dilontarkan oleh Dania semalam. Sampai sahaja di hospital, abang Dian dan kak Maryam sudah pun tiba terlebih dahulu. 

"Bang, Kak," panggilku dari belakang. Mata Dania tertancap pada aku. Pandangannya kali ini, tidak seperti sebelumnya. Bersinar dan seperti sedang melihat sesuatu yang disukainya. Tangan abang Dian ditarik perlahan sambil mata tak lekang daripada melihat wajah aku.

"Abang, dia tu siapa? Handsomenya?" walaupun perlahan namun, bisikannya masih boleh menyinggah ke gegendang telinga aku. Aku tersentak dengan soalan itu. Aku menggenggam erat jari jemari aku. Air mataku semakin lebat mengalir. Baru semalam, dia tidak mengakui aku sebagai suaminya. Dan hari ni, langsung dia tidak ingat aku bahawa akulah suaminya.

'Ya Allah, dugaan apa yang kau ingin berikan ini? Aku tak mampu untuk hadapinya,' getus hatiku hiba. Tubuhku hampir tumbang dan nasib baik sempat disambut oleh Fahim.

"Dia suami, Ana. Takkan Ana tak ingat?" tanya abang Dian dengan riak yang risau.

"Betul ke abang? Ana ada suami handsome macam ni?" tanya dia teruja. Abang Dian mengangguk tanpa ragu - ragu. 

"Jadi, anak ni... Anak Ana dengan dia?" tanya Dania semula dengan sengihan melebar. Abang Dian mengangguk lagi.

"Awak, sinilah!" dia melambaikan tangan ke arah aku. Dengan langkah yang berat, aku menghampirinya. Sampai sahaja disampingnya, dia menarik tangan aku untuk menyentuh perutnya yang kian membesar. 

"Mesti nanti anak kita handsome macam awak kan?" ujarnya dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir. Terus terhambur tangisan aku di hadapannya. Aku memeluknya dengan erat.

'Maafkan biy, dear! Ya Allah! Maafkan biy sebab dah seksa dear selama ni! Ampunkan biy! Hiksss... Ya Allah, beratnya ujian kau berikan pada aku!' aku hanya mampu merintih sendirian di dalam hati. Aku mencium ubun - ubun kepalanya dengan penuh kasih sayang.

"Kenapa ni awak? Kenapa awak menangis? Awak tak suka ke baby kita ni?" matanya terkebil - kebil memandang aku.

"No, dear. No. Biy sayang sangat! Biy sayang dear dan baby! Dear, kalau ini jalan yang terbaik untuk dear, biy redha. Kalau ini sahaja jalan supaya dear tak ingat kembali peristiwa hitam dan perit yang pernah menghantui hidup dear, biy sanggup. Biy sanggup kalau dear tak ingat biy," aku memegang pipinya dan menatap mata bundarnya yang kelihatan sedang tersenyum ke arah aku.

"Awak ni sweetlah. Macam manalah saya dapat awak ni sampai awak jadi suami saya kan?" dia mencubit pipi aku agak kuat. Aku mengusap kelapanya dengan lembut. Tarik sahaja tangan dari rambutnya, ada beberapa helai sudah gugur di tangan aku. Aku cengkam rambut itu dengan penuh kesal. Hati aku menjerit sedih.

"Jom gerak sekarang. Ana dah kena discharge before pukul 12," kata abang Dian sambil mengerling jam di tangan.

"Jom, dear," aku menampung tubuhnya untuk turun dari katil. Aku mengambil beg bajunya dari abang Dian dan membawanya keluar dari wad. Tangannya erat memegang lengan aku. 

.....................................................

Sampai sahaja di rumah, Puan Dayana terus menyambut kehadiran Dania dengan memberikannya pelukan yang paling hangat. Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Puan Dayana memegang kedua - dua belah pipi Dania dan menolehkannya ke kiri dan ke kanan.

"Kenapa ni, bu? Kenapa ibu nampak sedih je ni?" tanya Dania dengan penuh kehairanan.

"Kenapa Ana tak bagitahu ibu dengan ayah tentang penyakit Ana? Kenapa Ana kena pendam seorang diri? Tak serik - serik lagi ke jadi seorang pemendam segala hal? Ana tahukan benda ni penting. Kenapa Ana diamkan diri dan buatkan kami berdua ni tak penting dalam hidup Ana?" tak semena - mena, air mata Puan Dayana mengalir dengan lebat. Dia kesal atas apa yang berlaki terhadap anak susuannya itu. Dia sudah menganggap Dania seperti anak kandung. Namun, sanggup Dania merahsiakan perkara yang melibatkan hidup dan mati dia. 

"Betul tu, Ana. Ana tak sayangkan ibu dengan ayah ke?" tambah Encik Fahrain pula yang kekal berdiri disebelah isterinya.

"Ibu, ayah. Janganlah macam ni. Ana bukan sengaja tak nak bagitahu benda ni pada ibu dan ayah. Tapi Ana tak nak ibu dan ayah layan Ana macam orang sakit kalau Ana bagitahu. Ana tak suka," balas Dania Farhana. Dia juga sedih melihat riak kedua - dua ibu bapa susuannya itu.

"Ibu, ayah. Dah, janganlah menangis lagi. Abang bawa balik Ana ke sini untuk Ana luangkan masa dengan ibu dan ayah. Jangan marahkan Ana sebab tak bagitahu ibu dan ayah pasal ni," sapa Dian Farhan di belakang.

"Abang tahu ke pasal ni?" perlahan Dian Farhan menggeleng. Sesungguhnya, dia juga terkilan dengan tindakan sahabatnya itu kerana sanggup merahsiakan pesakit adiknya itu daripada pengetahuan dia. 

"Nial?" pandangan mereka semua beralih pula pada Aiden Danial yang memilih untuk mendiamkan diri dari tadi.

"Tak juga, bu. Nial pun baru tahu waktu Ana masuk hospital hari tu," balas Aiden Danial. Puan Dayana hanya mengangguk sebelum menarik tangan Dania Farhana untuk masuk ke dalam rumah.

"Ana ada teringin nak makan apa - apa tak hari ni? Biar ibu masakkan untuk Ana," tanya Puan Dayana.

"Ana nak ikan patin masak tempoyaklah, bu. Ibu rajin tak nak masak tu hari ni?" balas Dania Farhana sambil tersengih kambing.

"Boleh sangat. Senang je nak buat tu. Nanti ibu suruh ayah beli ikan patin dekat pasar, esok ibu masakkan untuk Ana ya?" balas Puan Dayana sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Baik ibu. Terima kasih!" Dania Farhana terus memeluk ibunya dengan erat.

"Dah, tak payah nak buat jejak kasih sangatlah dekat sini," sampuk Dian Farhan.

"Alah, abang jealouskan sebab tak dapat layanan special macam Ana dapat," balas Dania Farhana sambil menjelirkan lidah.

"Tak ada masa abang nak jealous," ujar abangnya itu sebelum beredar dari dapur.

"Ibu, Ana naik dululah ya. Nak tengok suami Ana kejap," pinta Dania Farhana. Ibunya hanya menganggukkan kepala. Tanpa melengahkan banyak masa lagi, dia mendaki ke tingkat atas untuk berjumpa dengan sang suami.

"Awak," panggil Dania Farhana. Dia melihat suaminya sedang mengeluarkan baju - bajunya dan mengemaskan baju itu di dalam almari.

"Awak buat apa ni? Baju ni biarlah saya yang buat nanti," katanya lalu memeluk belakang suaminya dengan erat.

"Alahh, dear. Tak salah pun kalau biy nak tolong dear simpan baju - baju ni semula. Dear pergilah rehat atas katil tu," Aiden Danial menegakkan tubuhnya dan memicit pipi isterinya sehingga mulut menjadi ikan buntal.

"Tak bestlah kalau saya sorang je baring. Let's cuddle together," Dania Farhana menyengih. Aiden Danial terus mencempung tubuh isterinya itu. Mereka berdua selamat berbaring di atas katil sambil berpelukan.

"Andai diputarkan kembali masa, takkan biy sia - siakan dear," ujar sang suami lantas mengucup dahi sang isteri dengan penuh kasih.

"I love you, Dania Farhana," ucap Aiden Danial langsung menangkap bibir sang isteri dengan lembut.


HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now