BAB 23

104 2 0
                                    

Aku mencampakkan beg aku ke katil. Aku rasa hari ini kepala aku serabut sangat. Tiba - tiba, pintu aku diketuk dari luar.

"Ya??"tanyaku dari dalam.

"Cik Nia... Puan Besar menyuruh Cik Nia pergi hantar makanan di rumah jiran sebelah...""Alah.... Bik! Nia tak nak!! Nia tak nak pergi rumah sebelah"sebelum Bibik Sal menghabiskan ayatnya, aku terlebih dahulu memotong.

"Ok tak pe... Tapi Nia pilih, pergi kolej dengan Aim atauu Danial?? Kalau Aim, Nia kena pergi hantar makanan pada Danial"kata ibuku dari luar. Dengan bengang, aku membuka pintu dan memandang ibuku dengan tak puas hati.

"Ibu ni kan?? Kenapa babitkan Fahim pula?? Tak sukalah macam ni!!"bentakku. Aku menghentakkan kakiku dengan kuat.

"Aim atau Nial??"ugut ibuku lagi. Iby tersenyum sinis ke arah aku.

"Yelah.... Yelah... Nia pergi"aku mengalah akhirnya. Aku berjalan melepasi ibu dan bibik lalu menuruni anak tangga dalam keadaan terpaksa. Aku mengambil bungkusan itu dengan kasar.

Sesampai sahaja di rumah Danial, aku mengetuk pintunya beberapa kali. Itupun masih tiada sahutan. Kesabaran aku semakin tipis. Pintu rumahnya terbuka dengan sendirinya. Aku memasuki rumahnya tanpa memberi salam. Kurang ajar tak aku?? 😶😶. Aku bergerak ke arah dapur dan meletakkan bungkusan itu di atas meja.

"Kau buat apa kat sini, Nia??"tanya Danial dari belakang. Aku tersentak. Aku menolehkan kepalaku dengan perlahan. Dia hanya mengenakan tuala di pinggang.

"Kau ni kenapa??!! Tak reti pakai baju ke??!"tanyaku lantas menutup mataku dengan laju.

"Ehh! Suka hati akulah... Ni rumah aku, bukan rumah kau... Kau tu yang kenapa?? Datang rumah orang tak reti bagi salam..."Danial mengomel seorang diri.

"Dah ii... Aku datang sini bukan nak dengar kau membebel tau... Ibu aku suruh bagi kau makanan ni... Lagi satu, ibu aku kata kalau bosan datanglah rumah... Kalau aku pula, kalau tak malu kau dipersilakan datang"balasku. Aku mula bergerak keluar dari dapur.

"Ehh! Macam tu je?? Tak reti nak minta maaf ke??"tanya Danial. Dia memandang aku sedalam - dalamnya.

"Motif aku minta maaf??"tanyaku balik. Aku memandangnya sambil mengangkat kening sebelah.

"Amboi - amboi... Kau dah masuk rumah aku tanpa salam plus kau dah tengok aku half naked... Aku baru nak bagi isteri aku nanti tengok badan aku yang tegap, tapi kau dah rasmikan dulu... So, kau kenalah minta maaf"balas Danial lagi.

"Tak nak aku... Kau pikir aku hamak sangat nak tengok body kau yang lembik tu?? Eiii... Tegap konon, boroi je tengok kau"aku mengutuknya depan - depan.

"Apa kau cakap?? Body aku lembik??"tanya Danial. Dia melangkah ke hadapan.

"Ehhh! Kau apasal makin ke depan??"tanyaku cuak.

"Kau kata perut aku boroi??"tanya dia lagi. Dia semakin menghampiri aku. Aku pula semakin ke belakang dan ke belakang sehingga badan aku menyentuh meja. Dia menyekat pergerakan aku dengan menggunakan tangannya.

"Danial... Kau jangan macam ii eh?? Aku tumbuk muka kau kang, apa pun tak dapat nanti"ugutku dengan geram. Dia merapatkan badannya ke badan aku.

"Cuba kau tengok betul ii... Badan aku ni lembik ke?? Perut aku boroi ke??"tanya dia lagi.

"Eiii... Sanalah! Tak nak aku tengok body kau!!"aku menolaknya dengan menggunakan hujung jari aku.

"Tengok jugak!"usik dia lagi.

"Kau jangan cabar aku, Danial"kataku dengan bengang.

"Kau nak buat apa?? Buatlah! Aku tak kisah pun"balas Danial dengan yakin.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now