BAB 8

78 5 0
                                    

<SKIP PART AKTIVITI>

Keesokan harinya, pagi itu,

Tapi nak ceritalah sikitlah apa yang aku kena semalam. Semalam selepas sahaja aku membersihkan baju Khairiah, aku diarah pula untuk membersihkan kasut mereka yang sudah kotor akibat bermain aktiviti yang agak lasak. Semalam juga, Fahim dan Danial langsung tak layan aku disebabkan kes tengah hari semalam. Aku agak terkilan bila mereka cuba menjauhi diri mereka dari aku. Malam pula, aku tidur berseorang di dalam khemah yang agak besar bagi aku kerana tiada siapa yang ingin menemani aku. Nasib aku baik kerana aku terus terlena apabila letak sahaja kepala dia atas bantal dan  tiada apa yang mengganggu aku semalam. Itu sahaja hari yang memenatkan bagi aku.

Selepas sahaja kami bersarapan pagi, kami semua diminta untuk bersedia kerana ada aktiviti zumba pada pagi ini. Selepas aktiviti zumba, kami semua akan masuk ke dalam hutan untuk menjalankan aktiviti jungle trackking. Sedang sibuk aku membuat jarak di antara budak - budak yang lain, tangan aku ditarik dan bergerak ke suatu tempat yang sunyi.

"Danial? Fahim?"panggilku. Muka mereka kelihatan tidak begitu gembira apabila melihat aku.

"Kenapa ni??"tanyaku pelik. Tiada langsung senyuman dorang buat aku.

"Kau buat - buat tak tahu atau memang kau tak tahu??"tanya Danial dengan nada yang keras.

"Apa ni, Nial??? Kenapa??"tanyaku lagi. Aku mula cuak bila dia merapatkan dirinya pada aku. Tetapi Fahim cuba menahan badan Danial.

"Apa yang kau buat dekat belakang aku dan Danial??"tanya Fahim pula.

"Apa?? Please... Just straight to the point"balasku mula bosan dengan perangai dorang.

"Okay fine! Kau buruk - burukkan aku dan Fahim, depan kawan - kawan baru kau tu kan??!"tengking Danial. Aku terkesima. Dahiku berkerut seribu.

"Apa yang korang merepek ni??? Nia tak pernah nak aibkan Danial dengan Fahim... Kenapa tuduh Nia macam ni??"balasku tak percaya.

"Mengakulah Nia... Kitorang penat nak layan perangai kau"kata - kata Fahim menusuk ke dalam jantung aku.

"Penat?? Sekarang ni, Nia yang penat dengan perangai Aim dan Nial.... Tahu tak, Nia tak tahu apa - apa yang korang cakap.... Selama Nia berkawan dengan korang, ada Nia buka aib korang ke?? Ada ke??"tanyaku cuba menahan sabar.

"Kau tak payah nak berlagak innocent, Nia! Aku paling tak suka orang yang buka aib aku dekat orang lain dan orang yang menipu!!!"tengking Danial lagi. Kali ni, air mataku sudah bertakung di tubir mataku.

"Memang selama ni, kau tak pernah buka aib kitorang... Tapi semalam, bukan kau dah ada kawan baru?? Bukan kau yang kata kau nak bebas dari kitorang?? Jadi, tak mustahil kau boleh buka aib kitorang kan??"kata Fahim pula.

"Apa yang Nia kata?? Siapa yang bagitau Aim dengan Nial??"tanyaku. Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir.

"Kau cakap yang kitorang ni selalu layan kau jahat.... Selalu buli kau.... Kau cakap yang kitorang ni playboy! Tak pernah nak jaga hati kau!! Kitorang selalu ambil kesempatan atas kau!! Habistu, selama ni.... Kitorang jaga kau dengan elok.. Macam ni ke balasan kau??!!!"herdik Danial. Suaranya betul - betul tinggi. Padanlah mereka menarik ke tempat yang tiada orang. Kali ni, air mataku tak dapat dibendung lagi. Aku menundukkan kepalaku. Esakanku kedengaran.

"Siapa yang bagitau??"tanyaku perlahan.

"Khairiah"ujar Fahim setelah lama mendiam.









ZASSS!!








Bagai ada petir yang menyambar di sebelah aku. Bagai ada pisau yang menusuk jatung aku. Bagai ada kaca yang mencucuk tubuhku. Semuanya terasa sakit.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now