Prolog

959 44 11
                                    

KELIHATAN seorang gadis kecil sedang berjalan dicelah orang ramai sambil matanya tidak lekang memandang fon ditangannya.

Tiba-tiba dia dirempuh dengan agak kuat menyebabkan fonnya jatuh dan dipijak oleh orang yang lalu lalang.

Membulat matanya disebalik kaca mata yang dipakainya. Perlahan badannya ditundukkan dan mula mengutip semula fonnya itu.

Tercebik-cebik bibirnya hendak menagis. Sudah la telefon itu pemberian ayahnya sebelum dia sampai di negera ini. Nanti kalau ayahnya tahu yang telefon ini sudah pecah kecawa ayahnya nanti.

Pelbagai anasiran negatif mula datang di kotak fikirannya sekarang.

"Miss...?"

Tersedar akan panggilan itu, gadis itu kembali keraliti. Kepala didongak memandang orang yang memanggilnya itu.

Kening di angkat tanda bertanya. 'Dah kenapa mamat ni? Dok panggil-panggil.. ntah-ntah dia lah yang langgar aku?' Desisnya dalam hati. Kepala di geleng bagi mengusir tuduhan tak berasas itu.

"Yes?" Soalnya kepada si jejaka yang leka memerhatikannya itu. Seketika dia memerhatikan jejaka itu. 'Uishh tingginya mak ai dia ni makan tiang lampu ke apa?' Dia mula membebel di dalam hati.

"Sir"

Tiada sahutan

"Sir..."

Masih tiada sahutan

"SIR!!!" jeritnya kepada jejaka di depannya itu.

Tersentak jejaka tersebut akibat disergah gadis itu. 'Kantoi tengah usha anak dara orang'

"Ekhem" dia berdehem bagi menghilangkan rasa malu. "Sorry for your fon" ujarnya mendatar sahaja.

"It's okay. My bad too." Malas mahu berdebat Aura mengalah sahaja walaupun hakikatnya hatinya rapuh mengenangkan telefon pemberian ayahnya. Dia tersenyum tipis lalu mula mengorak langkah meninggalkan jejaka tersebut.

Si jejaka masih statik berdiri di tempatnya sambil mengenangkan muka gadis tadi. Kepala digeleng berkali-kali bagi menghilangkan bayangan gadis itu. Tidak diendahkan pandangan orang-orang yang melihatnya itu.

Jejaka tersebut mula meneruskan perjalanannya yang tergendala tadi. Tangan kiri berada di dalam poket manakala tangan kanan pula mengeluarkan iphone x nya dan mendail nombor seseorang.

"Hello..."

Selesai sahaja dia berbicara di dalam telefon dia memasukkan semula telefonnya kedalam poket. Senyuman sinis makin melebar disebalik mask yang dipakainya mengenangkan gadis tadi.

"Soon girl... you will be mine"

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now