Bab 3

441 37 9
                                    

PAGI itu selesai sahaja bersarapan bersama keluarga, Noah dan Aura pun keluar daripada hotel lalu berangkat menuju ke rumah mereka.

Kereta milik Noah meluncur laju di atas jalan raya. Suasana di dalam kereta itu senyap sahaja. Aura hanya membuang pandangan ke luar. Nak bukak radio dia takut suaminya marah. Jadi dia pun berdiam diri dan memandang pandangan di luar daripada memandang muka dingin suaminya.

Sedang leka dia berangan tiba-tiba terasa usapan dijari kananya. Kepala ditoleh memandang ke kanan. Noah masih dengan eksperesi wajahnya. Dingin.

"Kenapa diam hm?" Soalnya tanpa nada. Tersentak dengan soalan itu Aura mula terkulat-kulat untuk mencari jawapan. Bibir bawahnya digigit sedikit. Menghilangkan rasa gemuruh.

Noah yang melihat Aura mengigit bibir itu lantas mengetap rahangnya. Beberapa detik dia  menunggu Aura untuk menjawap soalannya tetapi sudah dua minit berlalu Aura masih tidak menjawap soalannya.

"I'm asking you Dhia and please don't bite your lips." Noah berkata tegas. Dia mengerling isterinya di sebelah.

Aura pula sudah kebingungan. Dah kenapa gigit bibir pun salah ke? Terasa usapan ditangannya sekali lagi Aura memandang lelaki itu.

"Kenapa diam?" Sekali lagi soalan itu diajukan oleh Noah tetapi kali ini intonasi suaranya berubah datar membuatkan Aura mati kutu semula.

"Saya tak tahu nak cakap apa" akhirnya keluar juga suara emas sang isteri. Aura berusaha merungkaikan pegangan kejap tersebut. Dia rasa tak selesa.

Noah mengeratkan lagi pegangannya ditangan Aura. Dikerling Aura yang tampak gelisah itu. "Boleh tak kau jangan tarik-tarik tangan kau tu. This hand are mine" lantas tangan milik Aura dibawa kemulutnya lalu dikucup dengan penuh kelembutan.

Aura yang menyaksikan itu sudah berubah warna kulitnya. Dia pasti sekarang muka dia dah nampak macam tomato. Tangan Aura yang tadi berada dimulutnya dibawa kepehanya lalu diusap-usap.

"Mine..."

Perasaan takut mula menjalar dihati Aura mendengarkan perkataan itu. Lelaki ini seolah-olah obses terhadap dirinya. Ya Allah bantulah aku..

• • • ❈ • • •

SAMPAI sahaja mereka di rumah agam milik Noah, Aura keluar dari perut kereta mewah milik Noah. Pandangannya diliarkan disekeliling kawasan halaman rumah tersebut.

Guard yang bertugas menjaga sekeliling rumah tersebut diperhatikan dengan penuh rasa kemushkilan. 'Lelaki ni kerja apa sampai nak kena ada guard apa semua?' Bisiknya di dalam hati.

Tiba-tiba pinggangnya dirangkul dari tepi menyentakannya yang sedang sibuk bersoal jawap dalam hati itu. Serta-merta badannya mengeras.

Noah membawa isterinya masuk ke dalam rumah. Dia menemani isterinya meneroka rumahnya. Aura terasa sangat kagum dengan dekorasi rumah yang kelihatan elegan itu.

Ianya bertemakan modern classic. Sangat cantik dan menawan. Creatif betul orang yang menghias rumah ini. "Ya Allah cantiknya rumah ni, cretif betul orang yang hias rumah ni." puji Aura dengan senyuman yang begitu manis.

Noah yang melihat senyuman manis itu mula tidak keruan. Dengan segera dia menarik pinggang isterinya agar melekat kebadannya. Dia melagakan dahi mereka. Nafasnya mula memberat.

"You're such a beautiful creature i have ever met." pandangan redup dilemparkannya membuatkan Aura membahang malu. Lah sudah, dah kenapa dengan dia ni?! Masya Allah seram!

Noah membuka lilitan tudung shawl yang pakai oleh Aura lalu mencampakannya ke sofa sebelah kanannya. Lalu dia menyebamkan mukanya diceruk leher isterinya.

Dihidu sepuas-puasnya haruman tubuh Aura sehingga tanpa sedar dia telah menghasilkan tanda dileher sang isteri. Aura meronta sekuat tenaganya agar terlepas daripada rangkulan suaminya tetapi apakan daya tenaganya tidak mampu melawan tubuh Noah yang jauh lagi besar dari badannya.

Perasaan takut dan marah mula mencengkam tangkai hatinya. Takut dengan aura yang ditunjukan oleh Noah yang seakan obses terhadap dirinya. Dia juga takut kerana seumur hidupnya tidak pernah dia diperlakukan sebegini rupa. Dia juga marah kerana Noah memegangnya sesuka hati dan memperlakukannya sepertinya dia tidak mempunyai perasaan.

Rimas dengan rontaan Aura, Noah mengeratkan lagi pelukannya hingga pada akhirnya dia merasakan bahu di sebelah kirinya basah dan terdengar esakan sang isteri. Dia lantas merungkaikan pelukan tersebut lalu memegang kedua belah pipi milik isterinya.

"Hey baby I'm really sorry, I can't even control myself when I'm with you" diusap air mata yang mengalir itu menggunakan ibu jarinya. Air mata isterinya masih setia mengalir tanpa ada rasa ingin berhenti. Malah esakan Aura jugak semakin menjadi-jadi.

Perasaan bersalah mula timbul di dalam hatinya. Mengapalah dia terlalu mengikut hawa nafsu sehingga terlupa bahawa si isteri adalah seorang yang tidak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki kecuali abang, kedua adiknya dan ayahnya.

Mengapa dia lupa tentang itu? Dia tahu Aura juga seorang yang akan cepat mengelabah dan cemas lagi-lagi bila berhadapan dengan lelaki. Dia tahu itu. Semua tentang Aura dia tahu.

Tidak sanggup mendengar tangisan sang isteri Noah lantas menarik tubuh kecil itu kedalam dakapan hangatnya. Dibiarkan Aura menghamburkan segala tangisannya dibaju kemajanya. Tidak dia kesah jika baju itu basah sekalipun asalkan cinta hatinya ini dapat menenagkan jiwanya yang kacau.

Beberapa minit berada dalam keadaan begitu Noah merungkaikan pelukan lalu wajah isterinya didongakan menggunakan jari telunjuknya.

"Feeling better?" Soalnya lembut. Pandangannya juga sudah bertukar lembut. Tidak mahu bertegas dengan sang isteri. Aura hanya mampu mengangguk-anggukan kepalanya dengan esakan yang masih tersisa.

Noah mendakap semula tubuh kecil Aura lalu kucupan hangat dilabuhkan diubun-ubun milik isterinya.

"Sorry..."

• • • ❈ • • •

Thanks for reading,vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now