Bab 9

380 24 4
                                    

TANGGA didaki dengan penuh berhati-hati menuju ke atas. Sampai sahaja di bilik tidur mereka Aura memulas perlahan tembol pintu kayu tersebut.

Melangkah sahaja ke dalam terlihat satu kotak kertas terletak elok di atas katil. Dengan perasaan yang ingin tahu Aura menghampiri kotak tersebut lalu dibuka.

Seketika matanya bersinar memandang pelbagai jenis coklet yang berada di dalam kotak tersebut. 'Ya Allah aku mimpi ke ni?' Soalnya di dalam hati.

Tidak lama kemudian timbul notifikasi ditelefonnya. Lantas dibuka notifikasi tersebut. Pesanan yang cukup ringkas tatapi cukup menyebabkan paru-parunya bagai diterbangi rama-rama.

Mr. Husband <3

"-But i've already told my man to buy you some chocolates..."

"Enjoy it amore."

• • • ❈ • • •

Pintu kereta mewah tersebut dikuak lalu tubuh tegapnya dibawa keluar daripada kereta mewah tersebut. Langkahnya dibawa memasuki markas tiga tingkat itu.

Melihat boss besar mereka sedang berjalan mendekati mereka itu, kepala lantas anggukan sebagai isyarat menyapa.

"Capo."

Noah hanya menganggukan kepala lalu langkahnya diteruskan hingga dia terhenti disebuah lift. Tangannya bergerak menyentuh butang yang menunjukan kepada anak panah ke atas.

Masuk sahaja ke dalam kotak bergerak itu, tingkat empat ditekan iaitu tingkat yang paling atas dimana bilik masyuarat untuk kumpulannya serta bilik tegahan yang hanya boleh dimasuki oleh orang-orang kepercayaannya.

Keluar sahaja dari lift tersebut Noah mengatur langkahnya mendekati bilik tagahan. Dikuak daripada luar lalu terpampanglah wajah Afzan yang santai duduk di atas sofa sambil bermain phone.

Perasan akan kehadiran Noah, Afzan mula bersuara menyebabkan senyuman sinis terbit dibibir merah Noah.

"Tunggu kau datang. Macam tunggu jodoh datang." Perlinya dengan senyuman sinis. Noah mengabaikan perlian tersebut lalu tubuh kekarnya didaratkan di atas sofa berhadapan Afzan. Mereka dijarakan dengan sebuah meja panjang yang sedarhana besarnya.

Di atas meja itu terdapat satu sampul surat yang terisi dengan pelbagai maklumat. Noah mengambil sampul tersebut lalu mengeluarkan segala data-data peribadi seseorang.

"Vaffanculo! Dah makin pandai eh dia. Jadikan anak sebagai kambing hitam." Kertas ditangannya digenggam erat sebelum dihempas ke atas meja kayu di depannya.

Urat-urat hijau mulai timbul disekitar lehernya. Afzan hanya mampu mendiamkan diri apa bila melihat wajah tegang sahabatnya itu.

"Dia ni pun satu, yang dia tak bantah kenapa? Dah kemaruk sangat nak kasih sayang kat orang tua tu ke apa?!" Pandangannya kembali dilemparkan terhadap kertas A4 di atas meja itu.

"Bukan dia kemaruk nak kasih sayang orang tua tu, tapi kalau dia tak buat mampus dia kena bunuh oleh orang tu. Kau macam tak kenal perangai Dia." Afzan menerangkan dengan lebih terperinci. Rambutnya dikuak memyerlahkan lagi kekacakannya.

"Plus dari apa yang aku siasat orang tua tu yang paksa dia untuk kawan dengan kita waktu kita belajar kat England dulu. And aku tak rasa yang dia tahu yang kita ni mafia." tambah Afzan lagi. Tatapan kosong dilemparkan terhadap Noah yang masih setia memandang surat di atas meja itu.

"Macam mana kau rasa yang dia tak tahu kita ni mafia?" Soalnya beserta kening yang dijongket memandang Afzan. Afzan tertawa sinis sebelum wajahnya kembali berubah dingin.

"Come on lah Noah, ni Afzan Mukhriz kut semua maklumat peribadi orang-" Afzan memetik jarinya di hadapan muka Noah berkali-kali lalu menyambung bicaranya.

"Petik jari." Dengan bangganya Afzan berbicara menyebabkan Noah menayangkan muka meluat. Afzan tertawa kecil melihat ekspresi wajah yang ditayangkan oleh sahabatnya itu.

"Takdelah aku intip dia, aku tengok dia tak banyak keluar rumah. Keluar pun kalau dia nak pergi kerja atau nak beli barang. la maggior parte del tempo passa il suo tempo libero in quella casa." Terang Afzan dengan lebih terperinci. Mendengarkan penjelasan itu, Noah menjongket kedua-dua keningnya. Fikirannya mula merangka pelbagai spekulasi.

"Aku tak rasa yang dia kat rumah tu tak buat apa-apa. Deve essere qualcosa che sta succedendo in quella casa." Afzan menganggukan kepalanya tanda bersetuju dengan andaian sahabatnya itu. Mereka membisu untuk beberapa minit sehingga Noah mula memecahkan kesunyian yang menyelembungi mereka.

"Aku nak kau cari lebih dalam lasal benda ni and make sure kau intip dia kemana je di pergi. Kalau boleh kau letak CCTV kat dalam rumah dia." Selesai berkata demikian, Noah mula bangkit dari sofa menuju ke pintu. Sebelum keluar sempat dia memberi amaran keras terhadap Afzan.

"Jangan sampai benda ni sampai ke pengetahuan Dia. Kalau tak nyawa kau jadi galang gantinya."lantas tubuh kekar itu hilang disebalik pintu kayu tersebut meninggalkan Afzan yang terkebil-kebil duduk disoga mewah itu.

Afzan meneguk kasar air liurnya. Nampaknya kerjanya kali ini tampak lebih serius. Sedingin-dingin dia pun masih tak dapat menandingi sifat dingat Noah. Sekali dia cakap Noah betul-betul maksudkan kata-katanya itu.

• • • ❈ • • •

la maggior parte del tempo passa il suo tempo libero in quella casa- most of the time he spend his free time in that house.

deve essere qualcosa che sta succedendo in quella casa- it must be something is happening inside that house.

• • • ❈ • • •

Thanks for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now