Hai, Sorry sebab dh lama menyepi. Saya busy dengan exam dan beberapa masalah peribadi. Terima kasih kepada yg setia menunggu dan terima kasih kepada yg sudi baca & vote. Saya hargai sangat2. Saya tahu cerita ni tak la menarik sangat tapi harap korg enjoy!
_____________________________
AURA sudah tidak senang duduk apabila suaminya yang berada di depannya itu sedari tadi asyik merenung dirinya.
Naik membahang wajahnya akibat malu. Dia melilaukan matanya ke sekitar private jet itu. Mengelak dari bertentang mata dengan Noah
"Lawa sangat ke private jet ni sampai aku yang depan mata ni pun kau tak nak tengok?" Teguran itu menyentakan Aura yang lalai melihat dekorasi private jet itu.
Perhatiannya diberikan sepenuhnya buat si suami. "Takde lah saya saja je nak tengok-tengok." Ujarnya bersama senyuman manis.
Noah yang duduk menyandar di depan isterinya itu lantas bangkit menuju ke sebelah isterinya. Punggung dilabuhkan dan tangannya naik mamaut bahu si isteri.
Kejung seketika Aura dengan tindakan luar jangkaan suaminya itu. Ingatkan dia pergi sini nak duduk je tahu-tahu siap pakej peluk dia sekali. Ambil kesempatan dalam kesempitan betul!
Suasana diam seketika diantara mereka sebelum suara lembut Aura memecah kesunyian tersebut.
"Saya bangga dengan awak." Noah berkerut pelik mendengar kata-kata isterinya itu. Wajah isterinya yang berada di dadanya itu diperhati seketika.
"Bangga kenapa? Sebab aku hansem? Alah dah lapuk la alasan kau tu sayang. Semua orang dh tau." Sempat lagi Noah angkat bakul. Tangannya mengusap bahu Aura.
"Ei awak ni saya belum habis cakap lagi tau." Aura menampar lembut dada tegap suaminya. Noah tertawa kecil melihat wajah masam isterinya itu. Comelnya rasa nak gomol!
Isteri siapa lah ni...
"Habis tu kau bangga kenapa hm?" Soal Noah mencium seketika ubun-ubun isterinya. Aura tersenyum suka. Suka dia dibuat begitu. Rasa macam disayangi! Kau ada?
"Saya bangga lah sebab awak mampu berjaya dalam umur yang masih muda." Puji Aura. Tangannya menguis-guis dada Noah.
Noah memejamkan matanya seketika. Mencabar iman betul lah isterinya ni! Nanti kau kat sicily.
"Baby can you please don't tease me?" Sekali lagi ubun-ubun gadis itu dikucup. Pujian isterinya itu tidak dibalas.
Aura mendongakkan wajahnya memandang Noah. Tease? Bila masa dia goda lelaki tu? Noah mendekatkan lagi wajah mereka sehingga hidung mereka berlaga.
"Takut nanti tak sampai Sicily lagi kau dah pregnantkan anak aku." Ujarnya lalu mengucup sekilas bibir isterinya.
Muka Aura sudah membahang malu. Pantas dia menolak dada bidang suaminya bagi mencipta jarak di antara mereka.
"Ei awak ni tak senonoh lah ish!" Aura sudah berpeluk tubuh dengan wajah cemberutnya itu. Noah pula sudah tertawa kecil melihat tingkah isterinya itu.
"Aku gurau jelah, come you better sleep our journey is still long." Noah kembali menyandarkan kepala isterinya di dada bidangnya sambil tangannya yang sebelah lagi menepuk-nepuk bahu si isteri. Gayanya seperti mendodoi anak tidur sahaja.
Beberapa minit kemudian terdengar dengkuran halus dari bibir mungil Aura. Noah menunduk menatap wajah putih bersih isterinya itu. Haih tidur pun cantik!
Ubun-ubun isterinya dikucup seketika.
"dormi bene il mio mondo."
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...