SINARAN mentari memancar tepat kelopak mata Aura. Dia berkerut kening akibat kesilauan. Dia berpusing ke kanan bagi mengelakkan sinaran matahari.
Pusing sahaja ke kanan dia dikejutkan dengan tubuh sasa suaminya. Sudah lah tak pakai baju. Mahu luruh jantung dia. Seketika darah mengalir laju ke pipinya.
"Blushing teruk baby, hansem sangat ke body aku ni?" Soal Noah bersahaja. Terperanjat teruk Aura jadinya.
Secara drastik, Aura mengundurkan badannya dari badan Noah hingga dia hampir saja terjatuh namun sempat ditangkap oleh Noah.
"Sayang!" Teriak Noah akibat terperanjat. Aura juga turut terperanjat. Readers jugak terperanjat begitu juga author.
"I'm sorry for screaming." Pujuk Noah. Dia menggosok-gosok belakang isterinya. "Please be careful next time, i don't want anything bad happen to you and our baby." Tuturnya lembut.
"Okay, sorry buat macam tu." Aura mencium sekilas pipi suaminya. Blushing Noah jadinya. Namun cepat-cepat dia menukarkan kepada wajah bekunya kembali.
"Ekhem it's okay, next time jangan buat lagi." Dia kemudian bangun dari duduknya menuju ke pintu dan mengambil tuala. "Aku mandi dulu, lepas aku mandi sayang mandi okay?" Soalnya. Baju kembali dipasang sambil mata tidak lari dari memandang isterinya.
"Okay."
Keluar sahaja Noah dari bilik, Aura mengelamun sendiri. Dia sebenarnya gelisah akan kehadiran Maksu Dayah dan anaknya Syila. Dia dengan keluarga itu memang dari dulu lagi sudah tidak sebulu. Semuanya kerana Maksu Dayah yang sentiasa iri hati dengan keluarganya.
Dia takut sekiranya dua beranak itu merancang sesuatu diluar jangkaan. Dengan kehadirannya sekaran ini bersama suami tambahan pula dia tengah mengandung. Emosinya susah sedikit mahu dikawal.
"Baby!" Sentuhan dibahunya mengejutkannya. "Sekejapnya, mandi kerbau ke apa?" Soal Aura terperanjat. Dia mengambil tuala ditangan suaminya. Noah sudah lengkap berpakaian.
"Sekejap apanya. Ada jugak nak masuk 30 min aku kat tandas tu, aku mandi bunga kot. Tak caya? Cuba bau." Noah mendekatkan dirinya terhadap Aura.
Aura menghampiri wajahnya ke dada bidang suaminya. Semakin hampir dan...
CUP!
Ciuman pantas dilakukan Noah pada bibir isterinya. Ha sudah dah tak suci bibir Aura. Aura blushing teruk. Dia kejung beberapa saat lalu berlari ke pintu namun ditegur suaminya.
"Wait honey jangan keluar dulu." Noah bergerak perlahan menghampiri isterinya. Tangan Aura dipaut kemas sebelum mereka sama-sama keluar dari bilik.
"Saya boleh jalan sendiri lah." Kata Aura. Noah memalingkan kepalanya ke arah Aura sebelum mencium kepala isterinya. "Still, i don't want you to walk alone. What if kau jatuh? Siapa nak sambut? Hantu? Nanti dia tersuka kau, naya je aku." Apa kejadahnya lah bawa-bawa hantu. Hantu pun tak terpikat aku ni.
Aura menggeleng kepala perlahan. Mana-mana lah asalkan suami dia bahagia. Sebelum menuju ke tandas mereka melintasi ruang tamu. Mereka sempat mengerling ruang tamu untuk melihat siapa saja yang ada pagi itu.
Cuma ada dua ekor kembar tu je. Yang lain tak tau pergi mana. Si Syila dengan maknya pun entah kemana. Mungkin pergi ke pasar. Puan Mariah dengan Encik Amir pun takde nampak batamg hidung.
Aura toleh pandang suaminya. Mereka bertentang mata buat seketika. Suka buat Noah untuk meneka apa yang berada di minda isterinya saat ini.
"Hmm?"
"Pergi lah dengan budak dua ekor tu, nak berkepit dengan saya kenapa? Kan saya nak pergi mandi ni." Ujar Aura. Namun Noah berkeras berdiri statik di sebelah isterinya. Macam bodyguard pun ada jugak.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomansaKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...