Bab 16

306 19 1
                                    

"TUAN ni dia fail yang tuan mintak tu." Fail hitam itu diberikan oleh PA Noah yang bernama Miya.

Noah menyambut fail tersebut lalu menyemaknya. Selesai menyemak dia menutup kembali fail itu lalu pandangan dingin diberikan terhadap PAnya membuatkan Miya sedikit kecut perut.

'Mak aih tajamnya tatapan.' Gumamnya di dalam hati.

"Bagus, aku suka kerja kau macam biasa teliti dan teratur. Tak sia-sia aku ambik kau jadi PA aku." Ujar Noah berbangga dengan hasil kerja PAnya.

Miya tersenyum kecil menerima pujian daripada bossnya itu. Bukan senang nak dapat pujian dari Noah. Kena ada sedikit usaha untuk membuatkan lelaki itu kagum. Sebab itu syarikat NA's Holdings ini terkenal diseluruh negara kerana memiliki pekerja yang berwibawa dan cekap. Belum ditambah lagi dengan boss besar mereka yang tampan dan tegas serta teliti dalam apa jua pekerjaan.

"Terima kasih banyak tuan." Ucapnya ikhlas.

"You may go now." Arah Noah kembali memandang laptop di depannya bersama raut wajah yang dingin tanpa senyuman.

"Baiklah tuan, saya mintak diri dulu. Tuan pun jangan balik lewat sangat." Pesan Miya sebelum berlalu keluar daripada bilik kerja Noah.

Noah yang mendengarkan pesanan daripada PAnya itu lantas sahaja memandang jam berjenama rolex dipergelangan tangan kirinya.

Jam sudah menunjukan pukul 11:43 minit tengah malam. Segera dia menyimpan hasil kerjanya lalu berkemas ingin segera pulang. Pasti Aura sekarang tengah tunggu dia.

'Eh tadi pagi bukan main tak nak tegur, malam ni apa cerita?' Bisik suara hatinya. Noah mengelengkan kepalanya menghalau bisikan itu keluar daripada kotak fikirannya.

Tiba dilobi pekerja yang mengerjakan syif malam menunduk hormat dan ada juga segelintir yang mengucapkan selamat malam kepadanya.

Noah hanya membalasnya dengan anggukan sahaja. Dia kemudian melangkah menghampiri kereta mewahnya yang sudah berada diluar lobi itu.

"Tuan." Sapa security guard yang bertugas pada malam itu.

"Hmm..." balas Noah seraya masuk ke dalam kereta miliknya.

Kereta mewah itu mula bergerak laju meninggalkan syarikat gah NA's Holdings yang terkenal diseluruh pelusuk dunia itu.

• • • ❈ • • •

PINTU utama banglo tiga tingkat itu dibuka perlahan-lahan lalu tubuhnya membolosi memasuki rumah agam itu.

Dengan langkah yang perlahan Noah memerhati segenap ruang tamu sambil mendaki anak tangga menuju ke kamar beradunya bersama sang isteri.

Tiba di depan pintu bilik dia kemudian membuka pintu lalu masuk ke dalam. Terlihat figura Aura sedang berbaring di atas katil dengan tubuh yang membelakanginya.

Langkahnya diatur menghampiri katil bersaiz king itu. Tiba disebelah Aura Noah mula mencangkung sambil mata tidak berkalih walau sedikit pun dari menatap wajah bersih isterinya.

Dia menyelitkan rambut Aura yang terjuntai di belakang telinga Aura. Kemudian dia mengelus lembut pipi milik isterinya.

Seketika nasihat Afzan petang tadi berlegar-legar dikotak fikirannya. Noah menunduk sambil mengeluh berat. Dia tahu dia salah sebab tak berterus terang dengan Aura dan mengabaikannya tapi dia sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk menceritakan kisah silamnya yang penuh tragis itu.

Dan dia perlukan Aura untuk kuatkan dia dalam melawan penyakit traumanya. Dia tak kuat kalau tiada Aura disisi dan dia tak akan sekali-kali pun melepaskan isterinya.

Kepala kembali diangkat memandang Aura yang nyenyak tidur itu bersama senyuman tipis.

"I'm sorry for disregard you this morning amore." Usai berkata dia melabuhkan kucupan hangat pada dahi Aura untuk beberapa minit.

"kau akan cari tahu pasal aku jugak suatu hari nanti...baby dhia." Tubuh didirikan semula lalu dia mula mengambil langkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Mendengarkan pintu bilik air tertutup rapat segera Aura mencelikan kedua kelopak matanya. Tubuhnya dibaringkan secara melintang.

Siling bilik ditatap dengan penuh persoalan dikotak fikirannya. 'Kenapa Noah cakap macam tu? Apa yang aku nak cari tahu? Rahsia apa yang dia cuba sembunyikan?' Pelbagai soalan muncul diruang mindanya namun tidak mampu terluah.

Baby dhia...

Hanya seorang sahaja yang memanggilnya begini...

"Siapa awak Tengku Noah Arjuna?" Akhirnya terluah soalan yang dia sendiri tidak mampu untuk jawapannya.

• • • ❈ • • •

Thanks for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now