Bab 24

208 14 1
                                    

*F L A S H B A C K

SATU sosok tubuh tegap berdiri berhampiran pagar sekolah. Sepertinya sedang menunggu kedatangan seseorang.

Seketika dia tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. "Kau buat apa tak balik lagi?" Soal Afzan sambil menyingsing lengan baju sekolahnya.

Ashraf menunduk memandang jalan tar. Wajah diraup seketika. Dia kemudian mengangkat semula mukanya memandang Afzan yang masih menanti jawapannya itu.

"Kau ni dah biul ke lepas test math tadi?" Noah tertawa kecil mendengar soalan Ashraf itu. Entah kenapa dia merasa lawak pulak soalan itu.

"Apa kena mengena soalan aku dengan test math tadi?" Sungguh wajah Afzan ketika itu seperti mahu disepak sahaja. Terlalu polos. Noah terus sahaja menghamburkan tawanya. Dah kenapa Afzan bengap semacam ni?

"Haish kau ni! Aku tengah tunggu Ashfa la bangang. Kau ingat aku saja-saja nak bertenggek tepi pagar ni?" Ashraf menggapai beg sekolahnya apabila dia melihat Ashfa sedang menghampiri mereka.

"Hai abang zan, hai abang Juna!" Sapa Ashfa ceria. "Hai baby abang." Afzan membalas sapaan Ashfa. Senyuman manis dihadiahkan buat gadis kecil yang berusia 15 tahun itu. Noah pula hanya menganggukan kepalanya sebagai balasan.

Ashfa tersipu malu dengan senyuman Afzan itu. Jarang-jarang jejaka itu memperlihatkan senyumannya. Ashraf yang melihat itu sudah membuat wajah jijik. Tangannya menggapai lengan adiknya. Ingin segera pulang.

"Eh tak payah nak malu sangat lah. Kau macam tak kenal si Afzan ni. Dah jom nanti umi marah kita balik lewat." Mereka mula pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

"Hujung minggu ni jangan lupa lepak rumah aku, bawak Ashfa sekali. Mom kata dia rindu." Ashraf hanya melambaikan tangannya tanda menerima peringatan Noah.

"So sekarang kita nak buat apa?" Soal Noah. Matanya masih terarah memandang Ashraf bersama adiknya pulang dengan berjalan kaki. "Kita menggay jom." Ajak Afzan sebelum melarikan diri daripada Noah.

"Bangang punya mamber." Kutuk Noah lalu menuju motor Ducati miliknya. Enjen motor dihidupkan kemudian Afzan dan Noah bergerak pulang ke rumah masing-masing.

***

SELESAI makan malam Noah bergerak naik menuju ke biliknya. Sesampainya di dalam bilik dia terus merebahkan tubuhnya di atas katil.

Iphone X miliknya dibuka lalu aplikasi whatsapp ditekan. Tertera chat daripada group mereka yang diberi nama The Hansem Ashraf ⛓ di atas sekali. Kelihatan Afzan sedang menaip.

Today

Afzan bengap abadi
Assalamu'alaikum sahabat ❤❤
[9:18 pm]

You
Wa'alaikumsalam warahmatullah

[9:18 pm]

Afzan bengap abadi
Eh cepatnya kau balas [9:18 pm]
Kau ni mesti seorang fast reply yg tersakiti kan? [9:19 pm]

You
Apa kau merepek ni setan
[9:19 pm]
Sejak bila kau jadi si Ashraf ni? Selalu dingin bukan main, sampai budak perempuan kat sekolah pun kau tak nak tegur.
[9:19 pm]

Afzan bengap abadi
Alah untuk malam je. Esok aku dingin lah balik [9:19 pm]
Eh cakap pasal Ashraf budak tu mana?
[9:19 pm]
Jap aku tag [9:19 pm]
@Ashraf badut tersakiti [9:19 pm]
@Ashraf badut tersakiti [9:19 pm]
@Ashraf badut tersakiti [9:19 pm]

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now