ASHRAF memberhentikan kereta audi miliknya di tepi jalan. Fikirannya mula menerawang mengimbas kembali kejadian di hospital tadi.
"ARGHH!!!" Jeritnya lantang lalu dengan perlahan setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipinya. Bukan niatnya mahu mengguris hati Daniel tapi dia sudah tidak sanggup melihat sahabatnya dilayan macam kucing kurap oleh ayahnya sendiri. Dibelasah teruk, dimaki, diseksa. Sungguh perkara itu menyakitkan hatinya.
Ashraf meraup wajahnya berkali-kali sambil menarik nafas dalam. Cuba menenagkan hatinya yang gunda-gulana. Handbreak diturunkan lalu pedal minyak ditekan. Satu sahaja tujuannya sekarang ini.
• • • ❈ • • •
RUMAH agam yang cantik terletak di kawasan perumahan elit itu Ashraf masuki sebelum dia memarkingkan keretanya ditempat yang telah tersedia.
Tubuh sasanya dibawa keluar lalu dengan langkah yang penuh gaya dia memasuki rumah agam tiga tingkat itu. Masuk sahaja ke dalam rumah matanya meliar memerhati segenap ruang tamu. Mencari kelibat seseorang.
Seketika dia menegur pembantu rumah yang kebetulan membersihkan ruang tamu. "Maid, where's my mom?" Soalnya. Pembantu itu sedikit tersentak sebelum menjawap pertanyaan tuan mudanya itu.
"Puan Aisyah ada dekat belakang rumah tuan." Tuturnya. Ashraf mengangguk lalu mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkan pembantu rumah tersebut. Dia kemudian menuju ke belakang rumah seperti yang diberitahu oleh pembantu tadi.
Terlihat sosok tubuh wanita separuh abad sedang duduk di gazebo dengan seorang gadis jelita. Mereka nampaknya sedang seronok bertukar-tukar cerita. perlahan langkahnya mendekati kedua wanita kesayangannya itu.
"Assalamu'alaikum mom." Sapanya lalu menyalam tangan tua Puan Aisyah. "Eh anak mom ni bila balik?" Soal Puan Aisyah. "Baru je mom."Balasnya. Dia kemudian membaringkan tubuhnya disebelah Puan Aisyah. Kepalanya diletakkan elok pada peha Puan Aisyah lalu dia mengiringkan tubuhnya menghadap perut ibunya. Tangannya elok memeluk pinggang Puan Aisyah. Diabaikan sahaja tatapan tajam disebelah ibunya itu.
Puan Aisyah tertawa geli hati melihat perangai Ashraf yang tidak ubah seperti anak kecil yang sedang merajuk. Dia mengusap kepala Ashraf beberapa kali. Ashfa memandang tajam abangnya yang elok berbaring sambil memeluk ibunya itu.
"Eh abang ni tak malu lah datang terus peluk-peluk mom. Dah la busuk!" Kutuknya selamba. "Kau diam lah. Aku tahu kau jeles sebenarnya sebab mom lebih berikan perhatian dia kat aku. Bukan macam kau, anak pungut." Balas Ashraf sedas.
Ashfa membulatkan matanya mendengar bicara abangnya itu. Dia kemudian menampar bahu Ashraf sekuat hatinya sehingga menghasilkan bunyi yang agak kuat. "Aduh sakit la syaitan!" Jerit Ashraf sebelum dia bangun dari baringnya.
"Raf apa cakap macam tu dekat adik? kesian adik." Tutur Puan Aisyah lembut. "Takdenya nak kesian-kesian mom budak ni memang nak kena." Ujarnya memandang tajam wajah Ashfa yang menayangkan muka toya itu. Semakin meningkat kemarahan di dalam dirinya namun dia sabarkan saja.
Ashraf menuang air teh yang terhidang di gelas milik Ashfa lalu diminumnya bersama senyuman sinis. Membutang mata Ashfa melihat tingkah selamba abangnya itu. "Hey tu cawan Ash la!!!" Jeritnya. Ashraf meletakkan semula cawan tersebut lalu wajah selamba ditayangkan pada adiknya.
"kau tengok muka aku ni-" Jarinya ditunding pada mukanya. "-ada aku kesah?" Sambungnya. Ashfa mendegus geram. Pandangannya dijatuhkan pada Puan Aisyah yang sedari tadi tersenyum melihat telatah mereka itu.
"Mom tengok abang ni." Adunya lalu memeluk lengan kanan Puan Aisyah. Puan Aisyah tertawa kemudian mengusap tepi kepala Ashfa yang elok terlentok pada bahunya itu.
"Raf jangan la cari pasal dengan adik. Nanti bila adik takde pandai pulak nak rindu. Masa sekarang ni la korang luangkan masa sama-sama. Nanti Ashfa balik Landon karang kamu jugak yang rindu." Tutur Puan Aisyah.
Ya, Ashfa masih melanjutkan masternya dalam bidang perguruan. Umurnya sama sahaja dengan Aura dua-dua berumur 23 tahun. Masih muda lagi.
"Yela mom. Nanti lah Raf bawak budak ni keluar." Ujar Ashraf pasrah. Ashfa mengangkat kepalanya memandang abangnya. Sebut saja pasal keluar laju aja dia.
"Abang datang sorang je ke? Abang Juna mana?" Soalnya. Matanya meliar mencari kelibat abangnya yang satu lagi itu.
"Sorang lah. Tak nampak ke? Kenapa kalau Noah datang sekali pun? Nak cari gaduh?" Soalnya dengan wajah selamba. Ashfa mendegus geram dengan kata-kata abangnya itu.
'Orang tanya elok-elok dia jawap main-main. Aku bunuh sat gi kang.' Gumamnya di dalam hati.
"Ha mengata aku lah tu. Macam aku tak tahu." Ashraf menjeling Ashfa sekilas bersama senyuman sinis.
"Mana ada! Suka-suki je tuduh orang. Ash cari Abang Juna sebab nak jumpa kak Aura. At least ada jugak teman nak gosip. Bukannya macam abang buat sakit hati je." Ujarnya.
"Eh dengan Kak Aura je? Mom kan ada. Tak sayang mom ke?" Soal Puan Aisyah pura-pura berjauh hati. Terus gelabah Ashfa dibuatnya.
"Eh-eh apa mom ni. Kesitu pulak dia. Bukan tu maksud Ash. Ash nak tambah la geng kita ni. Asyik kita dua aje. Ajak la kak Aura sekali." Terangnya dengan wajah yang penuh rasa serba salah.
Puan Aisyah tertawa kecil melihat wajah cuak anak kesayangannya itu. "Mom tau. Saja je nak kenakan kamu." Ujar Puan Aisyah. Ashfa terus memuncung mendengarkan itu.
"Ish mom ni. Mati-mati Ash ingat mom merajuk tau!" Ujarnya. Mereka mengabaikan Ashraf yang sedari tadi menjadi pemerhati itu.
"Kau tak payah nak muncung sangat lah. Buruk tahu tak lagi pun kau dah hilang ingatan ke buat-buat lupa? Kan Noah dah cakap yang dia honeymoon kat Sicily dengan bini dia. Takde kerja aku nak membawang dengan kau. Tambah dosa je nanti." Kata Ashraf. Dia simpan senyum melihat wajah adiknya yang berubah merah padam itu. Hilang seketika rasa gundah yang melanda hatinya tadi.
"Oi nak hina orang buat dosa. Orang bukannya mengumpat pasal dia pun perasan je lebih. Patutla sampai sekarang takde orang nak, perasan tahap ayah pin rupanya." Bebelnya tanpa mengendahkan tatapan tajam Ashraf itu.
"Apa kau cakap? Ulang balik." Pinta Ashraf dengan suara yang tertahan-tahan. Ashfa kemudian bangkit dari labuhnya namun ditahan oleh Puan Aisyah. "Eh Ash nak kemana?" Soal Puan Aisyah. Mata birunya menatap hairan wajah gelabah Ashfa.
"Oh Ash nak pergi toilet kejap mom. Bye!" Dia kemudian memecut lari meninggalkan Ashraf dan Puan Aisyah di gazebo.
"Oi sini kau. Memang nak kena ni!!" Jerit Ashraf kemudian mengejar langkah Ashfa. Puan Aisyah tertawa geli hati melihat gelagat anak-anaknya itu. Berkejaran Ashfa dan Ashraf di kawasan belakang rumah tersebut.
Seketika dia teringatkan kisah Ashraf ketika dia mula-mula mengambil Ashraf dan Ashfa menjadi anak angkat.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...