ADZAN isyak telah pun berkumandang, semua muslimin dan muslimat yang mencukupi syarat-syarat sembahyang menunaikan solat isyak. Selesai menunaikan solat isyak Aura menemani Grandma Aisyah untuk menyediakan makan malam. Puan Maria dan Encik Amir pula sedang membaca al-Quran di bilik solat. Memang itulah rutin harian mereka.
Aura yang sedang menyusun pinggan dan cawan itu ditegur oleh Grandma Aisyah. "Dhia, lepas kamu susun pinggan dan mangkuk tu pergi panggil yang lain turun makan."
"Okay Grandma."
Dia kemudian manaiki tangga kecil di dapur itu lalu menuju ke ruang tamu di mana semua orang berada.
Sesampainya dia di ruang tamu dia dikejutkan dengan kedatangan tidak diundang daripada Maksu Dayah bersama anaknya Syila. Maksu yang juga melihat kelibat Aura itu melemparkan senyuman sinis.
Melihat sahaja kelibat dua orang itu terus mukanya di masamkan. "Semua, Grandma panggil makan." Terus dia patah balik ke dapur. Tak kuasa dia nak berlama-lama kat situ.
Noah yang perasan itu lantas mengejar langkah isterinya ke dapur. Sempat doa melirik seketika ke arah maksu dan Syila. Yang lain juga turut sama. Sesampainya di dapur kelihatan Aura dengan Grandma sedang sibuk menyediakan lauk-pauk.
Masing-masing mengambil tempat duduk dan kaut lauk sebab nasi memang sudah disediakan oleh Aura. "Aik, apa hajat kau datang ke sini ni Dayah? Jarang-jarang kau nak datang rumah mak, dapat hidayah ke?" Soal Grandma Aisyah sarkastik.
"Apa mama ni, Dayah nak melawat mama dengan Kak Mar pun salah ke? Nak mengeratkan silaturrahim." Balas Maksu Dayah. Dia menjeling sekilas Grandma Aisyah.
"Hm... yelah, ha jemput makan. Buat macam rumah sendiri. Kamu tidur sini jugak ke?" Soal Grandma Aisyah. Dia mengambil tempat duduk di kerusi tengah-tengah diantara kanan dan kiri.
"Ye mak, tak lama seminggu je." Balas Maksud Dayah malas. Dia juga mengambil tempat bersebelahan anaknya. Tepat di depan Aura.
"Awak nak lauk yang mana?" Soal Aura terhadap suaminya. Noah melihat wajah cantik Aura tanpa membalas pertanyaannya.
"What?" Soal Aura musykil.
"Makan kau dapat?"
Tersembur keluar makanan yang di makan Affiz manakala Affiq pula tersedak air.
"Uhuk-uhuk!! Woi kalau nak sweet-sweet pun masuk bilik!" Jerit Affiq.
Manakala yang lain hanya tertawa tapi bukan Maksu Dayah. Dia menjeling tajam Aura lalu dia
menggamit bahu anaknya.Syila terpinga-pinga seketika dia melihat isyarat mata emaknya yang menunjukkan ke arah Aura dan suaminya. Faham maksud isyarat tersebut dia lantas bangun dari labuhnya dan mengambil pinggan yang berada di tangan Aura.
Dengan wajah tak malunya dia bertanya kepada Noah. "Abang nak makan apa biar Syila yang kautkan." Suaranya sengaja di manja kan agar Noah tergoda.
Terkejut Aura dengan tingkah laku sepupunya itu. 'Ewah ewah budak Syila ni, ada hati nak kautkan lauk untuk laki aku! Cari laki sendiri lah ni laki orang pun dia nak!' Bisik hatinya.
Tidak mahu kalah, Aura kembali mengambil pinggan di tangan Syila begitu juga dengan Syila.
"Eh kau lepas boleh tak? Ni pinggan laki aku, yang kau sibuk sangat nak pergi kaut untuk dia pehal?" Aura menahan rasa. Kalau boleh tengking perempuan depan ni dah lama dia tengking.
"Eh suka hati aku lah! Aku yang nak, kenapa? Ada masalah?" Sinis soalan Syila. Affiq dan Affiz sudah berpandangan sesama sendiri.
Manakala Puan Maria dengan Encik Amir menggeleng kepala. "Aura, Syila sudah lah tu malu lah orang tengok." Tegur Puan Maria.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...