"SAYANG kau kenapa tak tukar baju lagi ni?" Noah yang sedang membetulkan kolar lehernya di depan cermin itu memandang Aura yang masih lena di atas kali. Aura menggumam kecil sebelum kembali terlena.
Tangannya bergerak pula mencapai minyak harum kegemarannya iaitu Bleu De Chanel. Minyak harum itu disembur ke sekitar lehernya. Matanya sedari tadi tidak lepas memerhati susuk tubuh isterinya.
Selesai bersiap Noah bergerak menuju ke katil. Punggung dilabuhkan bersebelahan isterinya.
"Baby cepat siaplah kata tadi nak makan." Kejutnya lagi sekali. Aura masih sama berselubung di dalam selimut.
"Aura Mardhia i said get out from the bed now." Kali ini suara Noah agak sedikit tegas. Asal bini aku degil sangat ni?
Selama seminggu kat sini takde pun degil semacam. Dah kenapa hari ni liat sangat nak dengar cakap ni sayang? Ya mereka berbulan madu selama satu minggu. Entah kenapa lama sangat. Author tu yang pilih.
Aura bangun dari baringnya dengan wajah tercebik-cebik. Noah yang melihat wajah comel itu ingin saja tersenyum geli hati. Namun dia mengawal riaksi wajahnya. Riak dingin dikekalkan.
Tiba-tiba jatuh satu persatu air mata Aura membasahi pipi mulusnya sebelum kedengaran esakkan kecil terhasil.
Noah terkejut lantas tubuh kecil itu dibawa ke dakapan hangatnya. Sudah menangis pulak!
Dia mengusap bahu gadis itu bagi menenagkannya."Shushh... kau kenapa ni baby? Asal nagis tiba-tiba ni? Aku ada buat salah ke?" Soalnya bertubi-tubi. Riak risau jelas terpancar diwajahnya.
Aura menggeleng sebagai jawapan dan itu membuatkan Noah berkerut.
"Habis tu kau kenapa menangis?"
"Isk isk... awak marah...saya... saya lapar." Ujar gadis itu tersedu sedan. Ya Allah sayang kenapa comel ni?! Jerit batin Noah.
Tubuh kecil itu segera dipeluk lalu pipi tembam isterinya digomol. Geram! Asal comel sangat?! Dia juga perasan selama seminggu mereka di sini gadis itu tak henti-henti mintak makan. Tengok dah masuk syaitan dah.
Eh bukan!
Mahu mengamuk gadis tu bila dia cakap macam tu. Maksud Noah pipi gadis itu semakin tembam.
"Baby lapar kan?" Aura mengangguk.
"Dah pergi mandi, lepas tu siap. Aku tunggu. Go." Arahnya menolak lembut tubuh kecil itu turun dari katil.
Melihat tubuh isterinya yang sudah masuk ke kamar mandi itu. Noah lantas menyandarkan badannya ke kepala katil. Telefon dikeluarkan lalu dia mula leka dengan gadjet tersebut.
_________________________________
DERUAN angin petang itu membuatkan suasana di pantai itu terasa nyaman. Dua pasangan itu santai duduk disebuah bangku yang disediakan.
Masing-masing melayan perasaan sambil melihat matahari tenggelam. Selesai makan tadi mereka ada berjalan-jalan sekejap setelah itu Aura meminta pula ingin ke pantai. Katanya penat berjalan dan ingin melihat matahari tenggelam.
Noah pun layankan sajalah. Sayang binilah katakan. Kau ada? Takde? Hmm stay strong...
Mana main lemah-lemah ni. Ceh cakap je lebih."Awak saya nak pergi tandas jap." Pamit Aura lantas bangun dari labuhnya. Belum sempat dia hendak berjalan tangannya sudah digenggam seseorang.
"Nak ikut."
"Eh tak payah lah. Saya boleh pergi sendiri. Awak tolong jagakan beg saya eh, dalam tu ada cinta saya. Bahaya nanti kalau terkeluar." Sejerus itu Aura lantas pergi meninggalkan Noah di bangku kosong itu. Tak tahan sangat!
Noah pula sudah terkebil-kebil ditinggalkan sendirian. Dia kemudian kembali melemparkan pandangannya memandang lautan pantai itu.
Tiba-tiba terasa bangku di sebelahnya memberat. Keningnya berkerut sedikit. Anak gajah mana pulak duduk sebelah aku ni?
Kepala ditoleh kesisi. Kelihatan Farah sedang duduk sambil melemparkan senyuman yang tak berapa manis kepadanya.
Owh Farah... anak Dolfin, ingat anak gajah tadi.
"You sorang je ke?" Soalnya terlebih pintar.
"Tak bertiga."
"Eh? Siapa lagi dua?"
"Malaikat." Sedas balasan Noah. Dia menjeling sekilas wajah itu. Riak meluat jelas terlihat dimukanya.
Perempuan ni buta ke? Dia tak nampak ke beg bini aku kau sebelah ni?
Farah agak sedikit tersentap namun cepat dia mengawal riaksinya. Dia kemudian mengensot macam suster ngensot mendekati Noah. Tangannya bergerak memegang lengan kekar lelaki itu.
Lantas Noah menepis kasar tangan gadis itu. Apa ni tak nak tak nak!
"Don't touch me dog." Noah segera bangun dari labuhnya sambil memegang kemas beg sandang milik Aura. Pandangan dingin dilemparkan ke arah gadis itu.
Farah turut berdiri ingin mendekati Noah namun ditegah keras oleh lelaki itu. "Aku dah cakap benda haram jangan dekat-dekat. Kau ni terdesak sangat nak masuk neraka ke apa."
Noah memandang gadis itu atas bawah. Baju dah lah tak cukup kain! Ada hati nak dekat-dekat aku. Ni kalau bandingkan dengan anak dolfin pun tak jauh beza ni cuma warna kulit je beza.
Patutnya dia ni masuk zoo sana. Bukan merayau tak tentu hala. Dasar binatan terlepas! Kutuknya di dalam hati.
Pantas Noah berpusing membelakangi gadis itu. Farah terkebil-kebil dengan wajah yang menahan malu. Noah dari dulu sampai sekarang tiada beza. Ada saja ayat pedas yang keluar dari mulutnya itu.
Matanya sempat melirik ke arah Aura yang berjalan mendekati mereka itu. Kalau tak silap gadis itu ialah isteri Noah kan? Wajah sudah tersenyum sinis.
Kali ini dia bakal pastikan Noah menjadi miliknya. Sebelum sempat Noah bergerak cepat sahaja dia memeluk badan sasa itu. Riak terkejut Noah diabaikan. Pandangan sinis juga diberika buat Aura yang menyaksikan kejadian tersebut.
Aura sudah bergenang air mata. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Tadi dia sempat menunduk sekejap mahu membetulkan tudungnya dibahagian dada. Angkat sahaja muka terlihat suaminya sedang berpelukkan dengan wanita lain.
Hancur lebur hatinya melihat kejadian itu. Apatah lagi melihat senyuman sinis gadis itu. Lantas kakinya dibawa pergi dari situ. Meninggalkan kedua pasangan itu.
Noah berpaling lalu menolak kuat tubuh Farah menjauh darinya. Pandangannya juga sudah bertukar tajam. Iris biru miliknya sedikit menggelap tanda kemarahannya bakal meletus bila bila masa saja.
Dia memberikan tamparan sulung ke wajah Farah hingga membuatkan gadis itu terduduk di atas pasir sebelum berlari meninggalkannya. Sempat dia menuturkan kata-kata yang tidak difahami gadis itu.
"Ti pentirai di quello che fai al mio mondo."
(You will regret what you do to my world.)Langkah terus dibawa megejar isterinya yang sudah jauh itu.
Aura berhenti diperhentian jalan. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. Kelihatan tiada kereta melintas. Terus sahaja langkahnya dibawa dengan cepat menyeberang jalan. Panggilan suaminya dibuat tidak tahu.
"Baby watch out!" Jeritan itu berjaya menarik perhatiannya. Terus kepala ditoleh kesisi. Kelihatan sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
Bam!
Tanpa sempat dia melarikan diri tubuhnya sudah dilanggar lari oleh kereta tersebut.
"Aura!"
Jeritan itu sayup-sayup kedengaran dipendengarannya sebelum semuanya dunianya bertukar gelap.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...