Bab 36

127 6 0
                                    

LUGAGGE terakhir dimasukan ke dalam bonet kereta Vellfire. Noah bergerak ke depan menghampiri isterinya yang sedang berborak bersama ibu mentuanya.

"Sayang, ma dah siap. Jom lah kita gerak." Tangannya elok berpaut pada pinggang sang isteri. Aura berpaling dan memberikannya senyuman manis sebelum kembali pandang ke arah Puan Maria.

Noah menyentuh dadanya. Oh Allah what's this feelings. Indahnya jatuh cinta.

"Hmm Noah jangan nak berfeeling-feeling bagai. Jom gerak." Puan Mariah tersenyum geli hati melihat gelagat menantunya itu.

Noah yang tersedar lantas melemparkan senyuman kekoknya. Mereka kemudian memasuki kereta velfire tersebut.

"Eleh bang taulah dah kawin hormat sikit orang-orang single dalam kereta ni." Affiq yang duduk berdua bersama kembarnya di seat paling berlakang berkata seraya memaut lengan kembarnya.

"Sayang jom kawin." Ujarnya ingin mencium pipi kanan Affiz. Si kembar menonjol kepala Affiq hingga terhantuk tingkap kereta.

"Ow!" Wajahnya dibuat-buat sedih. Air mata palsunya sudah mulai beraksi. Namun si kembar hanya mengendahkannya dan menyambung membaca novel.

"Kau tak payah berdrama sangat lah fiq oi." Ujar Afzan seraya itu dia mula memandu keluar dari perkarangan rumah setelah lafaz Bismillah dan doa dituturkan

Sekarang baru Noah tau darimana datangnya perangai dramatic isterinya itu. Affiq kemudian mengensot mendekati Affiz. Tangan si kembar dia gapai lalu letakkan pada dahinya. Affiz hanya menurut tanpa memandannya.

"Sakit..." Rintihnya bersama wajah keanak-anakan. "Kat mana." Affiz layankan saja kerena si kembar. Kalau tak layan, macam macam hal pulak nanti dia buat.

"Sini." Affiz masih tidak menghiraukan kembarnya. Dia mengusap dahi Affiq seakan-akan dia tahu di sanalah tempat sakitnya.

"Ish bukan kat situ lah! Sini!" Affiz memalingkan wajahnya memandang Affiq. Melihat Affiq yang menunjuk ke arah dadanya itu membuatkan dia menumbuk bahu si kembar tanpa amaran.

"Ouch sakit lah gila!" Marah Affiq terhadap abangnya.

"Afiqq... siapa ajar cakap macam tu dekat abang?" Suara Puan Maria menegur. Affiq yang tersedar lantas memberikan senyum tak bersalahnya.

"Sorrry ma, tak sengaja. Emosi tau emosi." Ujarnya. Aura menjeling adiknya itu. "Emosi kau! Aku yang mengandung ni pun takdelah sampai emosi macam tu." Tanpa sedar Noah mengerutkan keningnya. Lah dah macam kuih lapis dah dahi tu.

"Tak emosi tapi hari tu cakap sikit dah nagis." Ujarnya seakan-akan berbisik. Hanya dia sahaja yang mendengarnya.

Aura yang terlihat suaminya seperti berkata-kata itu lantas memalingkan wajahnya menghadap si suami. "Awak ada cakap apa apa ke?" Soalnya bersama wajah  terpaling innocent. Walhal dalam otak pelbagai pemikiran negative yang difikirkannya.

'Dia nak kawin baru ke? Ke dia sesedap adabi mengutuk aku?'. Noah cepat-cepat mengubah riaksinya wajahnya. "Takde apa." Sejurus dia menjatuhkan kepalanya pada bahu si isteri. Tangannya pula elok memeluk pinggang milik Aura.

Seperti terkena renjatan elektrik Aura kejung dengan tingkah luar jangkaan suaminya itu. Semua yang melihat itu hanya melemparkan senyuman. Faham sangat fill orang baru kawin kan.

Manakala Affiq yang melihat itu membuat wajah cemberut. Boleh sesiapa faham tak perasaan dia sekarang ni?! Dia single tahu tak single. Nak menghadap sweet couple halalan jannah ni lagi. Makin sendulah hidup dia.

"Abang ingat abang sorang je ada gegirl nak peluk? Kita pun adalah!" Ujarnya lalu sekali lagi dia memeluk lengan si kembar. Kepalanya elok terlentok pada bahu Affiz. Affiz pula hanya berdiam diri.

Takpe-takpe kita layankan je orang gila ni. Sampai masa nanti aku buang kau kat hutan bila sampai kampung nanti.

_________________________________

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now