ANGIN bayu yang menenangkan itu menampar lembut permukaan kulit halusnya. Terbit senyuman diwajahnya melihat pemandangan indah di hadapannya ini.
Ombak berpusu-pusu menampar permukaan pasir tersebut. Langkah kecil dibawa mendekati pinggiran pantai. Dibiar sahaja kakinya dibasahi dengan ombak kecil.
Merasa dirinya diperhati, badannya dipusing ke belakang dan menjatuhkan pandangan terhadap Noah yang santai duduk di atas pasir sambil berpeluk tubuh memerhatikannya dengan tajam.
Senyuman manis diberikan kepada lelaki itu tanda berterima kasih serta gembira pada masa yang sama kerana sudi membawanya ke pantai ini. Selepas sahaja lelaki itu mandi terus sahaja dia membawa Aura pergi ke pantai. Katanya saja meluangkan masa.
Tidak sedar diri yang diri itu sedang demam.Aura menggelengkan kepala lalu kaki pendeknya mula menghampiri Noah. Punggung dilabuhkan di sebelah lelaki itu. Tangan kecilnya melekap dileher serta dahi suaminya ingin merasa suhu badan suaminya. Alhamdulillah sudah tidak sepanas tadi mungkin efek dia memakan ubat tadi.
Noah hanya memerhatikan sahaja tindak isterinya tanpa niat ingin menghalang perbuatan itu. Pandangan masih setia menatap wajah jelita itu. Betapa cantiknya gadis di hadapannya ini sehingga dia merasa diawang-awangan setiap kali menatap wajah ini atau membayangkannya.
Pandangan itu sedikit-sebanyak membuatkan Aura berasa tidak selesa. "Awak kenapa pandang saya macam tu? Ada apa-apa ke kat muka saya?" Soalnya sambil membelek-belek mukanya.
"Ada." Jawap Noah ringkas ingin melihat isterinya. Aura lantas memalingkan wajahnya menghadap Noah. "Ada apa?" Soalnya lagi dengan kening yang sudah berkerut. Risau mukanya kotor atau ada benda dimukanya.
"Ada aku." Jawapannya sangat menghampakan Aura lalu dia menampar lembut lengan sasa suaminya melepaskan geram. "Ish! Orang tanya betul-betul dia jawap main-main pulak." Marahnya sambil membuang pandangan ke hadapan memandang lautan yang luas terbentang. Lebih menenagkan dari memandang suaminya. Buat sakit hati!
Noah memeluk bahu isterinya sambil tertawa kecil. "Releks la takde apa pun kat muka kau selain kecantikan kau." Pujinya ikhlas. Aura yang mendengarkan ayat itu sudah membahang. Liur ditelan kesat sebelum dia mengucapkan terima kasih atas pujia tersebut.
"Sama-sama. Tapi aku nak reward." Noah berkata dengan terselit senyuman sinis dibibirnya. Aura sudah menghayunkan dagunya ke hadapan tanda betanyakan 'apa'.
"Nak kiss." Pintanya selamba badak. Aura sudah membuntangkan matanya mendengar permintaan suaminya itu. Di pantai ni nak kiss? Memang taklah dia nak bagi.
"Eee apa awak mengarut ni? Tak nak lah saya dah la kat pantai, tak senonoh tahu." Ujarnya dengan wajah yang sudah merona merah. Noah pula sudah sembunyi senyum.
"Apa pulak yang mengarutnya, betullah aku nak kiss." Tidak berputus asa, Noah masih setia menyakat isterinya. "Eee tak nak malu lah orang tengok." Batah Aura tidak mahu.
"Okay kalau kau tak nak biar aku je yang kiss kau." Sejurus itu tangan Noah mula bergerak ingin merangkul tubuh genit isterinya akan tetapi cepat sahaja Aura bangkit dari labuhnya lalu berlari meninggalkan Noah yang sudah berdecit kegeraman.
"Oh nak main-main eh, sini kau! Jangan ingat kau boleh lari dari aku!" Noah terus mengejar Aura yang sudah pum berada di pinggiran pantai itu. Berlarian pasangan tersebut digigi pantai dengan tawa riang yang menghiasi memori indah tersebut.
• • • ❈ • • •
AFZAN berjalan-jalan disekitar taman perumahan berhampiran rumah orang tuanya. Angin petang itu membuatnya rasa tenang dengan kawasan yang tidak dipenuhi ramai orang itu. Seketika dia mengeluh halus. 'Adik aku dah kawin, aku bila lagi nak kawin?' Soalnnya di dalam hati. Ingin sahaja dia tertawa dengan soalan tersebut tapi takut dicop gila bila ketawa tanpa sebab.
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...