RUMAH agam tiga tingkat itu kelihatan sunyi sahaja seolah-olah tiada penghuninya. Kereta mewahnya dibawa memasuki pagar besi yang telah dikawal ketat oleh dua orang pengawal yang memegang senjata api.
Sempat dia mengangkat kening sebagai tanda menyapa mereka sebelum memboloskan diri ke halaman rumah agam tersebut lalu memasuki garaj. Selesai sahaja dia memarkir kereta tubuhnya terus dibawa keluar daripada perut kereta.
Dia melangkah menghampiri pintu rumah agam tersebut sebelum dia terhenti mendengar perbualan orang di dalam rumah itu.
"Kau dah dapat maklumat pasal budak tu?"
"Belum boss, kami masih lagi cari jejak budak tu."
"Aku tak kira, aku nak hujung minggu ni aku dah dapat tahu budak tu sekarang kat mana kalau tak nyawa korang jadi galang gantinya." Arahan yang cukup tegas dan mampu membuatkan anak-anak buahnya menunduk takut.
Dia yang masih statik di sebalik pintu hanya menjadi pendengar setia.
"You may go now." Mendengarkan tapak kaki berjalan mendekati pintu utama itu dia segera berpura-pura seperti baru sahaja sampai di rumah tersebut. Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu tersebut, pintu itu sudah pun dibuka dari dalam.
Wajahnya terus sahaja membeku sebaik melihat orang suruhan ayahnya yang dikenali sebagai Stevan itu menyapa pandangannya. Stevan mengangguk sekilas sebelum pergi meninggalkan rumah agam tersebut bersama-sama bodyguard yang lain.Dia menghela nafas perlahan sebelum melangkah masuk.
Tanpa mengendahkan ayahnya yang berada diruang tamu itu lekas sahaja dia berjalan menuju ke tangga. Baru sahaja kakinya ingin mendaki anak tangga pertama, panggilan daripada ayahnya menghentikan pergerakannya.
"Stop right there Daniel" Tanpa mengalihkan tubuhnya Daniel setia mendengar ayat yang bakal dikeluarkan oleh ayahnya. "Kau dari mana nak dekat maghrib kau baru nak balik?" Soal Dato Faruk sambil menatap tajam tubuh Daniel yang membelakanginya.
"Baru lepas lepak dengan member." Balas Daniel bersahaja. Jawapan Daniel itu membuatkan Dato Faruk mengetap rahangnya. "Siapa benarkan kau keluar?" Soalnya keras.
"Aku lebih rela keluar dengan kawan-kawan aku sampai lewat malam sekalipun daripada duduk terperap kat rumah yang macam neraka ni!" Ujar Daniel datar. Dia mulai mengepal penumbuk bagi menahan amarah yang tiba-tiba mencanak naik.
"Kau jangan nak ikut sama macam mak kau nak kurang ajar dengan aku!" Tengking Dato Faruk terhadap anaknya tunggalnya itu. Dia mulai bangkit dari labuhannya menatap tajam tubuh belakang Daniel. Mukanya mulai memerah menahan amarah.
Daniel tersenyum sinis mendengar ayat yang meluntur keluar daripada mulut ayahnya itu. Dia mula berpusing menghadap ayahnya bersama raut wajah yang kosong.
"Ayah layak dihormati ke lepas apa ayah dah buat kat arwah mak?" Soal Daniel sarkastik. Berdesing telinga Dato Faruk mendengar perlian anaknya itu. Jari telunjuknya menunding tepat pada wajah Daniel yang masih beriak selamba itu.
"Kau!" Jerit Dato Faruk. Dia kemudian mendekat menghampiri anaknya sehinggakan jarak diantara mereka hanyalah satu meter. Sampai sahaja di depan anaknya satu tumbukan padu dilepaskan di rahang kanan Daniel.
Daniel jatuh terduduk menerima tumbukan tersebut. Dia mendongak memandang Dato Faruk yang tersengih sinis menatapnya itu. Belum sempat dia bangun dari lantai tubuhnya sudah menerima tendangan hebat dari ayahnya membuatkan belakang badannya terhentak dengan tangga.
"Argh!" Jerit Daniel menahan perit di belakangnya. Dia tidak mampu untuk melawan ayahnya bukan kerana dia lemah atau apa. Akan tetapi dia sememangnya sedari dulu tidak pernah memasuki mana-mana kelas mempertahankan diri. Ingin masuk tetapi Dato Faruk menghalangnya habis-habisan.
Ingin belajar dari Dato Faruk mungkin mustahil setelah dia mengetahui kerja gelap ayahnya 19 tahun yang lepas. Dan daripada situlah sifat Dato Faruk mula berubah. Tiada lagi lemah-lembut, pelindung serta penasihatnya yang ada hanyalah makian, sepakan, cacian yang dihadapinya selama bertahun-tahun. Ini membuatkan Daniel menghadapi trauma yang teruk namun dirahsiakan daripada pengetahuan ayah dan maknya.
Rasa benci terhadap ayahnya semakin bertambah apabila dia melihat di depan matanya ayahnya sendiri menikam ibunya sehingga mati. Dan dia takkan maafkan ayahnya sehingga mati sekalipun atas perbuatan keji ayahnya.
Tidak cukup dengan itu, Dato Faruk menendang perut Daniel membuatkannya meringkuk kesakitan. Dia kemudian tertawa sinis melihat betapa lemahnya anaknya itu.
"Ni balasan untuk orang yang kurang ajar dengan aku. Kau... jangan sampai aku jual kau sama macam aku jual mak kau dulu." Mendengarkan pengakuan ayahnya itu membuatkan Daniel terkedu. Pandangan matanya yang berair didongakkan memandang ayahnya.
"Kenapa? terkejut sebab aku pernah jual mak kau? Kau nak jadi pengganti perempuan sundal tu ke?" Soal Dato Faruk tanpa menghiraukan Daniel yang sudah bergenang matanya itu.
"Kau...kau memang syaitan!!!" Jerit Daniel melepaskan amarahnya. Sudah tidak dipeduli orang di depannya ini ayahnya sekalipun. Dato Faruk tertawa besar mendengar makian anaknya itu. Baginya itu hanyalah benda kecil sahaja.
"Heh, cakaplah apa kau nak cakap." Ujarnya lalu menendang kuat tepi kepala Daniel membuatkan kepala Daniel terhentak bahagian tajam tangga tersebut menyebabkan cecair merah mulai mengalir dari kepalanya. Dato Faruk kemudian melangkah pergi menuju ke pintu. Dia ingin pergi ke club bagi menghilangkan rasa marahnya yang masih tersisa.
Tinggallah Daniel berseorangan di rumah agam tersebut bersama kesakitan yang dirasakannya. Cecair pekat yang mengalir dikepalanya itu hanya di biarkan. Tidak mampu dia untuk bangun dari pembaringannya. Perlahan tangannya menyeluk poket seluar mengambil Iphone 12 pro maxnya.
Nombor seseorang di dail. Hanya beberapa saat sahaja talian sudah pun bersambung. "Hello? asal kau call aku ni. Tak kan lah rindu baru jumpa dah rindu kut." Sapa orang di dalam talian.
"Raf... to..tolong aku bro." Ujarnya lemah. Lemah mendengar rahsia yang selama ini dia tak tahu. Lemah dengan ujian hidup yang telah di hadapinya selama bertahun-tahun lamanya. "Weh kau asal ni? Kau tunggu kejap aku otw dengan Afzan. Kau jangan tutup call!" Balas Ashraf kerisauan.
Daniel tidak menjawap, hanya airmatanya sahaja yang deras mengalir. "Aku benci kau!!! Kau pembunuh mama aku!!! Kau syaitan!! Arghhh!!!!!" Jeritnya tanpa menghiraukan badannya yang kesakitan itu. Sakit hatinya kini tiada siapa pun yang tahu selepas mendengar pengakuan ayahnya itu.
Jeritan itu membuatkan Ashraf dan Afzan yang berada di seberang talian semakin bertambah risau dengan keadaan Daniel. Manakala Daniel masih lagi mengumam tanpa henti sehinggakan pandangannya mulai kabur sebelum pandangannya menjadi gelap.
• • • ❈ • • •
Thanks for reading, comment & vote!
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...