Bab 6

385 25 2
                                    

PINTU peti sejuk dibuka lalu matanya diliarkan diserata tempat. Tiada apa yang menarik hanya terdapat satu kotak yang dipenuhi dengan buah-buahan segar serta satu botol kaca yang terisi dengan jus oren.

Pintu peti sejuk kembali ditutup dengan perasaan hampa. Namun sesaat matanya mula terpandangkan kabinet kayu disebelah kanannya.

Perlahan langkah dibawa mendekati kabinet tersebut lalu kakinya dijengket agar tangannya dapat memegang pemegang kabinet tersebut.

Sikit sahaja lagi..

Sikit lagi..

Dan,

"Aura.."

"ARGH!" terkejut dengan sapaan suaminya Aura tergelincir namun belum sempat badannya mengenai lantai marbel tersebut  sudah ada satu tangan sasa yang memaut erat pinggangnya.

Dadanya automatik bersentuhan dengan dada milik suaminya. Degupan jantung juga sudah tidak sekata. Laju macam lepas lari 400 meter!

Tambahan pula tatapan tajam dari encik suami. Lagilah membuatkannya gerun. Noah menegakan tubuh mereka tanpa melepaskan walau sedikit pun pelukannya dipinggang sang isteri.

Seketika tubuh kecil itu sudah berada di dalam dakapan hangatnya. Aura merasa jantung milik suaminya yang berdebar dengan laju itu. Sama sepertinya. Tetapi kenapa?

Seketika pelukkan dilepaskan oleh Noah lalu tatapan bak helang mencari mangsa mula dilemparkan kepada isterinya.

"Kau buat apa ha? Kalau kau jatuh nanti siapa yang susah? Boleh tak kau jangan buat aku risau?!" Tengking Noah dengan urat yang mula timbul disekitar leher dan dahinya.

Betapa laju sekali jantungnya berdegup tadi apabila melihat si isteri mahu jatuh menyembah lantai marmar dapur tersebut. Nasib sahaja dia cepat kalau tidak pasti cinta hatinya itu sekarang sudah merintih kesakitan dan mengalirkan air mata berharganya. Tidak! Takkan sesekali dia mengizinkan air mata itu menitis walau setitik. Jika sesiapa yang berani membuat cinta hatinya itu mengalirkan air mata takkan sesekali dia melepaskan orang tersebut!

Aura sudah terkejut mendengar tengkingan tersebut. Tidak pernah dia ditengking oleh mana-mana orang. Perasaan takut mula menerjah tangkai hatinya. Kepalanya ditunduk memandang kedua-dua kakinya yang elok terpacak di lantai marmar itu.

Tangannya meramas baju lengan panjangnya bagi menghilangkan rasa takutnnya. Bibirnya sudah terketar manakala air matanya pula sudah bergenang.

Dia takut.. takut akan sifat Noah yang satu ini!

"Aku tanya ni jawap lah!!" Sekali lagi tengkingan yang menjadi makanan buat telingannya. Malah jeritan tersebut bertambah tinggi. Air mata mulai turun dengan lajunnya beserta dengan perasaan takut yang kian menggunung

"Sa..sa..saya mintak ma..ma..af, saya cum..a nak bu..buat kuih... ta..pi bahan tak..tak..de." Noah memejamkan matanya. Cuba bertenang dengan gadis dihadapannya ini.

Tanpa bicara lantas sahaja tubuh kecil itu sudah selamat di dalam dakapannya. Tangan kirinya mengusap rambut panjang milik isterinya. Tangan kanannya pula sudah meliliti pinggang ramping isterinya.

Kepalanya diletakan diceruk leher isterinya. Menghidu sedalam-dalamnya haruman tubuh Aura. Senyap mula menyelembungi suasana mereka buat beberapa minit sehingga Noah mula memecahkan kesunyian tersebut.

"Lain kali, kalau tak sampai panggil aku. Biar aku je ambil. Kalau apa-apa jadi kat kau tadi macam mana? Siapa yang susah? Aku jugak." sambil berkata pelukan semakin diketatkan. Tangan kirinya masih setia mengusap rambut hitam pekat isterinya.

"Ma..ma..af." dengan tersedu-sedan Aura melafazkan perkataan maaf tersebut. Air matanya sudah kering tapi sedannya masih belum berhenti. Dia berasa sedikit tenang dengan belaian yang diberikan oleh Noah.

Noah meleraikan pelukan tersebut lalu mata kiri dan kanan isterinya dikucup lalu turun kepuncak hidung Aura dan berakhir dibibir merah bak delima tersebut.

"Dah pergi naik, tukar baju kita shopping barang dapur." arah Noah lembut. Dia mula memusingkan tubuh isterinya lalu menolak lembut tubuh kecil itu  agar berganjak ke hadapan.

Aura akur dengan arahan suaminya. Nak jadi isteri solehah kena taat suami. Kakinya mula menapak menaiki tangga.

Hilang sahaja kelibat isterinya daripada korena matanya, nada deringan telefon menyentakannya yang sedang asyik mengekori langkah Aura dengan pandangan helangnya.

Ish kacau daun betul lah!

Tangannya bergerak menarik keluar telefon miliknya dari seluar jeannya. Tertera nama Afzan dipapan skrinnya. Dia tahu jika Afzan yang menelefonnya pasti ada sesuatu perkara penting yang hendak dibincangkan.

Button hijau ditarik ke kanan lalu telefon dilekapkan pada telinga.

"Speak."

"Aku dah dapat." hanya tiga patah perkataan tapi mampu membuatkan rahang milik Noah terkatup rapat hingga menghasilkan bunyi lagaan giginya.

"Awak, saya dah siap." belum sempat dia ingin membalas kata-kata orang di sebelah sana, muncul Aura dengan hanya mengenakan blause labuh hingga paras lutut berwarna biru cerah. Dipadankan pula dengan skirt labuh berwarna hitam dan tudung shawl berwarna cream.

Sangat menawan mata lelaki Noah. Dia berdehem sebentar sebelum mukanya kembali dingin.

"Malam ni tempat biasa." setelah itu panggilan ditutup lalu langkah dibawa mendekati isterinya yang berdiri di tangga rumah mereka.

"Bella." ucapnya ikhlas. Lalu memaut pinggang isterinya. Aura sudah mengerutkan keningnya. Apakah? Kahwin dengan aku tapi sebut nama perempuan lain?

Tetapi dia hanya mampu mendiamkan diri. Takpe lah dia sedar dirinya bukan siapa-siapa untuk bertanyakan itu ini kepada suaminya. Lah tiba-tiba jiwang.

"Bella means pretty. You're pretty baby. Don't be so overthinking." seakan-akan tahu dengan reaksi wajah isterinya. Noah memberitahu makna perkataan asing tersebut.

Aura sudah tersenyum malu. Kepala ditunduk dengan muka yang sudah memerah. Kena puji suami kut. Kau ada?

Melihat isterinya yang malu-malu itu, Noah simpan senyum. Comel! Isteri siapalah ni. Bertuah betul dia. Rasa bahagia yang tak terhingga apabila perempuan pujaannya sudah menjadi miliknya yang sah.

"Dah jom."

• • • ❈ • • •

Thanks for reading,vote & comment

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now