SINARAN mentari memancar menyinari korena matanya. Perlahan matanya dibuka lalu dikatup kembali. Tubuhnya yang terlentang itu dihadapkan ke kanan.
Seketika tangannya meraba-raba ruang kosong di sebelahnya. Matannya dibuka dengan segera. Rasa kantuk yang tadi bermaharajarela hilang dengan serta merta digantikan dengan rasa gelisah yang menguasai diri.
Tubuhnya terus didudukan lalu pandangannya meliar memerhati sekeliling bilik tersebut. Nafasnya bertukar kencang. Jiwanya tidak tenteram selagi tidak melihat empunya badan di depan mata.
Lantas dia terus bangkit dari katil menuju keluar daripada bilik. Sekeliling tingkat tiga itu dipandang dengan seribu satu rasa yang tidak dapat diungkapkan.
Kakinya dihayun ke sana kemari mencari sang isteri. "DHIA!" jeritnya kuat. Namun tiada sambutan bahkan bayang sang isteri pun tiada.
Kemanakah gadis itu pergi?
Perasaan takut mula menguasai diri. Takut jika si isteri meninggalkannya. Dengan segera dia berlari menuruni tangga sambil melaung nama si isteri.
"Saya kat sini!" Mendengar sahaja suara yang dirindui itu dengan segera langkahnya dibawa memasuki ruang dapur. Sesampainya dia diruang dapur terlihat kelibat Aura sedang menggaul nasi goreng di dalam kuali.
Tanpa amaran terus sahaja tubuh kecil itu dipeluk dari belakang. Kepalanya direhatkan dibahu kanan sang isteri. "I thought that you're gonna leave me." Nafas penat dihembus. Penat mencari satu rumah dan ternyata Aura berada didapur.
Terkejut Aura dengan tindakan tidak dijangka suaminya itu. Tangannya yang sedang manggaul nasi goreng itu serta merta terhenti. Jantungnya mula memainkan peranan.
"Bu..buat apa saya nak tinggalkan awak? Saya ada je kat sini." Aura cuba untuk menyedapkan hati suaminya. Tangannya menggapai mangkuk kaca lalu dia mula meletakan nasi goreng tersebut ke dalam bekas kaca tersebut sambil dipeluk erat oleh Noah.
Noah menyebamkan mukanya dileher isterinya. Tempat kegemarannya. Rasa tenang apabila menghidu haruman tubuh sang isteri membuatkan rasa risaunya hilang begitu saja.
Tidak selesa dengan perbuatan tersebut, Aura menepuk dengan lembut lengan Noah yang berada dipinggangnya.
"Hmm?" Noah masih setia dengan posisinya. Tidak dihiraukan isterinya yang sudah beriak ketakutan itu.
"Boleh tak awak lepaskan saya? Susah saya nak berjalan kalau awak peluk saya." mendengarkan permintaan isterinya itu Noah lantas merungkaikan pelukan lalu beredar ke tepi memberi ruang untuk Aura berjalan.
Mangkuk kaca itu diletakan di atas meja kitchen island. Tubuh dipusing menghadap Noah. Noah tenang bersandar di kabinet sambil memanahnya tajam.
"What?" Soalnya. Kening kanannya diangkat menyerlahkan kekacakannya.
"Pergi mandi, lepas tu kita makan sama-sama." arah Aura lembut. Noah berjalan mendekati isterinya. Pandangan kosong dilemparkan terhadap Aura.
"What if i don't want?" Soalnya cuba bermain tarik tali dengan isterinya. Pinggang Aura dirangkul menyebabkan jarak diantara muka mereka tinggal seinci. Dahi mereka berlaga antara satu sama lain. Hidungnya digeselkan dengan hidung mancung milik Aura.
Aura mendengus geram. Tangannya menampar lembut dada bidang suaminya yang bebas tanpa baju itu. "Ish, orang suruh mandi tu mandi lah, orang dah lapar tau." bibirnya dimuncungkan tanda protes. Hilang seketika perasaan takutnya apabila berdekatan dengan Noah.
CUP!
Satu kucupan ringkas diberikan dibibir mungil milik Aura. Terkaku Aura dengan tindakan luar jangkaan suaminya itu. Mukanya sudah membahang malu. Ya Allah dia ni!
"That's my morning kiss, thank you baby." dengan itu Noah menjarakan tubuh mereka lalu dia pergi ke atas untuk membersihkan diri.
Aura pula masih statik ditempatnya. Perlahan tangannya menyentuh bibirnya yang baru lepas dicium Noah. Satu perasaan mula menjalar ditangkai hatinya.
Apakah perasaan ini?
• • • ❈ • • •
Thanks for reading, vote & comment
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...