PINTU kayu moden itu diketuk sebanyak tiga kali sebelum tembol pintu itu dipulas perlahan setelah dia mendengar laungan orang di dalam yang mengizinkannya untuk masuk.
Pintu dikatup rapat lalu langkah dibawa penuh berhati-hati mendekatil katil yang bersaiz king itu. Dulang yang berada ditangannya terus diletakan di atas night stand lalu punggung dilabuhkan di sebelah suaminya.
Tangannya dilekapkan didahi sang suami lalu turun ke lehernya. 'Hmm masih panas lagi.' desisnya di dalam hati. Sudah seminggu Noah mengalami demam panas sejak peristiwa malam dimana Noah meracau sambil menggogoi menangis.
Agaknya apakah yang telah terjadi pada Noah dahulu hingga menyebabkan dia mengalami trauma seteruk begini?
Tidak mahu terus hanyut dengan persoalan-persoalan yang tiada jawapan, Aura lantas menggerakan sedikit tubuh besar Noah yang bebas tanpa baju itu.
Noah merengek kecil tanda tidak suka bila lenanya diganggu. Sekali lagi dia merasakan goncangan lembut dilengan kirinya tubuhnya segera lentangkan. Dia mula membuka sedikit matanya. Samar-samar penglihatannya melihat sosok tubuh seorang gadis sedang duduk di sebelahnya.
Dia mula menenyeh matanya sambil berusaha untuk bangun bersandar dikepala katil dengan bantuan isterinya. Aura yang melihat tingkah suaminya sekarang ini sudah tersenyum sambil membahang malu.
Kenapa dia rasa pagi ni Noah nampak comel dengan muka bangun tidur dia. Ditambah pula dengan messy hair dia menyerlahkan lagi kekacakannya dan...
Keseksiannya?
'Astaghfirullah hal azim Aura! Apa benda kau pikir ni?! Merepek pulak adeh!' Dia lantas menggelengkan kepalanya berkali-kali bagi mengusir fikirannya yang sudah melayang jauh itu. Tanpa sedar perbuatannya itu telah diperhatikan oleh Noah dan mendapat kerutan didahi suaminya.
'Dah kenapa bini aku ni? Aku yang demam ke dia yang demam? Tergeleng-geleng dah macam orang gila' soalnya di dalam hati.
"Kau kenapa? Gila dah?" Soalnya terus. Tidak dihiraukan muka comel isterinya itu yang sudah berkerut apabila digelar gila olehnya. Rindu pulak dia nak menyakat budak ketot ni.
"Mana ada saya gila! Awak jangan nak suka hati tuduh saya boleh tak? Nanti saya dah tak nak suap awak lagi." Aura berkata dengan geram. Geram ni geram baru tadi dia puji lelaki depannya ini sekarang kena cop gila pulak!
Noah hanya memandang tanpa ada rasa ingin membalas. Kalau boleh dia nak sangat peluk tubuh kecil ni tapi apakan daya tenaganya tidak lah sekuat dulu. Halah demam sikit je saja nak manja lebih kat isteri. Bukan selalu Aura nak manjakan dia.
Mengenankan itu Noah tersenyum sinis sebelum pandangannya ditolehkan ke kiri. Terlihat dulang yang terisi dengan semangkuk bubur dan segelas air. Ditepi mangkuk bubur itu terlihat sepapan ubat panadol yang sudah separuh dimakan.
"Aku nak makan. Tapi kau suap." Bicaranya atau lebih tepat arahnya terhadap gadis di depannya ini. Aura hanya menurut sahaja tanpa membantah. Nanti kang ada yang nagis
Sebab keinginannya tak tercapai jadi bagi mengelakan semua itu terjadi lagi Aura turutkan sahaja.Pernah satu hari tu dia tengah temankan Noah tidur. Bila dia ingat Noah betul-betul dah tidur dia merancang turun ke ruang tamu. Biasalah layan drama tapi bila dia baru sahaja bangkit dari katil, Noah sudah memegang kejap tangannya dengan muka minta kesiannya.
Bila dia bagitahu yang dia nak turun tengok drama terus menagis suaminya itu. Memang panik teruk lah dia waktu tu bila melihatkan keadaan Noah sebegitu rupa. Noah kan dingin tiba-tiba dia menangis macam Aura ni nak mati lagaknya!
Tangannya bergerak menyuap sesuap demi sesuap bubur yang dimasaknya itu ke dalam mulut Noah. Tak tentu arah dia dengan kedudukan mereka yang serapat ini tambahan pulak Noah tidak lepas menatap mukanya dengan penuh rasa
Cinta?
Entahlah dia sendiri tak pernah merasai apa itu cinta. Tapi dia berharap agar Allah dapat bukakan hati dia untuk terima Noah dalam hidupnya. Dan dia sudah berjanji untuk menjaga Noah hingga akhir hayatnya. Itu janjinya.
Setelah habis semangkuk bubur itu dimakan Noah, Aura mula menghulurkan dua biji ubat panadol dan air kepada suaminya.
Noah mengambil ubat tersebut dari tangan isterinya lalu menelannya dengan lancar membuatkan Aura memandangnya penuh insecure!
Macam mana Noah boleh makan ubat tu tanpa tersekat dipertengahan dia menelan ubat itu?!Sungguh dia jeles dengan suaminya. Yela orang tak pandai makan ubatkan haih... hanya mampu ubat cair jela.
Dia terus bangkit dari labuhan ingin pergi kedapur membersihkan segala kelengkapannya tadi untuk membuat bubur untuk suaminya.
Baru sahaja dia ingin mengangkat dulang di atas night stand tersebut lengannya sudah pun dipaut erat oleh suaminya. Sudah... perangai ulat bulu naik daun dia dah datang!
Pandangannya dilabuhkan ke muka suaminya yang tidak mempamerkan sebarang reaksi itu. Kening kanannya dijongket tanda bertanya apa.
"Teman aku mandi." Senafas Noah mengatakan ayat tersebut. Membuntang luas mata Aura mendengarkan permintaan suaminya itu.
"Eh apa awak merepek ni?! Tak nak saya, dah lah awak pergi mandi sendiri." Bersusah payah dia cuba merungkaikan pegangan kejap tersebut lalu dengan sekali tarikan yang kuat akhirnya tangannya berjaya terlepas dari tangan besar milik Noah.
Dengan kesempatan yang ada Aura segera mengangkat dulang di atas night stand lalu dengan sepenuh tenaga dia berlari keluar dari bilik itu meninggalkan Noah yang sudah terkekeh-kekeh itu. Lucu melihat wajah comel itu berubah pucat dengan mata yang besar.
Haih lah niat dihati cuma nak kenakan Aura tak sangka sampai macam ni sekali reaksi dia.
'Aura...Aura... you really know how to drive me crazy.' Bisik hatinya sebelum dia mula melangkah mengambil tuala mandi dan hilang disebalik pintu kamar mandi.
Badannya masih panas? Heh ni Noah lah dia tak kesah dia demam ke tak baginya dia tetap sama lain lah kalau dia hilang Aura. Sungguh dia tidak mahu kehilangan cinta hatinya itu. Tidak boleh dibayang dek akalnya!
• • • ❈ • • •
Thanks for reading, vote & comment!
Maaf idea kelaut...
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...