Bab 4

429 34 1
                                    

MALAM itu Aura duduk diruang tamu sambil menonton televisyen. Dia mengerling jam mewah yang tergantung didinding tersebut. Seketika nafas kasar dihela.

"Haish mana dia ni, dah pukul 10 pun belum balik lagi ke? Pergi mana je sampai lewat balik." omelnya sendirian. Tidak lama kemudian ingatannya mula mengulang tayang kejadian yang berlaku tengah hari tadi.

Tangannya diletakan dilehernya yang telah dihiasi tanda yang telah dibuat oleh Noah tengah hari tadi. Dia tidaklah  membenci lelaki itu kerana membuatnya seperti itu. Normallah baginya jika lelaki mempunya nafsu terhadap perempuan lagi-lagi bila sudah bergelar suami isteri.

Cuma dia marah kerana Noah sesuka hati sahaja memegang, memeluk serta menciumnya. Dia tidak suka akan perbuatan itu. Baginya perbuatan itu seakan-akan tidak menghiraukan perasaannya.

Dia terfikir, sampai bilakah dia harus begini? Sampai bilakah dia harus mengenang nasibnya yang dia sendiri tidak tahu ianya baik atau pun sebaliknya.

Mungkin sudah tiba saatnya dia membuka pintu hatinya untuk si suami.  Kata-kata abangnya tempoh hari mula terngia-ngia dia ruang mindanya.

'Adik jangan fikir sangat pasal pinangan tu. Mana tahu dia jodoh adik'

Mungkin benar kata abangnya. Mungkin Noah itu jodohnya yang telah ditetapkan diluth mahfuz. Siapa tahu. Dia hanya mampu redha dan berserah kepada ilahi.

Penat berfikir dan berperang dengan perasaan sendiri akhirnya Aura terlena di atas sofa bertemankan televisyen yang menonton dirinya tidur.

• • • ❈ • • •

NOAH melangkah masuk rumah agam milik mereka. Salam diberi namun tidak bersahut. Langkah dibawa ingin menuju kebilik utama namun langkahnya terhenti apabila dia melintasi ruang tamu dan mendapati televisyen masih menyala.

Keningnya berkerut pelik. Siapa tengok tv pukul dua pagi macam ni? Takkan lah Aura. Kepalanya diliarkan memandang sekeliling ruang tamu mencari jika ada sosok si isteri. Namun dia tidak nampak kelibat isterinya diruang tamu itu.

Langkahnya mula diatur mendekati televisyen yang masih menyala itu. Masih tidak perasan akan Aura yang nyenyak tidur di sofa yang membelakanginya.

Televisyen dimatikan lalu badannya dipusing kebelakang. Terkejut bukan kepalang dia melihat isterinya sedang nyenyak tidur di atas sofa yang menghadap televisyen itu.

Kaki panjangnya dibawa mendekati sofa lalu dia mencangkung di hadapan muka sang isteri. Rambut milik Aura diusap sayang. Sayang dan cintanya terhadap Aura hanya Allah sahaja yang tahu. Sejak pertama kali mereka berjumpa.

Dimana dia tanpa sengaja terlanggar badan kecil ini hingga menyebabkan telefon pemberian bapak mertuanya terhadap si isteri jatuh lalu dipijak-pijak oleh orang yang lalu lalang ketika itu. Pertama kali dia melihat mata bulat disebalik kaca mata itu sangat menarik perhatiannya. Sungguh menawan. Apatah lagi senyuman manis yang dilemparkan gadis itu terhadapnya. Sungguh membuatkannya terpesona dan sejak hari itu dia mula berazam untuk menjadikan Aura miliknya. Dia mengarahkan anak buahnya untuk mencari maklumat mengenai gadis misteri itu dan siapa sangka bahawa Aura adalah adik kepada rakan karibnya, Afzan. Nak-nak pulak keluarganya memang berkawan rapat dengan keluarga milik Aura. Tanpa berfikir panjang dia pun meminta kedua orang tuanya untuk meminang Aura untuknya ketika Aura masih lagi melanjutkan pengajiannya di New York. Manakala dia pula ketika itu mempunyai urusan dinegara itu. Pulang sahaja daripada New York dia dikhabarkan bahawa Aura telah menerima lamarannya. Bahagia tak terhingga yang dia rasakan ketika itu apabila pujaan hatinya menerimanya. Rasa bagai dunia itu dia yang punya. Tapi Aura tidak mengingati mukanya. Biarkan sahaja janji Aura sudah berada di dalam genggamannya.

Tersedar bahawa dia mengambil masa yang agak lama dengan terimbau memori kali pertama dia menemui  Aura. Dia lantas bangun lalu mencepung tubuh kecil isterinya dan menuju ke bilik utama mereka.

Aura diletakan perlahan-lahan di atas katil yang bersaiz king itu lalu dia mula melangkah memasuki tandas untuk membersihkan diri. Lima belas minit di dalam jamban akhirnya Noah keluar dengan hanya berseluar pendek paras lutut tanpa baju sambil dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.

Selesai mengeringkan rambut dia pun menaiki katil lalu merebahkan dirinya di sebelah isteri tercinta. Pandangannya dihalakan menghadap siling bilik.

Teringat dia akan perbualannya bersama Afzan tadi.

• • • ❈ • • •

Afzan memberikan sampul berwarna coklet kepada Noah. Noah menyambut tanpa berkata apa-apa. Surat itu dibuka lalu dia melihat gambar-gambar dan segala maklumat yang telah diberikan oleh Afzan.

"Kau sure ke tak nak aku kerjakan lelaki tu? Aku takut makin lama kau biar makin dia tahu banyak rahsia kita." Afzan menyandarkan badannya dibonet hadapan keretanya sambil menyilangkan tangannya.

Pandangan kosong dilemparkan terhadap Noah yang sibuk meneliti surat-surat serta gambar pemberiannya itu. Mereka sekarang berada di lorong gelap dan sunyi. Tempat perjumpaannya dengan Noah setiap kali Noah menginginkannya mencari info atau data-data peribadi milik siapa sahaja.

"Herm.. biarkan je dia. Kita buat macam takde apa je." balas Noah tenang. Pandangan dingin dilemparkan terhadap Afzan.

"Kau serius lah Noah. Mati kita kalau dia bagitahu orang tua tak guna tu! Kau jangan nak buat gila! Sekali dia tahu segala rancangan, maklumat dan kelemahan tentang kumpulan kita habis kita semua!" Bantah Afzan sekerasnya. Pandangannya yang tadi kosong mula bertukar dingin tanda amarahnya bila-bila masa sahaja bakal meletus.

"Yes, aku serius dan aku tak bodoh lagi macam orang tua tu. Kau pun sama je bodoh macam orang tua tu." maki Noah tanpa rasa bersalah. Afzan mengerutkan keningnya bila dia dilebel bodoh oleh Noah.

"Tak, apa pulak aku yang bodoh? Sekarang ni aku yang bodoh ke kau yang bodoh? Kau nak biar penyangak tu tahu semua pasal kumpulan kita then bagitahu orang tua tu pastu apa? Bom! Kumpulan kita terhapus sebab kau!" Dia menunding jarinya di hadapan muka Noah. Nafasnya sudah turun naik menahan amarah.

"Relek Zan, aku tak bodoh lagi nak biar dia tahu everything pasal kumpulan kita. Nasib baik aku sedar awal kalau tak dah lama dia tahu everything pasal kumpulan ni. Macam ni, kau palsukan semua rancangan, identiti dan kelemahan termasuk data peribadi kumpulan kita then rancangan sebenarnya biar aku dengan kau je yang tahu." arah Noah tegas. Afzan mula mengangguk-anggukan kepalanya.

"Betul jugak. Bijak jugak eh kau ni." dia menepuk bahu sahabat sejatinya itu tanda berbangga dengan pemikiran sang sahabat. Noah menjeling Afzan.

"Kalau aku tak bijak takdenya aku jadi CEO pandai." dia meluku kepala Afzan yang berada di sebelahnya.

• • • ❈ • • •

Noah melirik jam digital yang berada di night stand. Tertera waktu sudah menunjukan pukul 3:54 minit pagi. Sudah lewat dan dirinya sudah pun mengantuk.

Tubuh diiring ke kanan menghadap sang isteri. Tangannya mula merangkul tubuh Aura mendekatkan jarak mereka hingga tiada jarak diantara mereka. Dan malam itu dia terlena disisi sang isteri.

• • • ❈ • • •

Thanks for reading,vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now