Bab 8

353 20 0
                                    

PINTU utama rumah agam tersebut dibuka dari luar lalu mereka masuk ke dalam dengan menjinjing pelbagai barangan yang dibeli tadi.

Langkah dibawa kedapur lalu barang-barang itu diletakan di atas kitchen island. "Aku naik dulu. Nak mandi kau kalau dah siap susun barang ni jangan lupa mandi pastu solat maghrib." arahnya kepada isterinya.

"Hmm." Hanya itu sahaja balasan Aura. Masih merajuk dengan suaminya. Noah memberikan tatapan tajamnya pada belakang badan isterinya sambil langkah perlahan-lahan dibawa mendekati isterinya.

Lengan Aura dicengkam lembut menghentikan perbuatan Aura yang memasukan segala jenis makanan tin di dalam kebinet. "Suara kau mana?" Soalnya datar. Soalannya terbang bagai angin lalu. Tiada sepatah pun Aura membalas. Hanya tunduk menukur lantai.

"Aku tanya kau ni, suara kau mana?" Sekali lagi Noah bertanya tetapi kali ini suaranya sedikit tegas. Timbul urat-urat jantan disekitar lehernya. Terasa panas apabila soalannya diabaikan oleh sang isteri.

"Faham..." seakan-akan berbisik Aura membalas tapi masih mampu didengari oleh telinga lintah Noah. Jari telunjuknya dibawa kebawah dagu milik Aura lalu wajah mulus itu didongakan agar menatap wajahnya. Tangannya masih setia memegang kejap lengan isterinya.

"Aku tak suka kalau orang bercakap dengan aku tapi tak pandang muka aku. Lagi-lagi kalau orang tu kau." Lembut tetapi tegas bicaranya. Menimbulkan sedikit ketakutan dalam diri Aura.

"Maaf, saya janji lepas ni saya tak buat lagi" ujarnya dengan mata bulat yang terkebil-kebil memandang suaminya. Muka mereka sangat dekat sekaran ini menyebabkannya sukar untuk bernafas. Apatah lagi melihat tatapan tajam itu. Sungguh menggerunkan!

Melihat Noah yang mendekatkan lagi wajahnya Aura lantas menutup matanya serapat-rapatnya. Takut bakal terjadi apa-apa. Tiba-tiba dia merasakan badannya memberat sepertinya dia berada di dalam dakapan hangat seseorang. Lantas mata yang tadi terkatup itu dibuka semula.

Ternyata Noah sedang memeluknya erat. Kepala suaminya elok terlentok kat bahu kanannya dengan muka yang menghadap lehernya yang Ya dibaluti shawl itu. Perlahan tangannya membalas pelukan tersebut. Tanpa sedar dia mengusap belakang badan suaminya.

"Kau ingat aku nak cium kau ke?" Tiba-tiba Noah bersuara menyebabkan wajah Aura membahang malu. Serta-merta tangan yang tadi elok mengusap belakang suaminya itu terhenti.

"Kenapa stop? Usap lah lagi." Pinta Noah manja. Pelukan semakin dieratkan lalu dia menghidu sepuasnya bau haruman tubuh isterinya.

Aura menurut sahaja arahan suaminya itu. Malas mahu membantah nanti ada sahaja jawapannya!

Lama mereka begitu sehingga Noah memecahkan kesunyian tersebut. "Aku tahu kau nak sangat coklat tu. Tapi benda tu tak sihat untuk kau and aku tak nak my baby ni sakit. But-" kata-katanya dipotong oleh Aura.

"Takpe, saya tak marah pun. Saya tahu awak nak yang terbaik untuk saya." Ujar Aura sedih. Sedih kerana tak dapat coklat yang diingini. Tapi dia tahu, Noah buat semua ini untuk kebaikannya. Kerana dia pengemar coklatlah Noah melarangnya untuk makan coklat. Kalau boleh dia nak borong semua coklat tadi tu!

"Tapikan macam mana awak tahu saya suka makan coklat?" Soal Aura pelik. Yelah diorang baru kahwin dua hari tapi suaminya sudah tahu yang dia pengemar coklat.

"Semua pasal kau aku tahu, dari hujung rambut kau sampai hujung kaki kau." Dengan bangganya Noah mengatakan itu sambil memberikan kucupan ringkas dipangkal leher isterinya yang dibaluti shawl itu.

Dia meleraikan pelukan lalu jam rolex dipergelangan tangannya dia belek. Jarum jam sudah menunjukan pukul 7:54. Pandangannya kembali dilabuhkan terhadap wajah mulus isterinya.

"Aku nak keluar, ada hal. Barang-barang yang mana kau rasa berat biarkan je. Balik nanti aku angkat. Lapas kau dah siap susun barang-barang ni nanti naik lepastu mandi then solat." Arahnya tanpa menunjukan sebarang emosi. Hanya beku. Sebeku sifatnya.

"Okay." Sahut Aura lantas menyalami tangan kekar suaminya. Angkat sahaja kepala, Noah sudah melabuhkan kucupan hangat didahinya. Terus membahang wajahnya dengan perlakuan diluar jangkaan suaminya itu.

Langkah terus dibawa ke pintu utama meninggalkan Aura yang masih berada didapur mengemas barangan yang mereka beli tadi. Sampai sahaja dikereta Audi R8 miliknya enjen segera dihidupkan lalu telefon dikeluarkan dari poket seluarnya.

Nombor Afzan didail lalu telefon dilekapkan ke telinga.

"In five minutes i'll be in there." Beritahunya lalu tanpa menunggu balasan Afzan talian segera dimatikan. Pedal minyak ditekan lalu kereta mewah tersebut bergerak laju membelah jalan raya menuju ke tempat rahsianya.

• • • ❈ • • •

Thanks for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now