-hi another update
_________________________________
AURA duduk termenung memandang kakinya. Entah apa yang difikirkannya pun tiada siapa tahu. Sejak bangun tadi dilihat Noah sudah tiada di sini.
Tiba-tiba pintu hospital dibuka dari luar memperlihatkan Noah yang melangkah masuk. Melihat isterinya yang termenung macam tiada hari esok itu terbit senyuman nakal dibibirnya.
Why not cari pasal sikit.
Dia bergerak perlahan menghampiri katil hospital lalu tanpa amaran melompat memeluk isterinya.
"Eh aku nak kawin lagi!" Terus mata tajam Noah menikam wajah isterinya. 'Apa dia cakap? Kawin lagi? Aku ni tak cukup hansem ke?' Gerutunya di dalam hati.
Aura tersipu malu. Alamak kantoi pulak. Dia menunjukan senyuman tidak bersalah sebelum menekup wajah suaminya dengan kedua belah tangannya dan memberikan ciuman ringkas dibibirnya.
Noah yang tadi panas macam gunung berapi terus cair dengan tindakan luar jangkaan isterinya itu. Makin nakal ni! Siapa ajar?
Dia kemudian menyebamkan semula mukanya pada perut isterinya. Mencium lembut perut Aura.
"Baby, baby nanti dah besar jangan jadi macam mama tau. Dasar sasimo." Ujar Noah bersahaja. Aura yang mendengarkan itu berkerut pelik.
Sasimo? Apa tu? Jenama kereta ke? Ke nama anime?
"Sasimo? Apa tu?." Soalnya. Noah tersenyum sinis. Dia kemudian bangun dari pembaringannya lalu mengucup pipi isterinya. "Cari sendiri." Sejurus itu dia turun dari katil melangkah ke almari membiarkan Aura terkebil-kebil.
Terlepas ketawa kecil dari mulut Noah. Haih comel.
_________________________________
"THANK YOU doctor for all your hard work." Kata Noah sebelum berlalu bersama isterinya meninggalkan lobby hospital tersebut.
Mereka bergerak menuju ke kereta yang terletak diparking lot lalu memasukinya. Kereta kemudian bergerak meninggalkan hospital ternama itu menuju ke hotel mereka.
Selepas dua hari berada di hospital Aura sudah dibenarkan keluar. Kata doktor kecederaannya tidaklah teruk sangat. Lemah betul orang yang langgar tu.
Di dalam perjalanan Aura asyik melamun mengenangkan kejadian dihospital tadi. Noah pula focus memandu. Sesekali dia menggerling isterinya.
<FLASHBACK>
Aura mengemaskan barangannya untuk pulang. Dia mengambil beg kecil yang terletak dimeja hospital dan tanpa sengaja dia terjatuhkan kunci kereta milik Noah.
Dia kemudian berfikir untuk menyerahkan kunci itu kepada Noah dan memintanya untuk memanaskan enjen kereta sementara menunggunya untuk berkemas.
Dia memerhati sekeliling bilik namun tidak kelihatan kelibat suaminya. Dia lalu bergerak keluar menyusuri lorong hospital.
"Macam mana?" Mendengarkan suara itu dia bergerak untuk menegur suaminya. Namun belum sempat dia membelok ke kiri, kata-kata suaminya membuatkannya terhenti bergerak.
"Mayat diorang korang campak mana?" Pucat mukanya mendengarkan itu. Mayat? Campak?
Hatinya bergetar ketakutan. Apa ni? Apa pekerjaan suaminya? Bukannya CEO ke?"Bagus lepas ni aku nak kau hapuskan nama Farah Dousen and Jake Carl dekat dunia ni. Kalau boleh biar takde siapa-siapa pun sedar kehilangan diorang." Arahnya sebelum mematikan telefon bimbitnya.
Dia kemudian keluar dari lorong ingin memasuki bilik isterinya namun Aura yang tercegat di depannya itu mengejutkannya. Alamak terbongkar pulak!
Dia bergerak perlahan menghampiri isterinya namun Aura berjerak setapak ke belakang. Wajah itu jelas menunjukkan ketakutan yang amat.
Semakin Noah ke depan semakin dia ke belakang. Noah yang hilang kesabaran terus menarik pergelangan isterinya sehingga Aura tersebam kedadanya.
Aura meronta di dalam pelukan suaminya itu kemudian menangis ketakutan. "Shush issokay I'm sorry." Pujuk Noah lembut. Sesekali ubun-ubun isterinya yang dilapisi tudung sarung itu dikucup.
"I'm sorry." Perkataan itu diulang-ulang sehingga Aura kembali tenang. Beberapa minit berada dalam keadaan itu Noah membawa isterinya ke dalam bilik. Nasib sahaja lorong itu sunyi.
Mereka duduk dikatil hospital dengan Noah yang mesih memeluk kejap isterinya. Tidak lama selepas itu suara Aura memecah kesunyiaan.
"Awak kerja apa?" Soalnya dengan suara yang agak kecil. Takut mengundang kemarahan suaminya. Noah yang perasan akan itu tersenyum kecil.
Dia kemudian mencium ubun-ubun isterinya. "I can't tell you now but soon you will know." Ujarnya sambil menggosok lembut bahu isterinya.
"Jangan risaulah aku takkan bunuh kau pun. I love you okay?" Katanya melepaskan pelukan mereka dan mengucup sekilas bibir isterinya. Mana mungkin dia ingin menyakiti wanita kecil ini sedangkan dia adalah suri hatinya dari dulu hingga sekarang dan bakal menjadi ibu untuk anak-anaknya kelak.
<END FLASHBACK>
"Kau termenung apa tu baby?" Sentuhan dijarinya mengejutkan Aura yang asyik termenung itu. Dia kemudian mengalihkan wajahnya menghadap suaminya.
Ya mana mungkin suaminya mahu mencederakannya. Kalau dia mahu pun pasti sudah lama dia buat. Namun liat sahaja sekarang dia masih saja bernafas di sebelah lelaki yang dicintainya.
Biarlah dia tidak tahu pekerjaan suaminya selain daripada CEO. Dia pasti suatu hari nanti semuanya akan terbongkar dan ketika hari itu datang tidak kira pahit atu manis kenyataan itu dia akan tetap berada disisi suaminya. Itu janjinya.
"Takde apa lah. Saya fikir nama anak." Berkerut kening Noah seketika sebelum tawa lucu terbit dari bibirnya.
"Awalnya nak bagi nama baby, sebulan pun belum." Aura mengeluh seketika sebelum mengelus tangan suaminya.
"Biar awal asal selamat." Ujarnya. Entah peribahasa mana dia rembat. Janji ada bunyi.
Terletus tawa Noah mendengar kata-kata isterinya itu. Habis merah mukanya kerana tidak cukup nafas.
"Peribahasa mana kau rembat ni sayang? Bukan awal lah lambat" Beritahunya membetulkan kesalahan isterinya itu. Wajah Aura mencuka melihat suaminya yang masih asyik mentertawakannya itu.
"Yela dahlah jangan lebih ketawa tu. Orang bukannya bijak sangat macam dia." Ujarnya merajuk. Noah berhenti ketawa melihat wajah mencuka isterinya itu.
"Okay okay dah tak ketawa lagi." Haih mood orang mengandung. Biasalah. Dia membawa tangan isterinya kebibirnya lalu melabuhkan ciumannya di sana.
"Dah jangan merajuk lagi. Jom aku belanja makanan. Beli lah apa kau nak nanti." Ujarnya dan pancingannya itu berjaya merubah mood isteri kesayangannya ini.
"Okay dah tak merajuk." Aura tersenyum suka. Tidak sabar dia ingin memborong makanan. Biar habis duit suaminya dengan makanannya nanti. Makanan dan perempuan berpisah tiada.
Noah tersenyum kecil melihat senyuman lebar isterinya itu. Dan senyuman itulah yang membahagiakan dia dan dia berharap agar seyuman itu kekal menghiasi wajah comel itu.
my angel...
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...