Bab 15

299 18 3
                                    

"RAF kau rasa diorang bincang apa kat ofis?" Soal Daniel ingin tahu.

Ashraf yang leka bermain telefon itu tersentak mendengarkan pertanyaan daripada Daniel. Lantas sahaja dia memasukan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar slacknya.

"Manalah aku tahu maybe pasal business who knows." Balasnya bersahaja sambil menjogket bahu. Namun siapa tahu betapa berdebarnya dia jika tersilap kata.

"Aku nak tahu lah pasal mimpi si Noah tu. Kau tahu?" Soal Daniel lagi.

"Tak, buat apa aku nak ambik tahu bukan masalah aku pun." Balas Ashraf sambil membelek-belek pelbagai jenis sayuran dirak tersebut.

'Haih.. asal lah si Daniel ni banyak tanya? Mati kutu aku nak jawap soalan dia.' Gerutunya di dalam hati.

"Eh tapikan ta-" pantas sahaja kata-kata Daniel dipotong oleh Ashraf.

"-eh Dan ni sayur kingkong tu kan? Tak silap aku lah. Mak aku suruh beli ni apa nama dia? Kingkong? Betul tak?" Soal Ashraf bertalu-talu.

Tidak mahu dia bersoal jawap dengan Daniel tentang kisah silam Noah silap-silap pecah rahsia. Orang tua-tua kata biar pecah diperut jangan pecah dimulut.

"Apa benda siak! Kangkong lah. Kingkong pala hotak kau!" Marah Daniel bersama kerutan didahi.

"Lah mana aku tahu. Aku teka je tak payah lah marah." Ujar Ashraf bersahaja. Dia kemudian meletakan sayur kangkong itu ke dalam bakul yang dijinjit oleh Daniel.

"Mana tak marahnya nama dia terang-terang ada kat situ! Buta ke?" Soal Daniel sambil menunjukan perkataan sayur kangkong yang terlekat pada sayur itu.

"Bukan buta tak nampak." Terang Ashraf mahu menegakan benang yang basah.

"Ha tulah kau dulu kat England tak nak beli kaca mata sekarang dah buta salahkan kingkong..." Bebel Daniel sambil menggerak-gerakan tangannya ke kiri dan kanan.

"Dah-dah shut your mouth. Aku datang sini dengan kau nak beli bahan masak bukannya nak dengar kau membebel tah pape." Tapak tangannya disuakan di hadapan muka Daniel menandakan supaya Daniel berhenti.

Terhenti terus bebelan Daniel diganti dengan wajah yang sudah berubah cemberut.

"Dah jom pergi kat bahagia serbuk." Ashraf menarik bakul kuning yang ada pada Daniel. Nak pegang tangan? Maaf dia bukan Noah.

"Bukan serbuk lah hanat. Rempah!" Tanpa bantahan Daniel mengikuti sahaja langkah Ashraf.

"Suka hati aku lah! Mulut aku bukan mulut kau!" Jelingan maut diberikan kepada Daniel yang masih menayangkan wajah cemberut itu.

Masuk sahaja dibahagian rempah ratus terus sahaja Ashraf memasukan pelbagai jenis rempah yang ada di depan matanya ke dalam bakul.

Dia bukan reti masak pun. Dia bawa Daniel ke sini pun semata-mata nak mengelakan Daniel dari tahu perbincangan rakannya dua orang itu.

"Eh eh kau ni! Cuba baca dulu nama rempah tu ni tak main sumbat je! Aku sumbatkan kau dalam bakul ni kang." Tegur Daniel sambil bercekak pinggang.

"Biarlah ish! Beli jela semua nanti tak payah susah-susah kalau takde rempah." Senang sahaja cadangan Ashraf. Biasalah orang kaya memang riak sikit.

"Wah kau membazir! Nanti kau miskin jangan harap aku nak sedekah rempah kat kau." Daniel berpeluk tubuh memandang Ashraf yang masih leka memasukan kesemua jenis rempah ke dalam bakul.

Seketika dia menggelengkan kepalanya. 'Haih... apalah nasib aku dapat member yang tak reti masak!' Rungutnya di dalam hati.

"Sumpah ni last aku teman kau beli bahan." Ujarnya.

Dia kemudian merampas bakul kuning itu daripada Ashraf lalu berjalan meninggalkan Ashraf keseorangan.

"Woi nak pergi mana?" Soal Ashraf kebingungan. Kotak rempah ditangannya diletakan semula pada rak lalu mengejar langkah Daniel.

"Nak bayar, tak sanggup aku nak teman kau lama-lama takut aku jadi gila layan perangai kau ni." Ujarnya sambil meneruskan langkah ke kaunter pembayaran.

Ashraf dibelakang sudah cemberut. 'Dasar member! Nasib aku sayang.' Bisiknya dalam hati.

• • • ❈ • • •

Thank you for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now