Bab 13

294 21 0
                                    

CAWAN yang terisi dengan milo panas itu diletakan penuh berhati-hati di atas meja kaca bersaiz kecil itu. Tubuh ditegakan semula ingin melangkah masuk ke dalam.

Belum setapak pun kakinya melangkah namanya sudah dilaung menyebabkan pergerakannya terhenti mendadak. Kepala ditoleh ke kiri lalu dagu dihayun kedepan tanda bertanyakan 'apa'.

"Come." Gamit Noah cukup lembut. Langkah kecil dibawa mendekati suaminya lalu punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Noah.

Tangan kanan Noah automatik naik memeluk pinggang isterinya dari tepi lalu tubuh genit itu ditarik agar merapatinya. Kepala Aura diletakan di atas dadanya yang berlapis dengan  t-shirt kelabu.

Suasana sepi mula menyelembungi mereka. Aura mendengar degupan jantung Noah yang mengepam laju itu. Sama sepertinya.

"Siapa lelaki tadi?" Soal Noah datar. Tangannya ligat mengelus rambut panjang isterinya. Sesekali dihidu wangian rambut tersebut.

Berkerut kening Aura mendengarkan soalan suaminya itu. "Kan saya dah cakap, dia kawan saya je tak lebih pun daripada tu."

"Betu?" Soal Noah meminta kepastian.

"Betul..." jawap Aura meleret.

"Okay, tapi kalau oneday aku tahu kau curang dengan aku-" kata-katanya dihentikan. Ingin melihat reaksi Aura.

Aura mengangkat kepalanya memandang Noah ingin Noah menyambung bicaranya.

"-aku tak teragak-agak nak bunuh jantan tu." Tenang sahaja bicaranya setenang raut wajahnya. Seakan-akan percakapan itu biasa diucapkan.

Aura sudah mengerutkan wajahnya. 'Ya Allah sampai macam tu sekali dia fikir?! Haih lah suami...' desisnya di dalam hati.

"Awak ni tak baik tau bunuh-bunuh orang. Dia pun nak hidup jugak. Lagipun takde maknanya saya nak curang dengan awak, saya ni setia okay setia kepada yang satu." Ujar Aura yakin. Mestilah yakin kalau tak yakin bukan Auralah namanya.

"Herm... we'll see macam mana." Putus Noah. Dia mula mencapai milo panas yang dibuat isterinya itu lalu diteguk perlahan.

"Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Soal Aura sedikit ragu. Melihatkan raut garang suaminya itu sudah membuatnya kecut.

Noah meletakan semula cawan tersebut lalu badan disandarkan pada kerusi sambil matanya setia menatap Aura.

"Ha apa dia?"

"Erm... hari tu awak mimpi apa sampai menangis?" Soalnya perlahan namun masih jelas dipendengaran Noah.

Tersentak Noah mendengar soalan isterinya itu. Tanpa dipinta memori 19 tahun yang lepas terlayar dikotak memorinya.

"Tak nak! Lepas! Lepas!" Rontan budak lelaki itu. Namun apakan daya kudratnya tidak mampu melawan dua dua lelaki dewasa yang mengangkatnya itu.

"Dudukan dia kat kerusi tu." Arah seorang jejaka. Mereka terus sahaja mendudukan budak tersebut dia atas kerusi yang terletak ditengah ruang bilik seksaan itu.

Tangannya digari lalu mereka berundur meninggalkan budak itu bersendirian.

"Ergh... lepaslah!" Jeritnya sekuat hati. Tercetus tawa sinis daripada lelaki yang mengarahkan kedua orang suruhnya itu tadi.

Dia mula melangkah mendekati budak lelaki itu sebelum menundukan sedikit muka agar separas dengan budak lelaku tersebut.

"Hey Noah, kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan kau lepas apa yang bapak kau tu dah buat kat aku?" Soalnya sinis. Sempat digosok kepala Noah namun Noah menyegetkan kepalanya tidak mahu disentuh.

Lelaki itu kembali menegakan badannya lalu dia berpaling kebelakang memandang salah satu anak buahnya yang memegang pelayar

Tangan dihulur meminta pelayar tersebut. Setelah menerima pelayar tersebut dia kembali memusingkan tubuhnya memandang Noah yang sudah lemah itu.

"Roy, Malik kau buka mulut budak tu." Arahnya bersama senyuman sinis. Tanpa bantahan cepat sahaja kedua orang suruhannya itu membuka mulut Noah.

"Erm... aku macam nak bagi ubat je sebelum aku cabut gigi kau tu tapi aku rasa lagi best kalau tak bagi kan?" Soalnya gembira seakan-akan perbuatannya ini permainan yang paling menyeronokan.

Noah sudah mengeleng-gelengkan kepalanya dengan mulut yang terbuka luas. Dia berusaha untuk menutup mulutnya namun kekuatannya tidak mampu untuk melawan kedua lelaki tersebut.

Lelaki yang memegang playar itu mula melangkah perlahan-lahan menghampiri Noah dengan senyuman yang tidak pudar dari wajahnya.

Melihatkan raut ketakutan diwajah anak bekas sahabatnya itu membuatkan dirinya semakin mahu untuk menyeksa budak berumur 7 tahun itu.

Pelayar tersebut mula dimasukan ke dalam mulut Noah perlahan-lahan sebelum dia mengenakan sasarannya pada sebatang gigi susu milik Noah.

"Sekarang duduk diam-diam dan nikmatilah seksaan kau." Bisiknya cukup perlahan sebelum dia mencabut gigi Noah menggunakan pelayar tersebut dengan sekali tarikan.

ZAP!

"ARGHHHH!!!!!!" Jeritan kesakitan itu membuatkannya tertawa riang. Ianya seakan-akan melodi terindah yang pernah didengarinya.

Ketawanya semakin bergema melihatkan air mata yang menitis itu dengan mulut yang dipenuhi dengan darah. Dia kembali meletakan pelayar itu ke dalam mulut Noah dan sekali lagi dia mencabut gigi susu milik Noah lalu mencampakannya di lantai.

Jeritan dan raungan Noah dibiar sepi. Seolah-olah dia didunianya sendiri menikmati jerita sambil membuat hiasan.

"AWAK!" Jeritan itu mengejutkan Noah daripada masa lampaunya. Serta merta air matanya menitis tanpa dipinta.

Aura yang melihat suaminya yang tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata itu mula panik. 'Aku ada buat apa-apa ke?!' Soalnya pada diri sendiri.

Pantas sahaja Noah menyapu air matanya yang mengalir itu lalu dia mula bangun dan mengambil cawan di atas meja tersebut.

Dia kemudia masuk ke dalam dengan membawa cawan yang terisi milo panas itu tanpa mengendahkan panggilan isterinya itu.

Fikirannya serabut. Peristiwa 19 tahun lepas kembali menghantui dirinya. Dimana zaman kanak-kanaknya tidak seindah kanak-kanak yang lain. Malah sejak dari peristiwa tersebut dia seringkali meraung waktu malam dan dia menghadapi trauma.

Aura yang terkebil-kebil ditinggalkan itu mula terfikirkan pelbagai soalan dibenaknya.

'Kenapa dengan Noah?'

'Aku ada salah cakap ke?'

'Kenapa dia menagis?'

Pelbagai soalan muncul dan dia sendiri tiada jawapan bagi setiap soalannya itu. Tidak mahu serabutkan kepala dia pun membuka langkah untuk masuk ke dalam.

• • • ❈ • • •

Thank you for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now