MAJLIS akad nikah Aura dan Noah telah selesai tengah hari tadi. Sekarang masing-masing sibuk menguruskan diri bagi acara rasepsi yang akan berlangsung selepas sembahyang isyak bertempat di hotel lima bintang.
Aura memandang pantulan imejnya di depan cermin meja solek. Mukanya yang sudah didandan oleh mak andam itu tampak menawan dan berseri. Solekannya tidaklah tebal mana kerana dia sudah memang sedia cantik lagi-lagi tanpa kaca matanya.
Dia yang selalunya memakai kaca mata tetapi malam ini mukanya kosong tanpa kaca mata dan digantikan dengan lensa mata yang fungsinya kebih kurang sama dengan kaca mata.
"Cantiknya you ni, untung suami you dapat perempuan manis macam you." puji mak andam itu. Dia membetulkan mahkota milik Aura yang dirasakannya senget sedikit.
Aura yang mendengar pujian tersebut hanya mampu memberikan senyuman manis tanda berterima kasih atas pujian itu.
'TOK..TOK'
'KLAK'
"Sayang dah siap ke? Pengantin lelaki dah tunggu tu, jom lah." gamit Puan Maria. Mak andam yang mendengar bicara Puan Maria itu lantas mengemaskan semula barang-barangnya yang telah digunakannya untuk mendandan Aura tadi.
Aura berdiri dan menghampiri ibunya lalu tangan tua itu digapai bagi menghilangkan debaran yang maha hebat ini. "Cantik anak mama ni, macam mama masa muda-muda dulu." Puan Maria tersenyum melihat kecantikan Aura Mardhia pada malam ini. Sungguh menawan dan memukau siapa saja yang memandangnya.
"Kan dah cakap you memang cantik, tengok your mom pun kata you cantik tau. Takpelah i pergi kat meja dulu. Have a great night princess!" Selepas bertutur demikian Mak andam itu pun berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Aura menuju ke dewan besar.
"Ma.. adik nervous lah. Ramai orang ni ma." Aura membuat mimik muka seakan-akan ingin menagis. Dia takut dan malu pada masa yang sama. Takut kerana dia tidak pernah menghadiri mana-mana majlis besar. Tapi masalahnya ini majlisnya. Malu pula satu hal. Dia malu jika dia menjadi tatapan dan tumpuan orang disekelilingnya nanti.
"It's okay, Noah ada kan, eveything is gonna be alright okay?" Pujuk Puan Maria. Dia cuba untuk menenagkan rasa gundah yang melanda hati anaknya itu. Aura memejamkan matanya sebentar dan nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar.
"Dah ready? Jom"
• • • ❈ • • •
MAJLIS resepsi mereka berjalan dengan lancar pada malam itu. Terpancar sinar bahagia diwajah kedua-dua belah pihak pengantin. Tapi tidak bagi Aura. Dia terpaksa berpura-pura bahagia sedangkan jiwanya menagis.
Bagaimana dia mahu bergembira jika dia berkahwin dengan orang yang dia langsung tak kenal bahkan tak cinta?
Dia sekarang berada dibalkoni bilik hotel yang telah disediakan untuknya dan suaminya. Memikirkan tentang hari-hari yang akan datang dan hidup bersama lelaki asing yang bergelar 'suami' itu.
Persoalannya mampukah dia membuka hatinya untuk menerima lelaki itu?
Sedang asyik dia mengelamun tentang masa hadapannya bersama Noah terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Noah meletakan mukanya diceruk leher isterinya dan menghidu haruman tubuh Aura. Memang menenagkan dan membuatnya..
Ketagih.
Tindakan itu membuatkan Aura yang tadinya tenang serta merta kaku. Jantungnya mengepam darah dengan cepat. Mukanya pula sudah membahang malu. Nasib sahaja mereka sekarang di luar balkoni kalau tidak pasti Noah sudah nampak perubahan warna kulit mukanya.
"Fikir apa hm?" Bicara Noah sambil menggesel-geselkan hidungnya dileher isterinya. Aura mengigit bibir bawahnya bagi menghilangkan debaran yang melanda.
"Ta..tak..takde apa" tergagap-gagap dia cuba menyusun ayat. Noah yang mendengar bicara isterinya yang tampak gemuruh itu sudah sembunyi senyum.
"Kalau takde apa, jomlah tidur dah lewat ni. Ke kau nak over time dengan aku? Yelah malam ni kan malam pertama kita." di hujung bicaranya Noah menekan sedikit ayatnya. Tangannya menarik lengan Aura mengajaknya untuk masuk ke dalam.
Mendengarkan kata suaminya itu serta-merta wajah Aura berubah pucat. Langkahnya mati dan badannya kejung. Ya Allah tak malu ke dia ni cakap macam tu!
Noah menapak menghampiri isterinya. Pinggangnya isterinya dirangkul hingga menyebabkan badan mereka bersatu. Aura sudah bagai mahu pitam sahaja ketika itu. Dengan jantungnya yang berdebar sampai mahu terkeluar rasanya. Mana pula tatapan bak helang milik Noah itu makin melemahkan segala urat sarafnya. Sangat menakutkan!
Hendak meronta Noah sudah memegang kejap kedua belah tanganya mengunakan tangan kirinya manakala pinggangnya dirangkul erat dengan tangan kanan suaminya.
Noah melagakan dahinya kedahi Aura. Nafasnya memberat. Pandangan redup dihadiahkan untuk sang isteri.
"I won't force you, if you don't want to. Aku tak kisah kalau kau suka aku, benci aku atau apa sekali pun perasaan kau sekarang but from now on you are mine. Understood baby?" Pandangannya yang tadi redup mula bertukar tegas. Aura yang ketakutan hanya mampu menganggukan kepalanya sahaja.
Dia tidak berani menentang lelaki ini. Lihat sahajalah cara dia bertutur terlalu dominan!
"So now lets go to bed." Noah menarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik hotel mereka. Dan malam itu mereka tidur dengan lenanya bertemankan bulan dan bintang.
• • • ❈ • • •
Thanks for reading,vote & comment!
YOU ARE READING
NOAH MARDHIA | ON GOING
RomanceKahwin? Tak pernah terfikir sekali pun difikirannya yang dia bakal berkahwin. Dan kini dia sudah sah menjadi seorang isteri. Isteri Isteri Ayat itu berlegar di otaknya. Berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal bahkan namanya sekali pun dia send...