Bab 20

257 16 1
                                    

"NAH." Dua keping tiket penerbangan ke Sicily Italy diserahkan kepada isterinya. Aura menyambut huluran tiket tersebut dengan kerutan didahi.

"Apa ni?" Soalnya mengundang decitan halus dari bibir Noah. "Duit." Jawapnya bersahaja. Aura mendengus geram mendengar perlian suaminya itu. Dia menampar lembut bahu Noah membuatkan Noah tertawa halus. 

Noah menyambut tangan kecil isterinya sebelum dibawa kemulutnya dan diberikan kucupan di sana. Membahang malu wajah Aura melihat tingkah luar jangkan suaminya itu. Noah sembunyi senyum melihat wajah kemerahan Aura itu. 

Comel  je rasa macam nak gigit je pipi tu. Tambahan pula Aura sudah  menanggalkan kaca matanya membuatkan wajahnya semakin cantik. 

'Sabar Noah sabar kena buat Aura jatuh cinta dekat kau dulu.' Ujarnya di dalam hati. Tangan kanannya segera merangkul pinggang ramping isterinya. Menghapus jarak diantara mereka. Aura meletakkan kedua-dua tangannya pada dada suaminya bagi menahan Noah yang semakin mendekat. Debaran di dada Noah terasa sebaik sahaja dia meletakkan tangannya pada dada itu. Dia menatap ke dalam iris biru Noah tanpa sedar dia hanyut menatap mata cantik itu. 

Kenapa dia rasa dia macam pernah tengok mata biru yang indah ini? kenapa dia rasa seakan-akan ada Aura yang kuat yang mengatakan bahawa dia pernah mengenali pemilik bermata biru ini. Dia juga merasakan seolah-olah mata Noah menatapnya dengan pandangan 

rindu? mungkin atau hanya perasaannya sahaja. 

Matanya dipejam apabila jarak wajah mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi. Jantungnnya mula memainkan peranan mengepam laju hingga Noah dapat merasakan debaran tersebut.  Baru sahaja Noah ingin mengucup pipi isterinya deringan telefon bimbitnya menyentakkan kedua pasangan itu dari terus hanyut dalam keromantisan. 

Terus sahaja Noah melepas kan pelukan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Aura yang sudah bebas dari pelukan itu lantas sahaja masukuk ke dalam bilik mereka bagi memberi ruang untuk Noah menjawap telefon. Melihat nama pemanggil tersebut membuatkan Noah mengerutkan dahinya. 

Setahunya dia tidak ada mengarahkan Afzan untuk melakukan apa-apa tugasan setakat ini. Tapi mengapa Afzan menelefonnya? 

Tidak mahu membuat orang di sebelah sana tertunggu-tunggu panggilan dijawap lalu suara Afzan yang kedengaran kesal menembusi gegendang telinganya. "Kau asal call aku malam-malam ni?" Soalnya datar. Namun Afzan tidak membalas sepatah pun selama beberapa saat. 

Lama menunggu, Noah mendengus kasar. "The silent is too loud." Ujarnya. Dia menghela nafas sekali lagi apabila Afzan masih menyepi di seberang talian. 

dah mati ke apa dia ni? 

Noah mula hilang sabar lalu mengugut Afzan bahawa dia akan menutup panggilan namun sebelum sempat dia menutup panggilan, bicara Afzan menyentakannya. 

"Daniel bro, he's injured."

• • • ❈ • • •

Langkah kakinya tidak henti-henti mundar-mandir di hadapan wad ICU yang menempatkan Daniel itu. Afzan hanya mampu memerhatikan tingkah sahabatnya itu. Sesekali dia menghela nafas perlahan. 

"Kau duduklah dulu, nak dekat sejam dah kau mundar-mandir depan pintu tu." Tegurnya dan berhasil menarik perhatian seorang Ashraf Mikael. Mata merah milik Ashraf jelas dipenglihatannya. 

Dia tahu Ashraf sangat merisaukan keadaan Danial yang sudah dua jam berada di dalam bilik ICU itu dan dia juga turut merasakan benda yang sama. Namun dia lebih memilih untuk bersikap tenang. 

Ashraf merupakan seorang yang happy go lucy jadi tidak mustahil baginya menjadi lebih akrab bersama Daniel walaupun mereka berkenalan baru 4 tahun yang lalu berbanding dia dan Noah yang telah Ashraf kenali sejak sekolah menengah. 

Kerana sifat beku mereka yang terkadang beku itu membuatkan Ashraf merasa kesepian. Namun kehadiran Daniel telah membuatkan Ashraf berasa senang kerana mempunyai rakan yang sekepala dengannya. 

Melihat air mata yang mengalir dimata sahabatnya itu menyentakkan Afzan lalu dia bangkit dari labuhannya menapak menghampiri Ashraf. dia tahu emosi Ashraf sekarang tidak berapa baik. 

Dia memeluk tubuh tegap Ashraf sambil cuba untuk menenagkannya. "Zan, Daniel Zan..." Rintihan Ashraf itu membuatkan Afzan serta-merta terasa sebak namun cepat sahaja dia mengawal emosinya. Tidak mahu terlihat lemah dimata Afzan. 

"Sabar Raf everything is gonna be fine. Daniel luka sikit je tu. Kau kena kuat and i know that you're strong. Afzan cuba untuk memberikan kata-kata semangat terhadap Ashraf. Dia mengusap bahu sahabatnya itu bagi meredakan tangisan Ashraf. 

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri mereka. terlihat susuk Noah dengan memakai baju hitam dilapisi degan jaket kulit serta dipandankan pula dengan seluar jeans. 

"Apa dah jadi ni sampai Daniel masuk hospital?" Soalnya tanpa berbasa-basi terlebih dahulu. Matanya terarah terhadap Ashraf yang masih berada di dalam pelukan Afzan tersedu sedan itu. Nafas berat dihela. 

"Raf you batter take a rest. pergi duduk kat kerusi sana. Nanti bila doktor keluar kitaorang panggil kau." Arahnya. Terdetik rasa kasihan terhadap sahabatnya itu yang seakan-akan kehilangan arah. 

Ashraf yang ingin membantah itu terus sahaja tidak jadi apabila dia melihat renungan tajam sepasang mata biru milik sahabatnya itu. Akhirnya dia akur lalu melangkah menuju ke sofa yang telah disediakan oleh pihak hospital sebelum dia menghempaskan tubunya di sana. 

Nasib sahaja lorong ICU yang menempaatkan Daniel ini lenggang daripada orang ramai. 

• • • ❈ • • •

Thank you for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now