Bab 39

94 7 5
                                    

"GOOD work today Syila, nah ambik ni." Beberapa wang kertas dilemparkan tepat dimuka anaknya. Maksu Dayah tersenyum sinis.

Jam sekarang menunjukkan pukul 11 malam. Mereka berdua sekarang berada di beranda rumah.

Syila memerhati sahaja wang kertas yang berselerakan di atas lantai itu. "Syila tak nak duit ni." Tutur Syila takut takut. Maksu Dayah yang tadi germbira mula panas.

"Kau pehal nak demand sangat ni? Nak aku simpan kat sampul surat lagi ke baru kau nak ambik duit ni?!" Tengking Maksu Dayah. Dia menarik rambut Syila kasar.

"Aduh sakit mak! Sakit!" Jerit Syila kesakitan. Air mata jernih mulai jatuh satu persatu membasahi wajah bersihnya.

"Kau kalau tak nak sakit, jangan nak buat hal! Kau tahu tak betapa aku susah payah nak cari duit banyak macam ni semata-mata nak sara kau?! Tak cukup kau susahkan aku dulu waktu kecil sekarang kau nak kurang ajar dengan aku?!" Maksu Dayah melepaskan cengkamannya dengan kasar menyebabkan kepala Syila terhantuk palang besi beranda itu.

Sakit kepalanya akibat hentakkan tersebut. Berbinar rasa matanya. "Ampun mak, Syila tak buat lagi lepas ni, Syila sayang mak..." Sayu tangisannya teresak-esak memohon ampun.

Dengan penuh perasaan benci Maksu Dayah menendang perut  Syila menyebabkan dia meringkuk kesakitan. 'Ya Allah sakit...' Bisiknya di dalam hati.

"Tu balasan untuk anak derhaka macam kau, sekarang aku nak kau ambik baju ni. Aku nak kau pakai baju ni esok! Kalau kau tak pakai siap kau." Maksu Dayah menghulurkan baju seksi terhadap Dayah.

"Ambik aku cakap! Lembab!" Akibat tidak ada tindak balas dari Syila, Maksu Dayah memijak kuat pergelangan tangan Syila hingga dia menjerit kesakitan dan menyepak pinggang Syila.

"Menyusahkan punya anak." Dia melempar baju tersebut dikepala Syila. Syila yang menagis-nagis meminta ampun itu hanya diabaikan. Lalu Maksu Dayah berganjak masuk ke dalam.


*

Disebalik ruang dimana tidak ada seseorang pun menyedari kesedarannya, Affzan mendengar segala percakapan dan perbuatan yang dilakukan Maksu Dayah terhadap anaknya.

Affzan mengetap rahangnya kuat. Dia tahu selama ini gadis itu ada menyembunyikan sesuatu dan dia sendiri tahu bagaimana gadis itu dijadikan anak ayam oleh emaknya sendiri.

'Tak boleh jadi, orang tua ni dah makin naik hantu. Aku kena buat something.' Tuturnya di dalam hati.

Dia bergerak perlahan menghampiri Syila yang masih tersedu-sedan menagis di atas lantai beranda itu.

"Dah lah tu, kau menangis sampai air mata darah pun orang tua gila tu takkan pandang kau pun." Ujarnya sambil mengutip baju seksi pemberian Maksu Dayah itu.

"Nah." Serahnya. Syila tergamam melihat Affzan. 'Ya Allah kenapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, Affzan orangnya?' Rintihnya.

Dengan segera dia merampas baju yang ada di tangan Affzan dan ingin bangun namun perut dan pinggangnya menghalangnya dari berbuat demikian.

Sekali lagi air matanya menitis satu persatu. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tak lama selepas itu, esakkan kedengaran.

Affzan yang memahami itu menghela nafas lemah. Dia bergerak kesisi Syila lalu mendukung Syila gaya bridal style. Syila yang terkejut dengan tindakan drastik itu lantas berpaut pada leher Affzan.

Affzan melangkah berhati-hati menuju ke bilik Syila. Tidak mahu sakit yang dihadapi Syika semakin bertambah. Sesampainya di bilik Syila dia membaringkan Syila dan menyelimutkannya selayaknya seorang ratu.

Syila agak sedikit terkesan dengan perbuatan Affzan itu. Tanpa dapat dibendung sekali lagi dia mengalirkan air mata jernihnya. Sungguh Syila ini seorang yang mudah mengalirkan air mata.

Affzan yang baru sahaja meletakkan baju seksi itu di meja solek terkejut apabila melihat daripada refleksi cermin Syila yang sedang menangis.

"Hey, hey what's wrong? Sakit sangat ke? Nak aku bagi minyak?" Soalnya penuh kerisauan. Dia duduk dikatil Syila. Dia cuba membuka selimut namun ditegah oleh Syila. "Ke-napa aa-wak baik sangat?" Soalnya teresak-esak.

Soalan itu membuatkan Affzan tersentak. Baru dia perasan bahawa dia telah terlajak. Selama ini dia hanya memerhatikan gadis ayu ini dari jauh. Mahu bercakap mustahil sekali. Tetapi malam ini tanpa diduga bukan setakan becakap sampai dukung masuk bilik dia buat anak orang.

Dia senyum segaris. "Cause i can't bear seeing you like this." Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya. Dia kemudian bangun dari labuhnya lalu keluar dari bilik tersebut. Sempat dia meninggalkan nota di atas meja solek tadi.

'I hope one day you can see yourself just the way i see you'

*

AFFZAN keluar bilik. Jantungnya yang sedari tadi bedegup kencang tidak mahu berhenti. Dia memegang dada. 'Hui dada berhenti lah! Boleh semput aku kalau laju macam ni.' Ujarnya di dalam hati.

Baru sahaja dia hendak melangkah sosok seseorang yang berdiri di bilik ke tiga dari bilik Syila menarik perhatiannya.

Kepala di toleh ke kanan. Wajah terkejut Affiz menarik perhatiannya. "Bang...kau...?" Speechless sungguh Affiz sekarang ini. Ini baik lagi Affiz cuba kalau si kembar tu. Mahu bergegar satu rumah dia jerit.

"Shush... esok aku cerita. Yang penting aku tak buat benda bukan-bukan." Affzan berpaling dengan wajah yang mula memerah lalu melangkah meninggalkan Affiz yang masih tercengang.

'Ya Allah apa yang aku tengok ni? Ke banyak sangat cerita romance aku baca?!' Jeritnya di dalam hati! Kena pulak lagu yang terpasang di earpodnya ini Cupid by FIFTY FIFTY.

Jiwa perempuan betul, sudahlah baca novel dengar pulak lagu korea. Muka je beku macam ais.




*

Selamat hari raya maaf zahir & batin 🌙 🤍

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now